My Followers

Thursday, June 26, 2014

Cuti Day 1: PD Perdana Condominium

Ok, bersambung dari entry Cuti Day 1: Celebrate Birthday di Teluk Kemang, PD, kitaorang stay dekat PD Perdana Condominium saje untuk semalam. Nak kata excited tu tak kot. Aku rasa nak maki je owner yang sewakan condo ni. Hubby yang cari tempat ni sebab dah last minit baru nak plan kan. Cari pun kat mudah. Memang mudah jugak la ko kena tipu.

Hubby book 2 condo yang ada 2 bilik since yang pergi pun ramai kan. Condo 1 memang syiok sebab betul-betul ngadap swimming pool. Condo 2 tu jenis lain dan jauh sket dari condo1 tadi. Takde la jauh sangat dalam seminit kalau jalan kaki. 

Condo 1

Condo 2

Tengok dari luar condo ni siang2 hari pun dah scary. Bila malam lagi laaaa. Sunyi yang amat! Macam dalam cerita antu pulak, terasa macam ada je yang memerhati padahal takde pon. huhuhu. 

Kalau dah nama pun last minit booking, main redah je la ko. Tengok dalam website kemain cantik kan, tapi realitinya? Sakit hati wehh. Bayar utk semalam condo tu RM250. Aku rasa tak berbaloi langsung okeh. Dalam condo tu dah macam rumah tumpangan je aku rasa. 

Hiasan asal boleh, untuk Condo 1 tu lagi macam cilakak. Ada ke letak TV size desktop kat opis aku ni? yang nak tengok ni orang tua, mana nak nampak kan. Pastu takde siaran, lagi rasa macam bodoh. At least bole buka channel basic tu pun dah ok. Ni langsung takde gambar. Sekurangnya yang wan, mak, ayah ngan makngah aku tu boleh la tengok TV kan. Dah yang anak dara semua dok mandi pool je. Pastu, takde peti ais, takde dapur boleh masak. Bongok kan??

Untuk Condo 2 tu boleh la terima sket, ada peti ais dengan TV besar design lama yang gabak besor tu. Jadi la dari takde kan. Memang bagi spoil mood nak holiday taw. Baik aku bayar hotel pun puas hati, servis tip top. 

Nak sangat check in sini sebab nak swimming pool tu je, yela haritu kan tak dapat nak mandikan Afrina kat pool masa trip Perak. Ni nak bagi Afrina merasa la jugak. Haih! aku pikir sebab pool tu je tau. Kalau tak memang aku cancel mintak balik duit. 

Kids pool

Adult Pool

Sebab nak privacy, family kecik aku (Hubby, aku & Afrina) duduk sekali ngan adik ipar lelaki aku dekat condo 2 tuh. Ekceli aku prefer nak stay condo 1 sebab dekat dengan pool tu, tapi dah hubby ajak pergi condo 2 aku ikot je la, malas nak banyak bunyi.

Ikut planning, malam tu nak buat BBQ tepi pool. Jangan ko nak mimpi la, dah pukul 9 mlm memasing dah penat mandi pantai petang tadi takde la nak BBQ sangat. Nasib aku ada bawak periuk utk steambot tu, sudahnya steambot je la untuk dinner. Kenyang la jugak.

Lagipun yang anak-anak dara tu sambung berendam kat dalam pool malam tu sampai kecut-kecut la memasing. Naik dari kolam semua kebulur lapar kan. 

Setel makan semua, ape lagi tidur la kan. Penat sangat rasa badan haritu. Walaupun tak mandi pantai, tapi penat semacam jugak mungkin panas kot. Rimas je rasa.

Sambung lagi next entry ehh. 

Terubat la sket hati nihh. huhu


Thanks for read my blog!!




4 comments:

diana aziz said...

Tengok dlm internet cam menarik je..... padahal... hmm..

Mimy Hamid said...

baca mcm tak best je huhu...

Liyana said...

nape x g kat tm nye hotel tu weh

RedLife2Love said...

Memang pon, korang tak payah pegi sini tau. carik la tempat lain yg lagi puashati. menyesal pun dah tak bole kan. tapi ni mmg last la dok cni, xmo jejak lagi. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...