My Followers

Friday, June 27, 2014

Cuti Day 2: Swimming Pool & Cendol Bakar Teluk Kemang

Ok ni last entry pasal cuti-cuti kat PD haritu.

Tak kuasa la aku nak buat entry sambung-sambung banyak sangat. Bagi can la nak cerita lain pulak kan. hehe. 

Dah masuk hari kedua iaitu hari terakhir la percutian pendek sempena celebrate besday aku kononnya. Dah besar pun mintak nak celebrate kan. Tak malu betoiii. Pedulik la besday aku bukan besday ngko! 

Last day ni takde banyak sangat aktiviti kot, sebab dari bangun pagi sampai nak check out kejenya berendam sepuasnya dalam swimming pool. Dah memang itu tujuannya, haruslah mandi sakan ye idak? Dalam 9 pagi camtu, AfrinaSafiya pun dah bangun dengan tak mandi laki bini memasing pergi Condo 1 dengan harapan nak breakfast nasi lemak dan mandi pool. 

Seperti impian menjadi realiti, dapat la dua-dua giteww. Sampai-sampai tengok ada nasi lemak bungkus daun pisang kat atas meja. Pelahap la dulu aku ngan hubby sebab semalam tak jmpa nasi seharian. huhu. Pastu ape lagi, kecebur la dalam pool. suke wehhh...

Lagi best sebab AfrinaSafiya pun join sekali. Yeahhhh! Ibu ngan Ayah yang paling excited lebih. 


Masa ni, baru tengah warm up prektis kaki kat belakang tuh. 
Takot-takot lagi la berendam kena air. Tengok tangan dia, kemain pandai tangan tu berpaut kat tepi batu pool tu okeh. 
Ni ibunya tak ajar tau!


Ok time ni, dia macam dah berani nak main-main air sket, so bawak la dia kulur-kilir je. Amboii, suke sangat la dapat main air. Habis ditepuk-tepuk air tu terpercik kat aku. Alahaii anak!


Penat dah kulur-kilir, rehat jap tepi pool. Nasib takde air punch macam kat hollywood tu ye. hahaha. Lepas rehat ni, Ayah dan makcik-makcik dia pulak sambung bawak dia main-main kat pool tuh. Lagi la dia suka.


Gambar beramai-ramai dikelilingi makcik-makciknya yang tumpang excited AfrinaSafiya dapat mandi pool. Yeahhh!

Tapi, AfrinaSafiya tak mandi lama pun. Kesian dia sejuk pulak kang ada yang selesema. Sebab tu la aku pakaikan je baju tido dia tu, baju mandi pun takde tak sempat nak beli. Pelampung untuk baby tu pun takde jugak. Semua la tak sempat nak beli. Holiday tak dirancang kata ko. Gitu la pasaiinya.

Aku mandi bersihkan AfrinaSafiya dulu, pastu minta tolong MIL bagikan susu. Tak lama lepas tu dia pun tido. Aku pun ape lagi, sambung la mandi-manda kat pool seperti ketiaadan anak. Oh! lupa diri kejap. hahaha. 

Dekat kul 12, semua naik dari pool since matahari dah mula terpacak kat kepala, marilah kita berjemaah sudah-sudah la mandi tu ye untuk elakkan kulit menjadi burn. Siap-siap mandi bersih dan barang semua, get ready untuk check-out. 

Sebelum balik tu, mintak deposit dari owner dan mintak lagi diskaun sebab TV tak function. Ada pun owner diskaun RM20 je dan pulangkan balik deposit RM200 untuk 2 condo tuh. Memang serik la, pasni jangan harap aku nak deal dengan owner ni lagik. Macam haremmm perangai, memang nak untung je lebih.

On the way balik tu, singgah makan dekat Cendol Bakar Teluk Kemang, agaknya francais yg Kuala Selangor kot (takde gambar). Pekena la cendol bakar sorang semangkuk, perghhh sejuk tekak ni. Cuaca memang panas dan bahang betul sepanjang 2 hari kat PD tuh. 

Lepas makan, kitaorang pun balik la haluan masing-masing. Family kecik aku balik KL la kan. Yang selebihnya balik N9 terus. Berpisah la kitaorang di antara perjalanan. Salam-salam peluk cium laga-laga pipi. Babai la semuanya. 

Seronok la jugak dapat spent time cuti-cuti bersama keluarga belah hubby. Nanti lepas raya akan planning biar ramai lagi boleh join. Tak sabarnya. 

Ape pun, terima kasih banyak-banyak kat hubby untuk percutian pendek 2 hari ni. Walaupun ada masam-masam muka sket, overall happy dapat bersama yang tersayang meraikan besday tahun ini.


Thanks for read my blog!!






1 comment:

Liyana said...

bestnye sambut bday kat pd lagi uols :D

aku xde sape sambut haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...