My Followers

Friday, June 3, 2011

Belayar bersama Jack Sparrow

If diberi peluang belayar dengan "Black Pearl" ni korang nak?


Korang tak nak? ermm rugi la korang nih.. tak pun korang tak memang tak boleh join geng bas sekolah aku.. hehee.. aku nak belayar dengan kapal ni kalau Incik KA follow sekali.. Oh ya! Incik KA memang sedang belayar sekarang nih.. dia lah Jack Sparrow aku.. hahhaa.. tetiba selit jugak.. sorry..soryy..soryy (nyanyi macam lagu Super Junior tuh)

Since sekarang ni weekend aku sangat busy dengan aktiviti kekeluargaan kan.. jadi aku agak susah nak spent time dengan Cik Rinie di weekend harinya.. herrmmmm sedih =(

Tapi, itu tidak menghalang kitaorang untuk tetap jumpa ye.. sebab hari weekday juga ada ape.. cuma terpaksa la bersedia esoknya pergi kerja bermata panda.. if sedia so boleh proceed keluar date di malam hari bekerja.. kebetulan pulak last thursday and friday parents aku balik kampung ada hal nak diuruskan.. weeehooo freedom.. jangan nak freedom sangat ek.. aku mintak izin parents aku la kitaorang keluar malam.. 

Kami bertiga; aku, Cik Rinie dan my sis Nazihah excited ni nak tengok Pirates of The Carribean (PoTC).. sampai semangat la kirim kat opismate aku belikan tiket wayang kat GSC Midvalley.. tiket dah dapat kan, haruslah pergi rugi dah beli tak pergi tengok.. 


Mr. Jack Sparrow!! 
nak pinjam eyeliner yg itam tuh, boleh?


Walaupun jalan cerita PoTC kali ni agak slow jika dibandingkan dengan PoTC sebelum ni tapi tetap best la jugak.. hehe.. yang buat bestnya lawak Jack Sparrow tu jer.. tak kering gusi dibuatnya.. pastu kan, dalam PoTC ni ada pulak tambahan mermaids yang cun-cun taw.. terpesona aku melihatnya.. phewittt!

Pastu kan, dah la ada duyung-duyung yang cun, ada pulak tambah hero baru dalam PoTC nih.. aku pun tak kenal sape! mula-mula tengok ingatkan Orlando Bloom tapi Sam Claflin (pegang watak sbg Philip Swift) pelakon baru nak naik kot sebab aku memang tak kenal dia nih.. 


See?? Mermaid Cun dengan Sam Clafin 
yang handsome jugak~

Dapat la cuci mata tengok Sam Clafin yang hensem ni since Orlando dah takde kan.. motip? aku memang suka Orlando Bloom okeh.. jangan pertikaikan.. hehee.. kali ni punya PoTC lebih fokuskan mengenai pengembaraan Jack Sparrow dan kawan-kawannya (geng bas sekolah kan) untuk ke Fountain of Youth sebelum kerajaan Spanish dapat tau.. dipercayai sesiapa yang minum air suci dari Fountain of Youth tu akan dapat peluang kedua untuk hidup selamanya..

Sebelum dapat peluang kedua untuk hidup tu, haruslah ada syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan.. ingat senang-senang nak bagi nyawa kat orang? hehe.. syaratnya 2 saje yang pertamanya air suci fountain tu mesti diminum daripada silver chalices yang pernah dimiliki oleh Juan Ponce de Leon.. keduanya salah satu bekas air suci itu mesti mengangdungi air mata mermaid.. itulah gunanya mermaid yang cun-cun tuh.. kesian kan?

Berjayakah Jack Sparrow mengetuai rombongan ke Fountain of Youth? dan ada ke yang dapat peluang kedua meneruskan hidup tuh? kalau dah tengok mesti korang sengih jer baca entry ni kan.. kalau korang tak tengok lagi.. pergi la tengok dulu.. nanti tak feel pulak tetiba dah tau ending cerita kan? hehee.. So, selamat menonton!! aku rate 8/10 bintang.. ;)


Rindu kat Orlando Bloom.. eii gedix!!

Habis cite PoTC kat kul 12 malam.. uiks anak dara 3 orang ni kua sampai lewat malam bagai kan.. tapi rasa untung tau sebab kitaorang dapat bergambar sakan kat kapal "Black Pearl" tuh.. korang ada? takde kan.. hehee.. meh aku kasi korang jeles habis lah..


Tengok! aku dan Cik Rinie jer taw.. orang lain tkde..

Feeling kat Fountain of Youth pulak.. ahaks!!

Nak jugak amik gambar kat tengkorak tuh!!
peace yawww~

aku dan Cik Rinie berduaan.. ;)

Gambar ni cantik kan? aku suka sgt!!

Tengah Q nak beli popcorn pon sempat posing lagik..


Maaf kualiti gambar semua tak berapa nak clear sangat sebab gambar ni pun ihsan Cik Rinie.. bile handphone dah  terlalu canggih kan, abis sume nak di edit bagai.. tu yang gambar terlebih edit nih.. hehee.. ape pon, simpan buat kenangan sudah.. gambar kat kapal tu amik tengah2 malam kot.. orang takde kan.. ape lagik gunakan kesempatan yang ada la.. pergi siang-siang hari, memang tak dapat la sebab orang ramai rebut-rebut kan.. ni dah dapat.. amik puas2 lah~

Haruslah adik aku jadi mangsa amikkan gambar aku dan Cik Rinie.. nasib la ko jadi orang ketiga antara kami kan.. takpe! dapat belanja tiket wayang semua pun okey saje.. 


Last from me.. 
PoTC best lah!!! >.<


Dah lame tak tengok midnight camnih..
Esok pergi keje, mata macam mata panda suda..
Tapi tetap syiokk habis..


Thanks for read my blog!!

Wednesday, June 1, 2011

Fast 5 best muvie ever!!!

Hello Readers!!

Aku dah berjaya untuk tengok muvie nih.. perghh!! best muvie ever aku cakap korang.. aku rasa sangat berbaloi tengok muvie ni ngan adik aku hari tu.. kitaorang tengok kat Cineleisure jer.. sebab rasa macam tak ramai orang kat sana kot.. memang jangkaan kitaorang tepat.. seat pn tkde la bawah sangat sampai kene dongak bagai.. sedang cantikk jer lah~




Disebabkan aku ni bawah budak yang masih belajar, smua aku la yang kene support kan? senang idup ko kan? nasib baik adik sendiri tau.. huhu.. 

Aku tak berapa reti la nak review cite nih, tapi yang aku tau jalan cerita menarik, tak bosan, aksi pun mantap, lagu terbaik, pelakon hensem dan cun, gambar tak malap, aku tak tido dalam panggung, happy ending dan bile dah ending aku rasa macam nak ulang cerita ni balik.. what do u aspect more readers??? hahaha.. aku bagi rate 10 bintang penuh lagik.. 

If korang tak pergi tengok, memang la korang rugi.. dari ape yang aku baca Fast 5 ni merupakan penutup Fast Furious niiih... itulah yang digabungkan pelakon-pelakon dari Fast Furious 1 - 4 dan terhasilnya Fast 5.. memang superb la cerita ni.. takleh nak digambarkan dengan kata-kata.. 

Aku tak tau la saat entry ni publish, Fast 5 ni masih ditayangkan kat panggung or not aku tak sure ea.. boleh semak di panggung berdekatan korang.. if ada lagi, korang memang patut tengok lah.. aku jamin korang juga berpuas hati ;)

List of Fast Furious characters
  • Vin Diesel as Dom Toretto - a professional criminal, street racer and fugitive. 
  • Paul Walker as Brian O'Conner - a former FBI agent turned criminal. He is in relationship with Mia Toretto.
  • Dwayne Johnson as Luke Hobbs - U.S Diplomatic security service agent.
  • Jordana Brewster as Mia Toretto - Dom's sister and girlfriend of Brian O'Conner.
  • Tyrese Gibson as Roman Pearce - Brian childhood friends.
  • Ludacris as Tej Parker - Brian and Roman's friend from Miami.
  • Matt Schulze as Vince - Dom's childhood friend.
  • Sung Kang as Han Seoul-Oh - street racer and Dom's business partner in the Dominican Republic.
  • Gal Gadot as Gisele Harabo - a former Mossad agent and love interest of Han.


suke la tengok Brian nih.. laki tough n maskulin yaww.. 
ahaks! tetiba macam in love pulak.. oh Brian~


best muvie setakat ini untuk tahun 2011..
ada review muvie lain lagi.. 
entry akan datang.. wait ahh~


Thanks for read my blog!!

Happy Birthday Incik KA


23rd MAY 2011

Today I celebrate you.
On this special day when you entered the world,
How was I to know you'd rock my world?

Your smile, your touch, the way you love me,
I never knew......until you come to my life,
What a relationship could be?

So I celebrate you.
My friend, my LOVE.

I celebrate you.
The handsome person that you are. >.<

I celebrate you.
Because I'm the lucky one, by far.. huhu~

So as you celebrate one more year.
I'm celebrating you, my precious dear.
 You
***************

Ops! ekceli birthday Incik KA 23 May hari tuh.. tapi baru teringat nak buat entry pasal birthday boy nih.. ampun ye dear.. keterlupaan lah.. hehehe.. takpe2, ni dah publish pown kan.. pada kamu-kamu yang tak tau sape Incik KA nih.. tak payah cite pun mesti korang dah boleh agak kan.. kan.. 

Disebabkan Incik KA ni kerja jauh, so tak dapat la kitaorang nak celebrate together-gether kan.. terpaksa la postpone bile dia dah ada kat sini.. huhu sedih ;( tapi kan, hadiah besday dia dah mintak awal-awal before dia pergi? aci ker? tak aci kan.. ngada taw dia nih.. hahaha.. nak cari adiah untuk dia pun dah satu hal payah.. orang lelaki kalau cerewet ni adalah masalah ea readers.. lagi senang, ko pergi la beli sendiri ape ko nak.. aku bagi duit jer.. boleh camtu?

Kenape tetiba aku siap buat entry pasal Incik KA nih? sebab dia ehem2 saya kini.. jangan marah yer.. 


Orang kata muka Incik KA macam dia nih? 
ada la kot bau-bau bacang dgn Sein Ruffedge..  >.<


If korang tak suka tak payah baca..
Aku tak sentap pown..
Hanya buat entry ni suka2 jer.. hehe~


Thanks for read my blog!!

Dugaan di bulan May


Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu.

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH tetap bersamamu.
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah adalah penunjuk jalan.
Apabila engkau telah berazam,
MAKA bertawakkallah kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...