My Followers

Friday, June 27, 2014

Cuti Day 2: Swimming Pool & Cendol Bakar Teluk Kemang

Ok ni last entry pasal cuti-cuti kat PD haritu.

Tak kuasa la aku nak buat entry sambung-sambung banyak sangat. Bagi can la nak cerita lain pulak kan. hehe. 

Dah masuk hari kedua iaitu hari terakhir la percutian pendek sempena celebrate besday aku kononnya. Dah besar pun mintak nak celebrate kan. Tak malu betoiii. Pedulik la besday aku bukan besday ngko! 

Last day ni takde banyak sangat aktiviti kot, sebab dari bangun pagi sampai nak check out kejenya berendam sepuasnya dalam swimming pool. Dah memang itu tujuannya, haruslah mandi sakan ye idak? Dalam 9 pagi camtu, AfrinaSafiya pun dah bangun dengan tak mandi laki bini memasing pergi Condo 1 dengan harapan nak breakfast nasi lemak dan mandi pool. 

Seperti impian menjadi realiti, dapat la dua-dua giteww. Sampai-sampai tengok ada nasi lemak bungkus daun pisang kat atas meja. Pelahap la dulu aku ngan hubby sebab semalam tak jmpa nasi seharian. huhu. Pastu ape lagi, kecebur la dalam pool. suke wehhh...

Lagi best sebab AfrinaSafiya pun join sekali. Yeahhhh! Ibu ngan Ayah yang paling excited lebih. 


Masa ni, baru tengah warm up prektis kaki kat belakang tuh. 
Takot-takot lagi la berendam kena air. Tengok tangan dia, kemain pandai tangan tu berpaut kat tepi batu pool tu okeh. 
Ni ibunya tak ajar tau!


Ok time ni, dia macam dah berani nak main-main air sket, so bawak la dia kulur-kilir je. Amboii, suke sangat la dapat main air. Habis ditepuk-tepuk air tu terpercik kat aku. Alahaii anak!


Penat dah kulur-kilir, rehat jap tepi pool. Nasib takde air punch macam kat hollywood tu ye. hahaha. Lepas rehat ni, Ayah dan makcik-makcik dia pulak sambung bawak dia main-main kat pool tuh. Lagi la dia suka.


Gambar beramai-ramai dikelilingi makcik-makciknya yang tumpang excited AfrinaSafiya dapat mandi pool. Yeahhh!

Tapi, AfrinaSafiya tak mandi lama pun. Kesian dia sejuk pulak kang ada yang selesema. Sebab tu la aku pakaikan je baju tido dia tu, baju mandi pun takde tak sempat nak beli. Pelampung untuk baby tu pun takde jugak. Semua la tak sempat nak beli. Holiday tak dirancang kata ko. Gitu la pasaiinya.

Aku mandi bersihkan AfrinaSafiya dulu, pastu minta tolong MIL bagikan susu. Tak lama lepas tu dia pun tido. Aku pun ape lagi, sambung la mandi-manda kat pool seperti ketiaadan anak. Oh! lupa diri kejap. hahaha. 

Dekat kul 12, semua naik dari pool since matahari dah mula terpacak kat kepala, marilah kita berjemaah sudah-sudah la mandi tu ye untuk elakkan kulit menjadi burn. Siap-siap mandi bersih dan barang semua, get ready untuk check-out. 

Sebelum balik tu, mintak deposit dari owner dan mintak lagi diskaun sebab TV tak function. Ada pun owner diskaun RM20 je dan pulangkan balik deposit RM200 untuk 2 condo tuh. Memang serik la, pasni jangan harap aku nak deal dengan owner ni lagik. Macam haremmm perangai, memang nak untung je lebih.

On the way balik tu, singgah makan dekat Cendol Bakar Teluk Kemang, agaknya francais yg Kuala Selangor kot (takde gambar). Pekena la cendol bakar sorang semangkuk, perghhh sejuk tekak ni. Cuaca memang panas dan bahang betul sepanjang 2 hari kat PD tuh. 

Lepas makan, kitaorang pun balik la haluan masing-masing. Family kecik aku balik KL la kan. Yang selebihnya balik N9 terus. Berpisah la kitaorang di antara perjalanan. Salam-salam peluk cium laga-laga pipi. Babai la semuanya. 

Seronok la jugak dapat spent time cuti-cuti bersama keluarga belah hubby. Nanti lepas raya akan planning biar ramai lagi boleh join. Tak sabarnya. 

Ape pun, terima kasih banyak-banyak kat hubby untuk percutian pendek 2 hari ni. Walaupun ada masam-masam muka sket, overall happy dapat bersama yang tersayang meraikan besday tahun ini.


Thanks for read my blog!!






Thursday, June 26, 2014

Cuti Day 1: PD Perdana Condominium

Ok, bersambung dari entry Cuti Day 1: Celebrate Birthday di Teluk Kemang, PD, kitaorang stay dekat PD Perdana Condominium saje untuk semalam. Nak kata excited tu tak kot. Aku rasa nak maki je owner yang sewakan condo ni. Hubby yang cari tempat ni sebab dah last minit baru nak plan kan. Cari pun kat mudah. Memang mudah jugak la ko kena tipu.

Hubby book 2 condo yang ada 2 bilik since yang pergi pun ramai kan. Condo 1 memang syiok sebab betul-betul ngadap swimming pool. Condo 2 tu jenis lain dan jauh sket dari condo1 tadi. Takde la jauh sangat dalam seminit kalau jalan kaki. 

Condo 1

Condo 2

Tengok dari luar condo ni siang2 hari pun dah scary. Bila malam lagi laaaa. Sunyi yang amat! Macam dalam cerita antu pulak, terasa macam ada je yang memerhati padahal takde pon. huhuhu. 

Kalau dah nama pun last minit booking, main redah je la ko. Tengok dalam website kemain cantik kan, tapi realitinya? Sakit hati wehh. Bayar utk semalam condo tu RM250. Aku rasa tak berbaloi langsung okeh. Dalam condo tu dah macam rumah tumpangan je aku rasa. 

Hiasan asal boleh, untuk Condo 1 tu lagi macam cilakak. Ada ke letak TV size desktop kat opis aku ni? yang nak tengok ni orang tua, mana nak nampak kan. Pastu takde siaran, lagi rasa macam bodoh. At least bole buka channel basic tu pun dah ok. Ni langsung takde gambar. Sekurangnya yang wan, mak, ayah ngan makngah aku tu boleh la tengok TV kan. Dah yang anak dara semua dok mandi pool je. Pastu, takde peti ais, takde dapur boleh masak. Bongok kan??

Untuk Condo 2 tu boleh la terima sket, ada peti ais dengan TV besar design lama yang gabak besor tu. Jadi la dari takde kan. Memang bagi spoil mood nak holiday taw. Baik aku bayar hotel pun puas hati, servis tip top. 

Nak sangat check in sini sebab nak swimming pool tu je, yela haritu kan tak dapat nak mandikan Afrina kat pool masa trip Perak. Ni nak bagi Afrina merasa la jugak. Haih! aku pikir sebab pool tu je tau. Kalau tak memang aku cancel mintak balik duit. 

Kids pool

Adult Pool

Sebab nak privacy, family kecik aku (Hubby, aku & Afrina) duduk sekali ngan adik ipar lelaki aku dekat condo 2 tuh. Ekceli aku prefer nak stay condo 1 sebab dekat dengan pool tu, tapi dah hubby ajak pergi condo 2 aku ikot je la, malas nak banyak bunyi.

Ikut planning, malam tu nak buat BBQ tepi pool. Jangan ko nak mimpi la, dah pukul 9 mlm memasing dah penat mandi pantai petang tadi takde la nak BBQ sangat. Nasib aku ada bawak periuk utk steambot tu, sudahnya steambot je la untuk dinner. Kenyang la jugak.

Lagipun yang anak-anak dara tu sambung berendam kat dalam pool malam tu sampai kecut-kecut la memasing. Naik dari kolam semua kebulur lapar kan. 

Setel makan semua, ape lagi tidur la kan. Penat sangat rasa badan haritu. Walaupun tak mandi pantai, tapi penat semacam jugak mungkin panas kot. Rimas je rasa.

Sambung lagi next entry ehh. 

Terubat la sket hati nihh. huhu


Thanks for read my blog!!




Monday, June 23, 2014

Cuti Day 1: Celebrate Birthday di Teluk Kemang, Port Dickson

Yeahhh! holiday lagik..

Lagi holiday yang pendek di hujung minggu. Penat la badan tiap minggu je berjalan kan. Tak sompek nak berehat kat rumah langsung. huhu.

Walaupun penat tapi best!!

Kiranya ni holiday sempena mencelebrate besday aku. cewahhh siap nak bercuti kan sambut besday. kemain sakann ko. tapi takde la hebat sangat sambutnya pun. nanti nak repeat lain la. Nak ala-ala romantik giteww. hehehe.

Last sabtu, masing-masing gerak ke Teluk Kemang, PD sebab nak mandi pantai. Pagi lagi dah gerak tapi sampainya kat kul 2 lebih gak. Menunggukan adik-adik Hubby yang bersiap kemain lambat. Sempat kitaorang berenti breakfast kat R&R Serdang. Kenyang pekena roti telur ngan roti sardin. Alhamdulillah~

Oh ya, kali ni holiday ramai yang join. Mak & Pak Mertua, adik-beradik hubby; Emi, Ajai n Han, Mak Ngah ngan dua anak perempuannya KakLong & AdikBot. Wan pun ikot jugak nak holiday tau. Hangkut sekali. Tak lupa gak Arin anak MakLang. Ni semua belah Hubby je. Belah aku takde yg dapat join. hermmm

Sampai je kat TK, memasing dok melepak dulu sebab cuaca tengah panas takut la kulit burn kan. So, makan la dulu ape yang ada. Mak mertua bawak mee goreng dengan pulut kuning, siap rendang lagi okeh sempena menyambut besday aku. Mekasih Makk! Sedap :)

Masa odw tu Hubby singgah kat secret recipe beli kek indulgence untuk aku. 

Selamat Hari Jadi Ibu Atiqah?? Motip?? Ingatkan Sayangku ke.. Isteriku ke.. best sket baca.. 

Dah makan-makan boleh la mandi pantai. Masa ni dalam kul 4 lebih kot, cuaca dah kurang panas so ape lagi jomm berendam. hehehe. Aku takde la nak mandi pantai ni. Tengok orang beratur nak salin baju kat toilet aku dah surrender okeh. tak sanggup aku. 

Sudahnya, Hubby bawak AfrinaSafiya pijak pasir dan berendam la air laut. Bagi dia merasa kecik-kecik ni supaya bila dah besar tak takut dah. hehehe. Pendedahan awal katanya..




Tu diaa.. AfrinaSafiya takut ombakk. hahahaha. dia takde la menangis beria cuma buat muka cebik je sebab ayahnya buli dia kena celup-celup kat air tuh. dah la dia takut ombak kan. aku tak mandi, tengok kat tepi jer la. gambar pun jauh kan. tak nak basah punya pasal.

Tak lama pun ayah dia bawak mandi. Takut la demam ke ape kan, dalam 15 ke 20 minit camtu dah naik dahh. Jadilah merasa mandi pantai ye sayang. 

Aku pun basuh badan dia dengan air bilas untuk hilangkan melekit air garam tu. Lepas tukar baju, bagi susu biasala terus hanyutt.. penat sangat kot melawan arus ombak. hehehe




Tengok tu penat sangat ye. kena plak angin laut lagi la sedap tido. lama jugak dia tertido tuh. sempat la aku merepeat makan pulut kuning. 

Lama dorang mandi sampai kul 6.30 kot. Siap naik banana boat lagi. Sakan betul dorang mandi pantai. Nasib la ada AfrinaSafiya kalau tak lagi lama dorang nak berendam. Yela, tak elok anak kecik ni kat luar sampai Maghrib. 

Lepas tukar-tukar baju sume, bergerak la kitaorang ke tempat bermalam yang di booking last minute. huhu. Tu aku cerita next entry ehh. 

Tah best ke tidak. tungguuu je laaaa..



Thanks for read my blog!!

Thursday, June 12, 2014

Di Kala Bulan Mengambang

Ececeh kemain tajuk post aku kennn. 

Korang pernah tak, tetiba satu hari korang terasa sangat, sangat, sangat, sangat, sangaaaattttt nak makan masin. Pernah? Ok bole geng ngan aku. hehehe. Aku akan datang rasa-rasa ni bila period dah nak datang. Ko siap la macam mencanak deria rasa aku ni.

Tak boleh nak tunggu-tunggu dah kan. Pergi carik gerai buah area rumah. Borong la 5 - 6 biji, untuk hilangkan gian. hahahaha. Bole cenggituh?

Aku kalau rajin, carik la buah kot rasa berkhasiat sket makan tu. Tapi kalau takde aku amik je secalit garam kat dapur tu letak kat lidah. PUAS oiiii. hilang rasa terliur ayak liuq ni, habaq hang!!



+



Sunkist + Salt, korang dapat jawapan ape eh?


Agak-agak same tak jawapan dengan aku? aku dapat jawapan kat bawah ni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sama tak?? perghhh merembes air liur aku. adeh!


Korang bole cuba dengan buah yang lain, tapi sunkist dengan garam macam lagi ngam. Ikot deria rasa memasing la ye dakk. huhu.

Ok, balik ni nak buat. dapnye.. nyummm.. nyummm


Thanks for read my blog!!





Wednesday, June 11, 2014

Percutian Pendek di Hujung Minggu

Weekend baru ni, ktiaorang anak beranak short holiday di Perak. Itupun sebab ada jemputan kahwin kawan politek husband. So, husband plan nak dok area seri manjung sebab dah dekat dengan tempat majlis tu. 

Husband pun booking hotel kat agoda, Lead View Hotel, Seri Manjung since ada swimming pool yang besar. Aku dah excited okeh. Yela dah lama nau tak main air kan. Dah feeling2 nak berendam anak-beranak. 

Hotel murah je, lagipun dok semalam. 
murah pun ada swimming pool tau!

Siap la prepare ape yang patut, pukul 9.30 pagi sabtu kitaorang bertolak ke manjung. Biasala cuti sekolah, jalan agak jammed. Orang sume pergi bercuti kot. Sudahnya nak elak jammed, terpaksa ikut jalan dalam. Sempat la sampai kenduri around 1.30 camtu. 

Dok makan2 tambah borak je sampai kul 4, masing-masing dah berlengas katanya. Jom balik check in hotel dulu. Nampak tak sabarnya nak mandi swimming pool tuh. hahahaha..

tu dia.. swimming pool yang dinanti nak berendam

Sudahnya, lalu dekat swimming pool ada sign "UNDER MAINTENANCE". Nak aje aku makikan management hotel tuh. Aku dah la excited nak mandi, sekali ada sign cenggitu pulak. Keciwa tahap gaban aku dan husband taw. Kesian kat AfrinaSafiya la, baru nak bagi dia merasa berendam main air.

Dah siap solat tukar baju, husband ajak pergi lepak teluk batik. Husband nak mandi pantai, mengubat kekecewaan tak dapat mandi pool katanya. Aku? memang tak nak mandi pantai sebab macam leceh ada anak kecik. 

Rupanya ada member husband ngan wife dia join kitaorang lepak kat teluk batik. Aku ok jer ada geng nak borak kan. Kekdahnya, bile dah sampai teluk batik husband tak nak pulak mandi sebab ramai sangat orang. Kebetulan pulak ada kes budak lemas hilang. Masuk berita TV9 ari ahad.

Husband sewa kerusi pantai tu 4 untuk kitaorang duduk lepak bawah pokok borak2. Huishh bestnya dapat angin pantai. Feeling habis! 

kemain sedap tido!! tilam vono nih. kekekeke

Kononnya nak bawak AfrinaSafiya main air kat tepi pantai tu pijak pasir, sekali kena angin pantai terus nak tido. hahahaha. takdela merasa nak main air jugak ye. Dah nak gerak balik baru dia bangun. 

Ok la, tak dapat nak mandi pool kan, aku bagi la can AfrinaSafiya main air dalam sinki jer. Dia memang sangat suka main air. Even kat rumah pun mandi dalam tab tu dah dikocak-kocak airnya. Pasrah je la aku kena lap air yang terpercik itew. Nasib la hotel ni sinki dia direct air panas/sejuk. Tak payah aku susah-susah nak masak air. Bagi star banyak2 kat hotel..

Oppss! Candid camera. hehehehe.

Takpela, next time ibu dengan ayah bawak AfrinaSafiya pergi mandi pool eh. Aritu takde rezeki kat manjung. huhuhu. 

Itu je la short weekend holiday kitaorang last week. Will plan holiday yang best next time.


Thanks for read my blog!!




Monday, June 2, 2014

Pre-Raya Fashion Warehouse Sale

Haaa. tengok tak tajuk post tuh? Warehouse sale pulak dahh..  Pre-raya? Nanti nak raya ada warehouse lain ker?? kempis la poket camnihhh... 


Adoii lately ni banyak buat warehouse kat Menara TM ni. lepas satu, satu jualan kann. Habis la duit macam ni. Staff TM ni memang banyak duit gamaknye, dok shopping selalu ehh. Kalau dah ada dekat ni, takkan la tak pergi cuci mata ye dakk..

Up to 80% and price as low as RM3.. mampoo? memang wajib la pergi redahh kan.. kekdahnya suruh sopping je la kat TM nih.. Incik Hubby pun bising la sket, tiap kali balik keje ade je beg plastik sebungkus dua.. hehehehe..

Ape bole buat, kalau tak beli rasa rugi pulak kan.. bukan senang nak dapat harga murah-murah ni.. lagipun buatnya kat bawah opis je kot.. tak payah susah-susah diri meredah jamm ke naik LRT.. turun lif, eh da sampai ponn.. mudah-mudahhh.

Yang tertanya, ape product warehouse ada? banyak such as Branded Apparel, Kids, Shoes, Bags, Leather Products, Luggages, Beddings, Interior, Sofa, Mattresses, Kitchen, Cookware, Electrical Products and more..

Brand sume tak nak kalah okeh, banyak brand yang hebat-hebat macam Sorella, Angelo Moda, Kickers, Edwin, Jean Perrym, Novelle, Tracey Star, Body Glove, Lenne, and more exciting brands.. Nak tau kena la datang ye..

Sesape yang nak datang, ada few ways.. suggestion untuk elakkan parking mahal dan kesesakan lalulintas, bole naik teksi or bus.. lagi senang naik je Putra LRT turun dekat stesen Kerinchi.. jalan kaki sket je untuk ke lokasi berikut :

Kristal Halls 1& 2, TM Convention Centre (TMCC), Menara TM Jalan Pantai Baharu, KL

Jangan risau, kalau takde masa nak datang masa opis hour, boleh datang after opis hour sebab warehouse ni buka dari 10.00 pagi to 8.00 malam. Memang sesuai la nak shopping dah tak ramai orang. Takde la berebut-rebut.. ni ko pegang, orang tu pun pegang pastu jeling-jeling.. nasib la sape dapat dulu.. hahahaha..

Meh la datang memeriahkan warehouse ni.. macam-macam brand ada, kalau tak nak beli pun takpe, datang cuci mata jekk.. kot ada berkenan terbeli jugakkk.. giteww.. takpe, bukan selalu.. 

Ok la, selamat bersopping..


Thanks for read my blog!!


Thursday, May 29, 2014

Hukum Berkhitan atau Bersunat Bagi Anak Perempuan

Soalan; Adakah bersunat diwajibkan ke atas anak perempuan

Jawapan;
Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama: Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua: Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga: Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Al-Fiqhul-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 128.
2. Nailul-Autar, asy-Syaukani, juz. 1, Kitab at-Toharah.
3. al-Khitan, Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq, hlm. 9-11.


-------------------------------------------
Selama ni tertanya-tanya jugak anak perempuan kena sunat jugak ker? Kalau anak lelaki tu memang wajib la. Bile aku tanya Umi aku, dia suggest untuk buat  sebab masa kitaorang kecik memang buat semua. Since aku ada 4 orang adik-beradik perempuan. Kiranya umi aku lebih experience kann. Lagipun sementara Afrina baru 5 bulan ni, elok la buat. Nanti dah besar lagi dia rasa sakit kulit dah tegang. 

Jadi, aku pun discuss dengan Incik Hubby untuk carik mana-mana klinik yang ada khidmat mengkhatankan bayi perempuan. Kebetulan 2 minggu lepas Afrina ada appointment dengan KKIA, aku tanya la dekat misi tu mana klinik ada buat khidmat khitan. Misi tu suruh pergi Klinik Dr. Sharifah Zubaidah. 

Aku pun duduk area Taman Medan, dekat sangat la klinik tu dengan rumah aku. Semalam terus call nak set appointment, Alhamdulillah Dr.Sharifah tu on duty after 5.30pm. Aku terus la bagitau Incik Hubby nak bawak Afrina pergi sunat balik keje. Incik Hubby terus setuju.

Lepas amik Afrina dekat rumah pengasuh, terus la pergi klinik untuk sunatkan dia. Masa on the way tu aku ada la briefing kat Afrina sket. hahahaha. macam la nak pergi meeting nak briefing anak kan. Takdelah, aku bagitau la dia ni nak pergi klinik bawak dia sunat. Nanti jangan nangis, Afrina kena kuat tahan sakit. Giteww.

Aku rasa dia paham kot aku cakap kat dia. Sampai-sampai kat klinik, aku register untuk Afrina pastu tunggu la nombor giliran naik. Nasib sampai awal semalam dapat la  nombor 7. Pastu berderet ibu mengandung masuk untuk check up. Kalau tak mesti lama kan nak tunggu. 

Nampak tak bergenang airmata Afrina. mungkin dia takut la nak sunat. huhu

Ni ayahnye yang sedih. Padahal Afrina yang nak disunat

Well, lepas tunggu kat 20 minit turn pun sampai. Masuk jumpa doktor kata nak sunat. Dia terus panggil pembantu untuk sediakan alatan. Aku pun baringkan Afrina, pembantu tu bukakan pampers dan pegang kaki. Aku pegang tangan Afrina sambil tengok Doktor sunatkan. Aku ni ngeri jugak bab2 gunting2 ke, potong2 ke, jahit2 ke sebab da kena masa bersalin dulu. ngilu wehh!

Tak sampai berapa saat pun aku dengar doktor tu ucap Bismillah terus sunatkan Afrina. Masa tu Afrina nanges la sket tapi tak kua airmata. Cane tu? Mungkin dia rasa la sakit ngilu2 tu tapi takleh nak cakap kan, dia express kat nanges la. Kejap je nangesnya, pastu ok da gelak2 ngan ayahnye. 

Tunggu amik ubat tahan sakit/demam, terus la balik umah. Aku bagi susu, terus dia tido. Alhamdulillah dah selesai sunatkan Afrina. lega dah rasa. 

Sesape yang ada anak perempuan nak disunatkan boleh la pergi dekat klinik Dr. Sharifah Zubaidah ni. Servis cepat dan mudah dengan bayaran hanya RM40.

KLINIK DR. SHARIFAH ZUBAIDAH
10, Jln PJS 2D/1, Taman Medan, 46000
Petaling Jaya, Selangor
TEL: 03-7784 9268


Thanks for read my blog!!


Monday, May 26, 2014

Masak-Masak Sotong

Hari ni macam rajin nak share resipi lah. hehehe. Ahad semalam kerajinan pulak nak masak memasak kat dapur. Dua minggu lepas Incik Hubby pergi Terengganu mencandat sotong beramai-ramai dengan opismatenya. 

Bawak la balik beberapa ekor sotong. Besar gabak kemain sotong-sotongnya. Takot plak aku menengoknya. Yelah, selalu beli kat pasar-pasar saiz yang standard tu kan. Ni tengok besar gabak tanjat gegirl taw. hahahaha.

tengok la sotongnya, besar lengan okehh.

Incik Hubby request nak makan sotong goreng tepung. Tak nak yang macam cekodok tu. Tak special langsung kan, tu kekdah orang malas tauu. Gigih la aku tanya incik google ni resipi sotong goreng tepung yang rangup2 tuh. Dapat gak yang berkenan dan cuba la sendiri. Ok, menjadik okeh sotong goreng tepung aku. 

Dapat pujian dari Incik Hubby, dia kata lagi sedap aku buat dari Wong Solo Ayam Bakar tuh. Wah!! sedap sangat ker? kembang2 kena puji kann. Rupanya takde la susah mana pun nak masak sotong goreng tepung tu. 

Hasil air tanganku.. sotong goreng tepung yang sedap..

Haaa.. merembes ayak liur tak? hahahaha. tetiba ada yang meronta nak resipi kan? ni kompem bukan yang pesen cekodok ehh. mmg goreng tepung betul nih.. 

Resipi Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Sotong 
Tepung
Telur
Garam
Lada hitam

Cara Penyediaan:
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat ikut la nak besar mana dan ditos keringkan.
2. Salutkan garam dan lada hitam secukup rasa dan tabur sedikit tepung pada sotong. Biarkan 10-15 minit.
3. Sediakan tepung dan telur yang dihancurkan berasingan. Celup sotong tadi ke dalam telur dan sadurkan dalam tepung.
4. Kemudian goreng dengan minyak yang banyak dan panas sehingga kekuningan.
5. Toskan dan sedia dihidangkan.

Senang je resipi kan? bahan yang digunakan pun takde la banyak. Bole la korang cuba sendiri nanti ye. Mesti puas hati punya. 

Selain sotong goreng tepung, aku masak jugak sambal sotong dan bendi celur je untuk lunch semalam. Malas nak masak banyak2 sangat. Makan pun berdua jer. 

Sambal sotong

Bendi celur buat ulam-ulam


Ok la cukup buat korang terliur kan. Selamat mencuba ye.


Thanks for read my blog!!


Friday, May 23, 2014

Seksitari Lunchdate at BBQ Premium Cafe

Sekian lamanya asyik postpone je schedule nak ngedate lunch sesama, so semalam la baru dapat gatheringnya. huhuhu. Konon memasing busy, yela seksitari la katakan.. dari bulan lepas plan kemain kann.

Semalam macam semua pun dah ok terus la set tempat nak jumpa dekat restoran baru, BBQ Premium Cafe sebelah dengan ofis aku Menara TM tuh. BBQ tu stand for Best of the Best Quality not Barbeque. 

Meredah la memasing jalan kaki berpeluh-peluh ketiak basah jalan ke seberang. Kekdahnya Yani dengan Maz eksaited nak pegi awal nak cop tempat la konon. Aku dan Ika katanya lambat sket sebab ada komitmen nak setel dulu. Sekali aku sampai dah paling lambat bajet nak terus duduk, hamik dorang tengah berdiri tunggu turn nak tempat. Aku gelak jer la, sape suruh tak reserved dulu kan dah kena Q lama. 

Tak lama lepas tu, dapat tempat untuk kami berempat. Kasi order dulu takut lambat. Dah siap order ape lagi sesi gosip-gosip, selfie dan gambor2 pun mula la. Tapi sayangnye takde monopod, gambar couple-couple je la dapat. huhuhu. 

si manis Ika & Maz

tudia mommy gojes Aku & Yani. hehehe perasan

Dah puas bergambar kan, makanan pun sampai lepas setengah jam tunggu. 

ni lunch set RM16.90, free flow drinks

Menu banyak, ada types of chicken, pasta, salad, pizza, rice and soup. Semalam order set lunch je senang malas nak pikir banyak. Yani yang suggest sebab dia dah pernah pergi sebelum ni. Dorang bertiga order set nasi with ayam. Aku sorang je order pizza, bajet tak nak nasi sebab dah breakfast nasi lemak.. mau penuh perut aku. Pizza aku lambat sket sampai tapi sangat la berbaloi tunggu lama tu. Sumpah sedap pizza dia, dah la besar saiz regular okeh. Aku ingatkan saiz macam set pizza hut tu. Siap boleh bagi dorang bertiga sorang slice, aku tapau bawak balik lagik. best!!!

ni ha pizza aku.. sumpah sedap cheese banyak. thumbs up!!

Mesti korang pun rasa teruja dengan set pizza aku kan? nak tau sedap ke tak, pegi la rasa sendiri ye. Yelah, tekak kite tak sama mungkin pada aku sedap tidak pada korang. ye dak?? 

Just to remind, kalau pergi ramai2 better make reservation dulu la, takot lama menunggu nak dapat tempat. huhu. Kalau tak silap BBQ Premium Cafe ni ada few outlet and Plaza Pantai salah satunya. Bole try tengok kat fb page cafe ni BBQMalaysiaPremiumCafe.

Selamat mencuba!!


Thanks for read my blog.





Wednesday, May 21, 2014

Expo Baby at Menara TM

To all 'mommy to be' or yang da jadi mommy berkali-kali ke, meh datang Menara TM shopping!! Jangan lepaskan peluang dapatkan barangan baby dengan diskaun yang murah dari harga pasaran. Eh2 aku tolong promote je, xde dapat komisen pon. Sebab aku juga kini seorang ibu. kekekeke~

Tuesday, May 20, 2014

Lama Menyepikan Diri

Assalamualaikum w.b.t

Wahh! lamanya blog ni takde update baru. 
Dah terkubur sepi giteww.
Tuan rumah malas nak menulis kekdahnya. 
Tetiba arini dapat aura baru nak menulis. ape kess??
Macam banyak je nak cerita kan. tapi slow2 la tak tau nak mula dari mana. 
Will update very soon. 

So, sabar menunggu kay!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...