My Followers

Friday, May 23, 2014

Seksitari Lunchdate at BBQ Premium Cafe

Sekian lamanya asyik postpone je schedule nak ngedate lunch sesama, so semalam la baru dapat gatheringnya. huhuhu. Konon memasing busy, yela seksitari la katakan.. dari bulan lepas plan kemain kann.

Semalam macam semua pun dah ok terus la set tempat nak jumpa dekat restoran baru, BBQ Premium Cafe sebelah dengan ofis aku Menara TM tuh. BBQ tu stand for Best of the Best Quality not Barbeque. 

Meredah la memasing jalan kaki berpeluh-peluh ketiak basah jalan ke seberang. Kekdahnya Yani dengan Maz eksaited nak pegi awal nak cop tempat la konon. Aku dan Ika katanya lambat sket sebab ada komitmen nak setel dulu. Sekali aku sampai dah paling lambat bajet nak terus duduk, hamik dorang tengah berdiri tunggu turn nak tempat. Aku gelak jer la, sape suruh tak reserved dulu kan dah kena Q lama. 

Tak lama lepas tu, dapat tempat untuk kami berempat. Kasi order dulu takut lambat. Dah siap order ape lagi sesi gosip-gosip, selfie dan gambor2 pun mula la. Tapi sayangnye takde monopod, gambar couple-couple je la dapat. huhuhu. 

si manis Ika & Maz

tudia mommy gojes Aku & Yani. hehehe perasan

Dah puas bergambar kan, makanan pun sampai lepas setengah jam tunggu. 

ni lunch set RM16.90, free flow drinks

Menu banyak, ada types of chicken, pasta, salad, pizza, rice and soup. Semalam order set lunch je senang malas nak pikir banyak. Yani yang suggest sebab dia dah pernah pergi sebelum ni. Dorang bertiga order set nasi with ayam. Aku sorang je order pizza, bajet tak nak nasi sebab dah breakfast nasi lemak.. mau penuh perut aku. Pizza aku lambat sket sampai tapi sangat la berbaloi tunggu lama tu. Sumpah sedap pizza dia, dah la besar saiz regular okeh. Aku ingatkan saiz macam set pizza hut tu. Siap boleh bagi dorang bertiga sorang slice, aku tapau bawak balik lagik. best!!!

ni ha pizza aku.. sumpah sedap cheese banyak. thumbs up!!

Mesti korang pun rasa teruja dengan set pizza aku kan? nak tau sedap ke tak, pegi la rasa sendiri ye. Yelah, tekak kite tak sama mungkin pada aku sedap tidak pada korang. ye dak?? 

Just to remind, kalau pergi ramai2 better make reservation dulu la, takot lama menunggu nak dapat tempat. huhu. Kalau tak silap BBQ Premium Cafe ni ada few outlet and Plaza Pantai salah satunya. Bole try tengok kat fb page cafe ni BBQMalaysiaPremiumCafe.

Selamat mencuba!!


Thanks for read my blog.





2 comments:

Mimy Hamid said...

semalam g kl festival nmpk outlet bbq ni..lambat review..kalau tau makan sini je semalam..huhu

RedLife2Love said...

k.Mimy: dah peginya pn jumaat. ika da post jumaat. akk yg baca lambat nih. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...