My Followers

Monday, May 26, 2014

Masak-Masak Sotong

Hari ni macam rajin nak share resipi lah. hehehe. Ahad semalam kerajinan pulak nak masak memasak kat dapur. Dua minggu lepas Incik Hubby pergi Terengganu mencandat sotong beramai-ramai dengan opismatenya. 

Bawak la balik beberapa ekor sotong. Besar gabak kemain sotong-sotongnya. Takot plak aku menengoknya. Yelah, selalu beli kat pasar-pasar saiz yang standard tu kan. Ni tengok besar gabak tanjat gegirl taw. hahahaha.

tengok la sotongnya, besar lengan okehh.

Incik Hubby request nak makan sotong goreng tepung. Tak nak yang macam cekodok tu. Tak special langsung kan, tu kekdah orang malas tauu. Gigih la aku tanya incik google ni resipi sotong goreng tepung yang rangup2 tuh. Dapat gak yang berkenan dan cuba la sendiri. Ok, menjadik okeh sotong goreng tepung aku. 

Dapat pujian dari Incik Hubby, dia kata lagi sedap aku buat dari Wong Solo Ayam Bakar tuh. Wah!! sedap sangat ker? kembang2 kena puji kann. Rupanya takde la susah mana pun nak masak sotong goreng tepung tu. 

Hasil air tanganku.. sotong goreng tepung yang sedap..

Haaa.. merembes ayak liur tak? hahahaha. tetiba ada yang meronta nak resipi kan? ni kompem bukan yang pesen cekodok ehh. mmg goreng tepung betul nih.. 

Resipi Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Sotong 
Tepung
Telur
Garam
Lada hitam

Cara Penyediaan:
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat ikut la nak besar mana dan ditos keringkan.
2. Salutkan garam dan lada hitam secukup rasa dan tabur sedikit tepung pada sotong. Biarkan 10-15 minit.
3. Sediakan tepung dan telur yang dihancurkan berasingan. Celup sotong tadi ke dalam telur dan sadurkan dalam tepung.
4. Kemudian goreng dengan minyak yang banyak dan panas sehingga kekuningan.
5. Toskan dan sedia dihidangkan.

Senang je resipi kan? bahan yang digunakan pun takde la banyak. Bole la korang cuba sendiri nanti ye. Mesti puas hati punya. 

Selain sotong goreng tepung, aku masak jugak sambal sotong dan bendi celur je untuk lunch semalam. Malas nak masak banyak2 sangat. Makan pun berdua jer. 

Sambal sotong

Bendi celur buat ulam-ulam


Ok la cukup buat korang terliur kan. Selamat mencuba ye.


Thanks for read my blog!!


4 comments:

Liyana said...

wey lama x hapdet! meleleh air lioq tgk sotong ko hehehe

RedLife2Love said...

Liyana: hahaha, tetiba rajin nk hapdet! klu ada msa la kot. nnti try la buat mmg sdp wehh. x tipu resipi okehh.

Mimy Hamid said...

hoi sotong besar bak mai seketul

RedLife2Love said...

k.Mimy: hahaha, da selamat dlm poyot laa. tapi mmg puas dpt mkn sotong besar. fresh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...