My Followers

Monday, June 23, 2014

Cuti Day 1: Celebrate Birthday di Teluk Kemang, Port Dickson

Yeahhh! holiday lagik..

Lagi holiday yang pendek di hujung minggu. Penat la badan tiap minggu je berjalan kan. Tak sompek nak berehat kat rumah langsung. huhu.

Walaupun penat tapi best!!

Kiranya ni holiday sempena mencelebrate besday aku. cewahhh siap nak bercuti kan sambut besday. kemain sakann ko. tapi takde la hebat sangat sambutnya pun. nanti nak repeat lain la. Nak ala-ala romantik giteww. hehehe.

Last sabtu, masing-masing gerak ke Teluk Kemang, PD sebab nak mandi pantai. Pagi lagi dah gerak tapi sampainya kat kul 2 lebih gak. Menunggukan adik-adik Hubby yang bersiap kemain lambat. Sempat kitaorang berenti breakfast kat R&R Serdang. Kenyang pekena roti telur ngan roti sardin. Alhamdulillah~

Oh ya, kali ni holiday ramai yang join. Mak & Pak Mertua, adik-beradik hubby; Emi, Ajai n Han, Mak Ngah ngan dua anak perempuannya KakLong & AdikBot. Wan pun ikot jugak nak holiday tau. Hangkut sekali. Tak lupa gak Arin anak MakLang. Ni semua belah Hubby je. Belah aku takde yg dapat join. hermmm

Sampai je kat TK, memasing dok melepak dulu sebab cuaca tengah panas takut la kulit burn kan. So, makan la dulu ape yang ada. Mak mertua bawak mee goreng dengan pulut kuning, siap rendang lagi okeh sempena menyambut besday aku. Mekasih Makk! Sedap :)

Masa odw tu Hubby singgah kat secret recipe beli kek indulgence untuk aku. 

Selamat Hari Jadi Ibu Atiqah?? Motip?? Ingatkan Sayangku ke.. Isteriku ke.. best sket baca.. 

Dah makan-makan boleh la mandi pantai. Masa ni dalam kul 4 lebih kot, cuaca dah kurang panas so ape lagi jomm berendam. hehehe. Aku takde la nak mandi pantai ni. Tengok orang beratur nak salin baju kat toilet aku dah surrender okeh. tak sanggup aku. 

Sudahnya, Hubby bawak AfrinaSafiya pijak pasir dan berendam la air laut. Bagi dia merasa kecik-kecik ni supaya bila dah besar tak takut dah. hehehe. Pendedahan awal katanya..




Tu diaa.. AfrinaSafiya takut ombakk. hahahaha. dia takde la menangis beria cuma buat muka cebik je sebab ayahnya buli dia kena celup-celup kat air tuh. dah la dia takut ombak kan. aku tak mandi, tengok kat tepi jer la. gambar pun jauh kan. tak nak basah punya pasal.

Tak lama pun ayah dia bawak mandi. Takut la demam ke ape kan, dalam 15 ke 20 minit camtu dah naik dahh. Jadilah merasa mandi pantai ye sayang. 

Aku pun basuh badan dia dengan air bilas untuk hilangkan melekit air garam tu. Lepas tukar baju, bagi susu biasala terus hanyutt.. penat sangat kot melawan arus ombak. hehehe




Tengok tu penat sangat ye. kena plak angin laut lagi la sedap tido. lama jugak dia tertido tuh. sempat la aku merepeat makan pulut kuning. 

Lama dorang mandi sampai kul 6.30 kot. Siap naik banana boat lagi. Sakan betul dorang mandi pantai. Nasib la ada AfrinaSafiya kalau tak lagi lama dorang nak berendam. Yela, tak elok anak kecik ni kat luar sampai Maghrib. 

Lepas tukar-tukar baju sume, bergerak la kitaorang ke tempat bermalam yang di booking last minute. huhu. Tu aku cerita next entry ehh. 

Tah best ke tidak. tungguuu je laaaa..



Thanks for read my blog!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...