My Followers

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt,

Just wanna wish Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua readers muslimin dan muslimat yang menyambutnya.. Semoga Aidilfitri tahun ni memberi sinar kebahagiaan dan kegembiraan di masa akan datang.. Di sini, aku nak ambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon keampunan.. Jika ada sepanjang aku tulis blog ni aku ada terkasar bahasa, tersindir mana-mana yang terasa.. Mintak maaf sangat-sangat taw.. Kira dah 0-0 la ni ek.. Hehehe..

Oh ya! Blog aku pun akan bercuti dari 27 Ogos - 4 September 2011 yer.. So, sume update entry aku publish pas balik dari bercuti ek.. Aku banyak hutang entry kan.. Nanti la aku cuba untuk publish entry2 tu sume dah balik dari cuti kay..

Till then, wait for the entry!! ;)


Thanx for read my blog!!

Wednesday, August 10, 2011

Umrah Ziarah - Part III

....entry bersambung


Selasa, 14 Jun 2011

Today is my birthday!! hehe.. seronok sangat taw.. lain perasaannya bila dapat celebrate besday kat Madinah.. rasa macam telah dilahirkan semula.. memang hadiah terbaik yang aku pernah dapat untuk besday.. thanks again to my parents.. nanti boleh bawak lagi ea ;)

Adik aku siap belikan kek potong lagi taw nak suruh tiup lilin bagai.. masa ni rasa nak nangis jer.. terharu sangat.. ops! gambar takde la plak sebab tengah seksi dok dalam bilik hotel.. hehe..

For second day, kitaorang ikut lawatan Andalusia ke tempat-tempat sejarah kat Madinah.. seperti semalam, pagi-pagi dah berkumpul depan Hotel nak naik bas ke tempat lawatan.. kat sana subuh awal 3 pagi.. kul 5 dah sepenuhnya siang.. kekok gak la nak membiasakan waktu kat sana.. haha mengelabah siap set time masuk waktu.. takut terlajak tido.. 

Lawatan 1 : Masjid Quba'


Masjid Quba' 

Sejarah : Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba' dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Aud di rumah Kalthum bin al-Hadm.

Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba', iaitu masjid pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir2 bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba', berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan : Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman, Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya:

"....sesungguhnya Masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang2 lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang2 yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)".  ~surah at-Taubah: ayat 108

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba' ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang2 Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berwudhu' di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah" (HR Ibnu Majah)

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba' dan bersolat di sana, Zaid bin Aslam berkata : "Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba'. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia nescaya kami akan bermusafir kepadanya".


Lawatan 2 : Ladang Kurma dan Pasar Kurma

Sepanjang jalan kat Madinah ni, korang akan nampak banyak pokok kurma.. kalau kat KL ni banyak pokok kelapa sawit, tak pon pokok getah.. lebih kurang gitu la.. bak kata Mutawwif Andalusia, orang Arab yang ada ladang kurma memang kaya-raya.. kalau korang nak sorg, boleh la try kat sana.. hehe.. hari2 dpt makan buah kurma free..


memang banyak sangat pokok kurma.. merata-rata 
boleh jumpa tepi jalan.. boleh petik jer sendiri..
pepandai jer aku kan? tak tau la blh petik sendiri ke x..


kat depan kedai kurma di ladang kurma.. murah 
kurma-kurma kat sini.. boleh beli banyak2.. 
ada few different choice of kurma.. pilih saje!!


aku with umie kat depan pasar kurma.. eh! nape
umie buat muka tuh? tak ready lagi kot.. hehe..


penat shopping kurma jer.. amik gambar kat bas pulak..
aku with my parents yaww.. ;)


Lawatan 3 : Bukit Uhud

Bukit ini adalah salah satu sebuah bukit terbesar dan terpanjang di Madinah. Letaknya di bahagian utara Madinah iaitu kira2 5km dari pusat bandar. Di sinilah berlakunya pertempuran sengit antara tentera Islam dan musyrikin dari Makkah.

Mengimbau kisah Bukit Uhud ini, terlalu panjang kisahnya. Aku yakin korang juga tau mungkin tidak menyeluruh tapi sedikit sebanyak kisah peperangan Uhud berikutan kekalahan Musyrikin Makkah dalam peperangan Badar kan?


Makam Syuhada Uhud


Inilah tempat persemadian Sayyidus Syuhada’ Hamzah bin Abdul Muttalib bersama 70 syuhada yang lain. Menurut ahli sejarah, 64 daripada mereka adalah golongan Ansar sementara bakinya adalah Muhajirin. Tentera musyrikin yang hanya kehilangan 22 tenteranya.


Jabal Rumah (Bukit Pemanah)

Sebelum bermulanya pertempuran, Rasulullah SAW mengarahkan supaya 50 orang pemanah mengambil tempat di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam. Abdullah bin Jubair al-Ansori dilantik sebagai ketua.

Rasulullah SAW mengeluarkan arahan: "Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan jangan kamu sekali-kali turun kepada kami. Jika kamu melihat kami dibunuh sekalipun, jangan cuba turun untuk menolong kami. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk oleh burung-burung".

Baginda juga mengarahkan mereka supaya memanah ke arah pasukan tentera berkuda musyrikin bagi menyekat kemaraan mereka.


Masjid Syuhada'


Sesetengah Ulama' berpendapat, Sayiddina Hamzah pada mulanya dikebumikan di kawasan ini. Kemudiannya dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.


Aku di persekitaran Bukit Uhud..


Untuk hari kedua, hanya 3 lawatan sahaja yang disediakan oleh pihak Andalusia.. bersambung lawatan seterusnya di entry seterusnya ea.. hehe..

Mahu sambung edit gambar untuk next entry..


Thanks for read my blog!!

Monday, August 1, 2011

Umrah Ziarah - Part II

Assalamualaikum wbt,

Ye, berjumpa lagi kite di sambungan entry seterusnya.. wah! macam mengacara pulaks.. hehe.. since kitaorang ke Madinah dulu, tak banyak sangat aktiviti seharian.. lebih rileks dan sempoi gitu.. entry ni pun lebih banyak di Madinah.. Kitaorang kat Madinah untuk 4 hari..

Isnin, 13 Jun 2011

Bermula la kehidupan 4 hari di Madinah.. untuk hari pertama agak kekok jugak la sebab melakukan aktiviti yang tak biasa kan.. so macam terpinga-pinga gak la.. tapi dah masuk half day, semua pun okey jer.. Alhamdulillah~

Walaupun kitaorang tersedia dengan itinerary pihak Andalusia tapi most of time masa dipenuhi dengan aktiviti sendiri.. bile ada sebarang lawatan baru la akan berkumpul dengan team jemaah lain.. 


Sementara tunggu jemaah lain, aku n umie amik gambar
depan hotel yang kitaorang stay kat Madinah


my dad pun nak jugak.. encem kan ayah aku? hehe~


sis Nazihah tambah ilmu sket.. baca2 ayat
ape yang patut.. berlakon jer nih taw! =P


Lepas semua jemaah dah ada, rombongan dan Mutawwif pun berjalan jer ke Masjid Nabawi yang tak jauh pun berapa meter dari hotel kitaorang menginap.. seronok taw.. selain mengumpul pahala berjalan ke masjid, dapat jugak exercise sekali.. nak harap buat kat KL selalu memang harapan jer la kan.. huhu..


inilah pintu masuk Masjid Nabawi yang terlalu indah..
berdebar gak masa mula-mula nak jejak kaki kat masjid nih,
tau kekurangan diri yang banyak dosa.. huhu~


Rombongan dari Andalusia yang seramai 72 orang..
tapi kat depan tu suku jer baru.. hehe..


suasana di perkarangan masjid, time siang semua 
payung2 ni akan dibuka bagi mengelak panas matahari..
bila malam.. payung ni akan dikuncupkan macam bunga..
very nice.. mengagumkan!!


Di Madinah, siang lebih lama dari malam.. jadi banyak aktiviti yang boleh dibuat.. untuk first day, Mutawwif (wakil Andalusia di sana untuk mengiringi rombongan) bawak rombongan untuk ke Raudhah.. gambar kat atas tu la Mutawwif bawak round pusing Masjid Nabawi dulu sebelum ke Raudhah.. Maaflah memandangkan security kat Madinah terlalu protokol sgt, camera was not allowed! tak dapat la nak bergambar kat dalam masjid.. =(


Selesai kat Raudhah, amik gambar kenangan kat luar 
Masjid Nabawi.. cuaca agak panas time nih..


sis Nazihah dan umie.. suka ;)


ada tugu jam kat tengah2 depan pintu
masuk masjid.. macam roundabout jer.. 


Ok, habis hari pertama kat Madinah.. next entry aku cite jalan-jalan ziarah pulak yer.. nak attach sekali kat entry ni macam panjang sangat, takot korang boring plak baca banyak.. huhu..

Thanks for read my blog!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...