My Followers

Thursday, May 29, 2014

Hukum Berkhitan atau Bersunat Bagi Anak Perempuan

Soalan; Adakah bersunat diwajibkan ke atas anak perempuan

Jawapan;
Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama: Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua: Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga: Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Al-Fiqhul-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 128.
2. Nailul-Autar, asy-Syaukani, juz. 1, Kitab at-Toharah.
3. al-Khitan, Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq, hlm. 9-11.


-------------------------------------------
Selama ni tertanya-tanya jugak anak perempuan kena sunat jugak ker? Kalau anak lelaki tu memang wajib la. Bile aku tanya Umi aku, dia suggest untuk buat  sebab masa kitaorang kecik memang buat semua. Since aku ada 4 orang adik-beradik perempuan. Kiranya umi aku lebih experience kann. Lagipun sementara Afrina baru 5 bulan ni, elok la buat. Nanti dah besar lagi dia rasa sakit kulit dah tegang. 

Jadi, aku pun discuss dengan Incik Hubby untuk carik mana-mana klinik yang ada khidmat mengkhatankan bayi perempuan. Kebetulan 2 minggu lepas Afrina ada appointment dengan KKIA, aku tanya la dekat misi tu mana klinik ada buat khidmat khitan. Misi tu suruh pergi Klinik Dr. Sharifah Zubaidah. 

Aku pun duduk area Taman Medan, dekat sangat la klinik tu dengan rumah aku. Semalam terus call nak set appointment, Alhamdulillah Dr.Sharifah tu on duty after 5.30pm. Aku terus la bagitau Incik Hubby nak bawak Afrina pergi sunat balik keje. Incik Hubby terus setuju.

Lepas amik Afrina dekat rumah pengasuh, terus la pergi klinik untuk sunatkan dia. Masa on the way tu aku ada la briefing kat Afrina sket. hahahaha. macam la nak pergi meeting nak briefing anak kan. Takdelah, aku bagitau la dia ni nak pergi klinik bawak dia sunat. Nanti jangan nangis, Afrina kena kuat tahan sakit. Giteww.

Aku rasa dia paham kot aku cakap kat dia. Sampai-sampai kat klinik, aku register untuk Afrina pastu tunggu la nombor giliran naik. Nasib sampai awal semalam dapat la  nombor 7. Pastu berderet ibu mengandung masuk untuk check up. Kalau tak mesti lama kan nak tunggu. 

Nampak tak bergenang airmata Afrina. mungkin dia takut la nak sunat. huhu

Ni ayahnye yang sedih. Padahal Afrina yang nak disunat

Well, lepas tunggu kat 20 minit turn pun sampai. Masuk jumpa doktor kata nak sunat. Dia terus panggil pembantu untuk sediakan alatan. Aku pun baringkan Afrina, pembantu tu bukakan pampers dan pegang kaki. Aku pegang tangan Afrina sambil tengok Doktor sunatkan. Aku ni ngeri jugak bab2 gunting2 ke, potong2 ke, jahit2 ke sebab da kena masa bersalin dulu. ngilu wehh!

Tak sampai berapa saat pun aku dengar doktor tu ucap Bismillah terus sunatkan Afrina. Masa tu Afrina nanges la sket tapi tak kua airmata. Cane tu? Mungkin dia rasa la sakit ngilu2 tu tapi takleh nak cakap kan, dia express kat nanges la. Kejap je nangesnya, pastu ok da gelak2 ngan ayahnye. 

Tunggu amik ubat tahan sakit/demam, terus la balik umah. Aku bagi susu, terus dia tido. Alhamdulillah dah selesai sunatkan Afrina. lega dah rasa. 

Sesape yang ada anak perempuan nak disunatkan boleh la pergi dekat klinik Dr. Sharifah Zubaidah ni. Servis cepat dan mudah dengan bayaran hanya RM40.

KLINIK DR. SHARIFAH ZUBAIDAH
10, Jln PJS 2D/1, Taman Medan, 46000
Petaling Jaya, Selangor
TEL: 03-7784 9268


Thanks for read my blog!!


5 comments:

Liyana said...

dia gunting kat mana beb? berdarah tak? aku ni ngeri jgk dgr benda2 gini.. padahal bersalin dulu siap kena gunting lagi khenn hehehe

Mimy Hamid said...

bagus la dah sunat..tetib ara neves lak..baca ngeri cane ni ouchhhhh

RedLife2Love said...

Liyana: dia gunting sket je kt biji tuh. berdarah la jgk, cepat2 doc tu tahan dgn kapas. trus pki pampers ketat sket. bg tahan darah tu dari trus mengalir. aku tgk pun ngilu beb!! tp dah anak, ku tengok la jgk. huhu.

RedLife2Love said...

k.Mimy: Alhamdulillah, buat sementara kecik ni senang. x susah nak handle. huhu. mmg ngeri sket la.

RedLife2Love said...

k.Mimy: Alhamdulillah, buat sementara kecik ni senang. x susah nak handle. huhu. mmg ngeri sket la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...