My Followers

Friday, July 29, 2011

Umrah Ziarah - Part 1

Assalamualaikum wbt,

Ape yang lain dengan pembuka entry kali ni ea? apekah?? if korang pengikut tegar blog aku mesti perasan kelainannya kan? hehehe.. aku takmo bgtau.. carik sendiri lahh.. aku terpaksa buat part untuk entry Umrah ni dan berikutnya sebab banyak sangat gambar.. padahal nak publish banyak2 entry.. macam tak biasa pulakk.. hehe..


Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri, akhirnya dapat juga aku, adik aku Nazihah dan my luvly parents same-same mengerjakan Umrah dari 12 Jun - 24 Jun 2011 yang lalu.. kebetulan 14 Jun hari tu adalah besday aku, kiranya this is my precious birthday gift untuk tahun ni.. thanks to my beloved parents yang sponsor tiket flight!! hehe~


Aku ni nak bercerita details pun takde la pandai sangat.. ada yang jadi novel pulak kan.. aku akan cuba la bagi korang paham serba sedikit pengalaman sepanjang aku berada kat sana ea.. 


Sebelum aku pergi menunaikan Umrah.. macam-macam perkara yang berlaku.. if nak cerita kat sini pun tak best sbb ia akan membuka aib orang lain.. ape yang aku boleh tafsirkan semua yang aku lalui itu adalah dugaan yang maha besar buat aku.. tapi, dengan izin Allah aku dijemput pulak ke "rumahNya".. aku bersyukur sangat.. sekurang-kurangnya aku dapat mengubat kekeciwaan kat sana nnti..




Umrah Ziarah 12 Jun 2011 - 24 Jun 2011

Andalusia Travel & Tours
No.9 Jalan Belangkas Off Jln Kg Pandan
Taman Maluri, 55100
Kuala Lumpur

Tel: 03-92831588
Fax: 03-92837566
Email: umrah@andalusia2u.com


Sunday, 12 June 2011


Dalam kereta on da way ke KLIA..
suci jer muka kan? hehe~


Oh ya! kami sekeluarga pilih pakej Umrah bawah Andalusia Travel.. ni pun sebab ayah aku yang nak sangat.. since dia yang nak bayar, kitaorang ikut jer la mana2 pun yg penting selamat pergi dan selamat balik.. sampai je kat KLIA tu ada la staff Andalusia yang tunggu dan berikan sedikit briefing sebelum berangkat.. tak lupa jugak, diagihkan semua pasport dan tiket flight ke Jeddah..


Its mine!! flight ke Jeddah boarding kul 2 petang...


Pengenalan diri.. instead of pakai myKad


Sampai awal kat KLIA, 2 jam sebelum boarding kan.. sebab nak uruskan semua beg2, passport bagai.. tu yang menanguk jgk la kat KLIA nak tunggu kul 2 petang tuh.. adehh lemau tau.. hehe.. sempat la jugak round2 dalam KLIA tuh tengok2 ape yang patut buat bekal dalam flight.. 


Keluarga makcik aku, Mak Ju datang hantar kitaorang
kat KLIA.. makcik aku pun baru jugak pegi last year,
share la jugak cerita dia kat sana sket2.. ;)


Borak punya borak tak sedar dah time nak masuk untuk boarding.. beg-beg kitaorang yang besar dah selamat masuk kargo.. kitaorang pulak nak masuk kapal pas nih.. hehe.. sebelum nak masuk, salam-salam sebab nak berpisah kan.. masing-masing mula menangis.. sedihh tau.. selama ni dok antar orang.. ni bile kita rasa sendiri.. tak leh tahan air mata nih.. T_T

Cek in passport sume, kitaorang singgah surau nak Jamak solat Zohor dan Asar terus.. pastu baru la gerak ke tempat boarding.. 


Tula kapal kitaorang.. penerbangan Arab Saudi..


sempat gak la aku suruh adik aku snap gambar kan..
dari kiri : Umie, aku dan Abah


First time ni naik kapal luar, ape la rasanya ek? bile dah naik.. biasa jer la kot.. same macam kapal kite cuma pramugari yang layan tak reti speaks english.. bile cakap dah macam ayam ngan itik jer.. kekeke.. kelakar pun ada kowt.. tapi yang bestnya kan.. dapat makan sedap pastu leh layan movie n main game!! tak caye?


tengok macam biasa je kan? tapi rasanya.. sedap aku cakap..
tu daging kambing kowt.. lembut sgt!! 


ni set makan yang kedua, lasagna tuh.. cheese banyak..
sedap gile.. rasa macam nak mintak tambah jer..
tapi mcm melampau la pulak kan.. hahaha..


tengok tu.. leh main game kan? aku da cakap tadi..
korang takmo caye.. hehe.. ni antara game yg aku main
ngan adik aku "Hangman" teka2 words.. mencabar okeh!


Agak jakun la jugak mula2 main skrin tuh.. dah la touch screen kowt.. hebat x? ok aku memang jakun ea.. jangan gelak lebih2.. tapi abis-abis boring main game or tengok movie, kitaorang tido jer lebih.. sebab ngantokk ler.. bosan kot takleh nak jalan2.. dah la perjalanan kat 6 ke 7 jam.. adeh!! kematu montot aku.. 

Akhirnya selepas menempuh 7 jam perjalanan, kitaorang sampai juga di Jeddah.. kat sini  lambat 5 jam kebelakang so sampai pun still hari ahad jgak.. tapi bukan kat Jeddah Airport.. kat kompleks Tabung Haji jer.. aku pun tak sure kenape leh jadi camtu.. takpe, asalkan selamat sampai.. 


Ni la kat Kompleks Tabung Haji tuh.. sekarang bukan
musim haji, jadi kompleks ni agak lengang jer.. itu 
kata umie aku lah..


Dari kompleks ni, kitaorang kene travel pulak by bus ke Madinah yang amik masa lebih kurang 4 jam kalau tak silap aku.. aku banyak tido jer sebab ngantok.. tak puas2 tido dalam kapal, sambung pulak dalam bas.. ape ade hal kan? hehee.. 


sebelum ke Madinah, berhenti kejap untuk makan
dan buang ape yang patut dulu sbb bas tak benti
dah pas dah jalan.. tido jer lahh~


Dah penat perjalanan dalam bas, kitaorang pun sampai la kat Hotel Al-Fayroz tempat kitaorang bermalam untuk 4 hari di Madinah.. muka masing-masing selenga jer sebab penat dalam perjalanan jer kan.. tapi, bile dapat check-in bilik terus mata segar tak leh nak tido.. kenapa ek?


katil aku dan adik aku sangat best!! tido lena..
selimut pun tebal.. aircond sejuk lahh..


katil parents aku pun best jgak.. besar tuh.. 3 orang
pun boleh tido katil nih.. ;)


bilik air pun best jugak.. siap ada bath tub lagi..
tapi takde sempat pun nk berendam.. haha~


Ok, dah penat sampai hotel.. bagi aku tido dulu ea.. penat la nak taip panjang2 nih.. hehe.. next entry aku buka cerita baru kay.. 


Thanks for read my blog!!

Tuesday, July 26, 2011

Raja Sehari Farez & Azida

Wah! kejadian ini bulan lepas ye kawan-kawan.. hahaha.. maaflah aku tak berkesempatan langsung nak taip-taip bagai sekarang nih.. kat opis pun busy jer taw.. nak karang panjang-panjang pun takde idea sebab pikirkan keje tak siap lagik.. yeke? eh yelah.. ni tak tipu punya~

Ni pun aku try update entry baru.. sungguh-sungguh ni.. sila puji lebih2 supaya semangat nak update draft yang tergendala tu di publish cepat.. ok la suka buat intro panjang kan? dah ni nak cite pasal abg Farez (cousin) aku kawen.. ekceli majlis kat Merak Kayangan (MK) ni belah pihak perempuan.. so, jemputan dari belah lelaki harus dipilih untuk memenuhi meja yang disediakan.. Disebabkan majlis belah lelaki seminggu kemudiannya aku takde, tu yang aku beria sket nak datang yang this time punya majlis.. huhu..

Buat pun kat tempat yang famous.. aku jujur memang tak pernah datang pun kat MK sebelum ni.. jadi ni kira first time la kowt.. teruja sket sebab new place nak tau gak cane rupanya kan.. tapi, bile sampai aku agak frust jugak sebab pada aku macam tak worth it jer buat kat sini.. bayar nak mahal tapi dewan biasa jer pon.. sorry to say la if korang tak setuju ngan ape yang aku cakap ni.. hanyalah pendapat peribadi aku yer, jgn salah tafsir pulak..

Aku tak tau pun tema belah lelaki warna purple.. lagipun we not been mention pown.. datang jer la kitaorang ikut suka tema sendiri.. hahaha.. tapi takde ganggu majlis lah ea.. aku, sis Nadya dan sis Nazihah melaram jer dengan jubah yang kitaorang sakan masa pergi Umrah aritu.. simple but nice okeh! jom la cuci-cuci mata tuh malas nak taip banyak2..


see the pelamin? sangat simple kan? takde buat renjis2
pown.. hanya sekadar untuk amik gambar kenangan..


tadi pelamin kosong kan.. ni tetiba ada pengantin pulak..
tu la abg Farez dan isteri.. sepadan gitu ;)


sesi potong kek pun ada.. kek cantek! tapi tak dapat 
nak makan.. huhu.. nak sket~


Pengantin suci dengan kaler baju putih silver kalau tak silap aku.. majlis memang sangat simple.. masa pengantin masuk, ada diiringi muzik kompang dan selawat.. pastu, pengantin terus makan beradab (time ni kitaorang pun makan beradab-adab jugak.. muahaha) di meja pengantin lah.. dah makan beradab baru la sesi potong kek dan bergambar kenangan dengan keluarga dua-dua belah pihak.. 

Tapi kan, sebelum majlis kat MK ni.. sehari sebelumnya ada majlis akad nikah pengantin kat Masjid Bukit Antarabangsa.. aku pergi ok dengan ayah, sis Nazihah dan syed Umar (my nephew).. 


Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan


Hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki 


Semasa akad nikah berlangsung.. debor time nih =P


Penyerahan mas kawen dan pembatalan air sembahyang


Pengantin dengan parents pengantin lelaki..
kiri tu my auntie (my dad sister)


Tetiba aku simpang selit time majlis akad nikah terus.. senang cite kan? eh jap.. tak abis lagi nih.. nak tunjuk plak fesyen kitaorang time kat MK aritu.. motip? takde motip pown, saje nak share-share.. tak salah kan? hehe..


ini aku ler.. penuh gambar kan? hehehe~


yg ni sis Nazihah dan sis Nadya..


haruslah ada gambar bertiga.. ops!
syed umar pun nak menyelit jugak.. hehehe..


Ok, dah habis cerita kat MK nih.. akhirnya kan berjaya jugak aku publish.. weeehooo suka.. suka.. tapi ada lagi entry tak update.. hermmm tunggu jer la ek? ni pun aku dah skip entry Umrah.. tengah dalam proses tuh.. sabar kay!! 

Thanks for read my blog!!

Tuesday, July 19, 2011

MTV World Stage Live in Malaysia 2011

info taken from worldstage.mtvasia.com

Registrations Starts 3:30pm
Door Opens 6:30pm

MTV World Stage returns to Malaysia for the third time!

This year, MTV World Stage Live in Malaysis 2011 will be held at a new venue, i-City in Shah Alam on 24 July 2011.  The outdoor concert will feature live performance from popular international, regional and local recording artist.  The final line up is :


30 Seconds to Mars (US)


Neon Trees (California)


Pop Shuvit (Malaysia)


B2ST (Korea)


MTV World Stage Live in Malaysia 2011 will be staged in front of a live audience of about 15,000 fans.  The 2 hour on-air version of MTV World Stage Live in Malaysia 2011 will premiere on MTV SEA channel on 8 August at 10pm (Indonesia), 11pm (Singapore, Hong Kong and Philippines) and 12am (Malaysia).  An hour-long version of MTV World Stage Live in Malaysia 2011 will also be broadcast globally in 154 countries reaching over 550 million households later in the year.



i-City
City Park, i-City 40000
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


For more information, head on to http://www.i-city.my


Jom, ramai-ramai pergi i-City ahad ni..
Nak tengok B2ST yaww.. k-pop!!
hahaha~


Thanks for read my blog!!

Thursday, July 14, 2011

Delicious at Bangsar Village II

Hello Readers!!

Cane nak mula ni ek? dah lame sangat jari-jari mulus ni tak menaip guna keyboard.. rasa macam kaku pulak.. mana taknyer, ada la kot kat sebulan aku tinggalkan blog ni tak berhapdate kan? ke lama lagi? hehe.. nasiblah ko blog oiii.. aku telah mengabaikan ko untuk sekian lamanya..

So, ni draft yang pertama nak update dulu.. pasal ape? its all about makan-makan time.. bile cite bab makan nih.. sape yang tak suka kan? aku yang tengah diet pun hilang rasa nak diet.. pulak tu ada yang bermurah hati nak belanja.. iskk! lagi la jangan ditolak rezeki yang datang.. betul x? 

Sepatutnya entry ni dah publish lame kot, tapi biasa la hati tak teringin nak bermukadimah mengarut kat blog.. tu yg aku biarkan bersawang dalam draft jer.. ni yg baru terkedek-kedek mak limah nak publish.. lalalala~

Dipendekkan cerita, aku dan kak Mimy telah di ajak oleh staff kat department aku ni a.k.a kak Norli untuk dibelanja makan since she will leaves our dept by end of June.. dan kebetulan juga end of that week, aku akan fly away from Malaysia (nak tau pegi mana? tunggu next entry ea) about 2 weeks.. 



Where to celebrate? 


Delicous @ Bangsar Village II
GF-1, Ground Floor
Jalan Telawi Satu
Bangsar Baru, Kuala Lumpur

Tel : 03-2287 1554



What do we eat?

Starter : Crispy Fried Mushroom RM12.90


Classic Beef Lasagna RM19.90


Napolicious a Creamy Tomato based Spaghettini with
Beef Bacon RM19.90


Spicy Seafood Spaghettini with Coriander RM24.90


Grilled Chicken Burger RM22.90


Dessert : Berrilicious Chocolate Pavlova RM12.90





What do we have for drinks?

Frosty Guava & Sour Plum RM9.90


Earl Grey Tea RM7.90


Frosty Lemonade & Lychee RM9.90


Tengok menu sangat menarik kan? ok, to be honest this is my first time makan kat Delicious nih.. aku jujur ape! aku jarang la masuk tempat2 macam just to eat for lunch.. coz aku tau mengukur baju di badan sendiri.. bile diajak makan kat sini, mestilah aku super excited kowt.. sebab nak merasa makanan yang delicious kan.. dan aku sangat suggest this place.. 

For me, to have an anniversary or birthday celebration this place would be nice.. sekali sekala nak makan mahal why not kan? berbaloi dengan duit yang dibelanjakan dengan makanan yang memang sedap.. hehehe.. jangan pulak makan kat sini selalu unless korang memang mampu dan parents korang keje cop duit.. heaven okey!!

Eh kejap, tak best la entry letak gambar makananan jer kan? mestilah kena selit gambar we'olls sekalian.. nanti korang tak percaya pulak aku memang melantak kat sini.. kan.. kan..



kak Mimy excited dapat makan.. yum2.. sedap!!



aku pun nak jugak kan.. semestinya lahh~



this is kak Norli, she is so kind and sweet person.. ;)



three of us : kak Mimy, aku and kak Norli.. mintak 
tolong waiter Delicious ni amikkan gambar.. hehe..



Gambar tak habis kat dalam Delicious jer.. time nak balik tu nampak pulak ada deco-deco kat luar yang simple but nice (ekceli tempat menunggu) so ape lagik, terus la posing-posing mesra di tempat kejadian.. hahaha.. memang camwhore kitaorang kan??



kak Mimy ngan aku.. alwez together-gether taw..
sweet kan?? dah la dua2 comel gitu.. jgn jeles!!


of coz, kak Norli jugak.. kene paksa ngn kitaorang 
amik gambr kat sini sbb kaler baju dia dah same ngan
bantal kat belakang tu.. ala2 model Delicious jer..



Thanks to kak Norli for your special treats.. seronok sangat dapat having lunch ngan kak Norli taw, banyak story yang sempat kitaorang share dan gosip2 bersama.. hehe.. having her as AGM and sister kat GIA adalah sesuatu yang sangat berharga yang aku ada.. kini, kak Norli sudah berada di tempat baru means she leaves TM dan mulakan kerjaya di tempat baru Sime Darby.. wish her a very best and may our friendship in GiA will remains forever..


Tetiba sedih end of entry.. T_T
No more kak Norli kat GIA..
huhuhu~


Thanks for read my blog!!! 

Wednesday, July 13, 2011

Ada 4 Assignment perlu disiapkan.. cane ni??

Setelah sekian lame aku tinggalkan blog ni bersawang tak berhapdate, ni aku bagi la preview sket antara draft-draft report yang aku tengah proses nak siapkan.. phewww!! dah macam nak siapkan assignment pulak kan? assignment pun tak susah cenggini.. yeke? dah lame tinggalkan zaman universiti.. rindunya (erk! tetiba teringat zaman kegemilangan.. hehe)



makan dengan gembiranya sehingga senak perut!! ;)




pergi meninggalkan Malaysia untuk menenangkan
jiwa yang keciwa dan redha




first time sampai Dewan Merak Kayangan.. hermm~




jauh perjalanan bersama kawan2 seperjuangan
meriahkan majlis yang penuh bermakna >.<




Menarik ke cerita aku nanti? nak tau kene la bersabar yer.. ingat senang nak mengarang puisi entry? aku ni bukan la pandai sgt bercerita.. karangan bahasa melayu dulu pun dapat A+ jer.. hahaha.. takde la, saje gurau2 lah.. aku try untuk update entry secepat yang mungkin yer.. Insyallah~


Setiap entry ada cerita yg menarik
Happy ending story la gitu..
Wait till then kay!!


Thanks for read my blog!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...