My Followers

Wednesday, June 11, 2014

Percutian Pendek di Hujung Minggu

Weekend baru ni, ktiaorang anak beranak short holiday di Perak. Itupun sebab ada jemputan kahwin kawan politek husband. So, husband plan nak dok area seri manjung sebab dah dekat dengan tempat majlis tu. 

Husband pun booking hotel kat agoda, Lead View Hotel, Seri Manjung since ada swimming pool yang besar. Aku dah excited okeh. Yela dah lama nau tak main air kan. Dah feeling2 nak berendam anak-beranak. 

Hotel murah je, lagipun dok semalam. 
murah pun ada swimming pool tau!

Siap la prepare ape yang patut, pukul 9.30 pagi sabtu kitaorang bertolak ke manjung. Biasala cuti sekolah, jalan agak jammed. Orang sume pergi bercuti kot. Sudahnya nak elak jammed, terpaksa ikut jalan dalam. Sempat la sampai kenduri around 1.30 camtu. 

Dok makan2 tambah borak je sampai kul 4, masing-masing dah berlengas katanya. Jom balik check in hotel dulu. Nampak tak sabarnya nak mandi swimming pool tuh. hahahaha..

tu dia.. swimming pool yang dinanti nak berendam

Sudahnya, lalu dekat swimming pool ada sign "UNDER MAINTENANCE". Nak aje aku makikan management hotel tuh. Aku dah la excited nak mandi, sekali ada sign cenggitu pulak. Keciwa tahap gaban aku dan husband taw. Kesian kat AfrinaSafiya la, baru nak bagi dia merasa berendam main air.

Dah siap solat tukar baju, husband ajak pergi lepak teluk batik. Husband nak mandi pantai, mengubat kekecewaan tak dapat mandi pool katanya. Aku? memang tak nak mandi pantai sebab macam leceh ada anak kecik. 

Rupanya ada member husband ngan wife dia join kitaorang lepak kat teluk batik. Aku ok jer ada geng nak borak kan. Kekdahnya, bile dah sampai teluk batik husband tak nak pulak mandi sebab ramai sangat orang. Kebetulan pulak ada kes budak lemas hilang. Masuk berita TV9 ari ahad.

Husband sewa kerusi pantai tu 4 untuk kitaorang duduk lepak bawah pokok borak2. Huishh bestnya dapat angin pantai. Feeling habis! 

kemain sedap tido!! tilam vono nih. kekekeke

Kononnya nak bawak AfrinaSafiya main air kat tepi pantai tu pijak pasir, sekali kena angin pantai terus nak tido. hahahaha. takdela merasa nak main air jugak ye. Dah nak gerak balik baru dia bangun. 

Ok la, tak dapat nak mandi pool kan, aku bagi la can AfrinaSafiya main air dalam sinki jer. Dia memang sangat suka main air. Even kat rumah pun mandi dalam tab tu dah dikocak-kocak airnya. Pasrah je la aku kena lap air yang terpercik itew. Nasib la hotel ni sinki dia direct air panas/sejuk. Tak payah aku susah-susah nak masak air. Bagi star banyak2 kat hotel..

Oppss! Candid camera. hehehehe.

Takpela, next time ibu dengan ayah bawak AfrinaSafiya pergi mandi pool eh. Aritu takde rezeki kat manjung. huhuhu. 

Itu je la short weekend holiday kitaorang last week. Will plan holiday yang best next time.


Thanks for read my blog!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...