My Followers

Thursday, April 21, 2011

Mari Berdansa Bersama Rio

Last Saturday aku pergi Segitiga Bermuda.. hahaha apekah? di manakah? aku gelarkan segitiga bermuda sebab 1 kawasan boleh pergi 3 Mall (The Curve, Cineleisure and Ikea).. betul x? kalau nak ikutkan sehari pun tak cukup nak pusing tiga-tiga mall nih.. boleh kurus kaki.. kaki jer la.. itupun tak tentu kurus lagik.. hehehe.. 

Plan kua kul 2 pm.. kua pagi-pagi pon banyak kedai tak bukak lagi.. time tu dah cantik la.. jalan pun tak brape jammed so macam best la drive.. oh ya! aku dates ngan Incik KA yer.. sementara tengah ada ni, kua la puas-puas yer.. huhuhu.. 

Parking pun kat Cineleisure, pergi la tengok wayang dulu.. dah lame kot tak tengok wayang berduaan dengan buah hati.. hehehe gatai.. sekarang pun movie tak banyak yang best.. asyik cite hantu jer.. tak nak la aku, penat nak jerit-jerit pastu tengok separuh jer sebab takot nak tengok next scene.. bazir je bayar tiket mahal kan.. pas bincang-bincang, sehati sejiwa nak tengok kartun.. feeling budak-budak remaja.. hahaha~


"Rio"


"Rio" mengisahkan seekor burung jantan spesis macaw biru yang diberi nama Blu (Jesse Eisenberg), yang berasal dari town kecil di Minnesota. Bila Blu dapat tau yang ada seekor lagi spesis sama macam dia, dia terpaksa meninggalkan kehidupan selesanya dalam sebuah sarang khas yang disediakan oleh penjaganya untuk ke Rio de Janeiro dan mencari burung betina macaw biru, Jewel (Anne Hathaway). Dan dari detik ini, pelbagai rintangan yang Blu dan Jewel lalui untuk menyelamatkan diri. 

"Rio" penuh dengan experience menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak, mempunyai unsur-unsur cinta, kasih sayang dan komedi yang natural sesuai la nak ditonton untuk semua lapisan peringkat umur. If korang minat cerita "Ice Age", "Madagascar" and "Kungfu Panda", aku memang suggest Rio as a must watch animated movie for this year. Movie ni pun dah ala-ala Glee sebab ada nyanyi-nyanyi jugak. Seronok tau. Overall rating aku bagi 4.5/5 bintang.. Best!!



Couple burung biru.. Blu & Jewel..
so sweet together~


Tengok sambil joget-joget..
Tak bosan dari awal cerita sampai ending..

Thanks for read my blog!!

Wednesday, April 20, 2011

A Gift from Singapore.. I Loike~

Hello Readers!!!

Ekceli nak publish last week entry ni tapi schedule harian sangat la penuh.. tak sempat-sempat nak menaip entry.. oh sangat busybody buzy tau.. mana nak siapkan keje sendiri, mana nak siapkan keje boss bagi.. uiks! baru kusedar semua keje aku dah siap rupanya.. hahahaha... terasa berbaloi-baloi keje banyak last week!!!

Itu baru intro entry, ni baru nak cerita nih.. last week Incik KA balik dari Singapore.. eceh2.. sekarang dok cite pasal Incik KA jer ea.. eh! baru nak start entry pasal dia ni tau.. hahaha.. dia pergi pun ada jemputan kenduri kawen kazen dia kat sana.. aku pun ape lagik, kedip-kedip mata mintak nak ole-ole dari singapore.. of coz la cair kan.. 


Pening kepala Incik KA nak beli ape kat aku tak tau.. so, pikir punya pikir dia pun belikan aku special ole-ole.. amboii, nak beli benda ni sampai ke Singapore yer.. macam kat KL takde? oh tak pe, yang penting Incik KA yang belikan..






Tengok beg, Dior aku cakap ko.. i dont 
expect this okeh! huhu~


Dah tengok beg kertas tu mesti la nak tau ape isi dalam kan? korang rasa ape yang ada kaitan dengan product Dior ni ek? Perfume? Cosmetic? Accessories? korang teka la sampai besok pun korang tak tau kalau aku tak bagitau.. muahahahaha.. sangat jahat gitu.. dah la aku pun tak sampai hati buat korang tertanya-tanya.. 



I got this special edition set.. aku ni bukan branded
person la.. so, aku tak tau sangat pasal benda2 ni sumer..
Incik KA dah belikan.. aku terima saje!!




Set Diorsnow, ni sume saiz kecik-kecik jer.. more to 
skin care.. ada Day Serum, Day Creme, UV Shield, 
Foundation and Night Serum..


Including this too!!


Miss Dior Cherie perfume.. bau memang taste aku tau.. 
pandai Incik KA pilih.. hehee.. sayang kot nak pakai..
aku pakai bile pergi dating ngan Incik KA jer.. jimat =P


Terima kasih Incik KA for this lovely ole-ole from Singapore.. kalau dia bagi aku Fridge Magnet gambar singa Merlion tu pun aku dah happy.. sure ker? hahaha.. poyo nak bajet rendah diri.. well, aku memang cenggini kan.. baik tau.. sape lagi nak puji.. lagipun aku tak demand nak perfume ni.. asalkan dia pergi dan balik dengan selamat dari Singapore aku dah happy.. hari-hari dok sms.. tak kisah rate mahal.. hehehe melambung bill maxis aku~


Hadiah birthday nak mintak ape ek?
hermm.. kene pikir dari sekarang ni.. 
padahal lagi 2 bulan.. hahaha~

Thanks for read my blog!! 

The Lucky One


Pagi tadi bukak la homepage blog sendiri, terperasan hit counters ni currently masa aku buka la dah 8804.. another 80 to go nak achieve target 8888.. who will be the lucky one ea? if you the one that i looking for, let me know reader.. u will gets something as rewards sebab rajin singgah kat my luvly blog.. till then, i wait for it.. Good Luck!!

Appreciate your support~

Thanks for read my blog!!!

Tuesday, April 19, 2011

When I Met You~


My heart was broken many times before.
When I had met you, my heart was hopeless.
It felt like a black hole replaced it.
I did not want to feel anything for anyone because
     eventually I'd be back to where I was.
 
Upon our first encounter, I saw beneath the initial
     awkwardness and silence.
When I really got to look into your eyes, 
I saw something special.
I cannot trully say what that was then and still am not
     able to express that now.
All I can say is with those eyes and your smile, 
my heart started to restore.
 
As time grew so did what I felt for you, 
it was more than friends for me.
When you asked me if I would want to make this
     official, my heart leaped.
My heart began to feel hope again as well as many
     emotions it had not felt in a long time.
I still at times still cannot believe you asked me.
 
Through our relationship so far, we have had our ups and
     downs, but hey who doesn't.
You have never given up, nor will I.
I will treasure each moment with you, 
even if I do not always show it, 
believe me it's your presence I enjoy the most.
All I really want at times is just to be in your arms and
     looking into those eyes and just talking.
 
Your smile still means the world to me, 
I can picture it in my head and then I smile.
Your eyes still hold something special to me, 
eyes hold the truth and also the secrets of the heart.

All together with all your features whether they might be
     good or bad or even switch at times, you still mean the world to me.
Even if your heart is yet unsure of how it feels,
 mine is sure and always wants me to express it.

Saranghae~



Thanks for read my blog!!

Monday, April 18, 2011

Zam Zam Ala Kazzammmm.. Dah Macam Aladdin Pulak ek?

Hahaha.. tengok tajuk aku rasa nak tergelak pulak.. tak tau dah nak letak tajuk ape.. boleh? belasah jer la ek, asalkan tajuk tu ada kene mengena ngan entry aku.. habes cite.. 

Last 2 weeks, aku ngan famli pergi ke Shah Alam dengan niat nak makan-makan famli and celebrate sekali birthday boy, Syukur Azib.. sapekah ko wahai gerangan empunya nama? aku kenal la.. korang memang tak kenal.. muahahhaa.. xpe, nanti aku story pasal birthday boy ni ea.. 

Planning dari last month tapi baru berkesempatan nak pegi this month oleh kerana schedule adik aku yang busy sangat.. orang study Landskap memang cenggini eh?? memang pown, adik aku ni study je kat Uitm Shah Alam tu, tapi nak dapat balik sebulan sekali pun payah.. inikan every week.. takkan nampak batang hidung laaa..

Ok, back to my story.. hehehe.. jauh plak menyimpang ea.. kitaorang satu famli tengah gile dok makan masakan style Arab sekarang nih.. ko cakap la kat mana yang ada, kitaorang akan try untuk pergi terjah makan kat situ.. next restaurant yang menjadi pilihan adalah...



Drum rolls please!!!!!


Inilah restorannya.. "Zam Zam Arabic Restaurant"
besar gile tempat nih.. tapi half kedai ni owner buat macam
jualan bazaar.. bayar sewa la tapi.. hehehe..



First time datang sini kowt.. so tak berapa nak tau cara order-order.. ape kata tengok menu-menu yang disediakan kat restaurant nih.. menarik!!!




 Buku menu yang banyak menu-menu sedap..
oh! ketika buat blog ni buat aku teringat nasi Arab..
craving for nasi Arab tetiba~



uiks.. meleleh ayak liur cek.. daging kebab yang sedapp!!


ini juga.. kalau tak silap ni bahagian appetizer kot.. huhu..
tak amik bahagian2 lain la pulak.. sebab tak sabor nak order..


Setelah puas pikir-pikir nak order ape, owner or manager restaurant ni kot yang suggest kat kitaorang untuk amek package siap untuk 5 - 6 orang makan.. senang kan? ko tak payah la nak perah keringat dok pilih-pilih tak abis-abis.. hehehe.. kitaorang pun agreed je dengan suggestion owner nih.. tunggu tak sampai berapa minit.. sampai dah order kitaorang.. memang cepat okeh serving makanan kat sini.. best!!!


ni la Nasi Mandy yang di letak dalam 1 dulang pastu siap
susun ayam dan daging kambing atas nasi.. memang banyak
portion nih.. kita perut melayu tak habis nak makan walaupun
bawah 6 orang ahli.. kenyang okeh!! 


Ada few side dishes yang dapat dalam package ni termasuk lah :


Salad yang fresh.. nama aku tak tau la beb, dah dalam
package sekali kan.. hehehe..


dan ini jugak!! kebab ayam dan daging, ada roti pulak atas tuh..
sedap sangat cuma sos tu agak masam.. i dont like.. 



Kitaorang tambah lagi 1 side dish :

Ini namanya Humus (camni ke eja?) yang dicicah dengan
roti arab.. perghh.. sedap humus nih.. memang menjilat 
jari la makan.. mesti cuba kalau datang sini..



Last but not least, mestilah air nak minum.. takkan nak makan tercekik ko karang.. tak pasal-pasal masuk hospital pulak ea.. air pun include package gak dapat 1 jug minum.. so amik la fresh orange jer.. bagi cuci-cuci perut.. hehehe..


memang fresh orange juice nih, macam air dalam
kotak tuh.. ape? Peel fresh.. pekat rasa orange dia.. =)



Dah puas makan-makan, borak-borak sumer.. tak abis pun makan sebab banyak sangat.. siap boleh bungkus bawak balik lagi tau.. kitaorang makan kat level atas.. hiasan menarik dan selesa.. lagu memang arab la.. kalau nak joget-joget pun boleh.. baru feel arab lebih kan.. hehehe.. tapi aku tak buat la ea.. =P

Lupa pulak nak tunjuk gambar Syukur Azib kan? korang nak tau sape mamat nih? dia ni boleh dikatakan my future brother in law la kot.. insyallah.. kalau ada jodoh ngan adik aku.. Nazihah tu la sape lagi? 



tu dia, Syukur Azib (ke Awal Ashaari ek?) kompius? hehe..
yang budak pempuan tunjuk peace ni la adik aku.. 
Maap la, she's taken by Syukur Azib yer.. lalalala~


Kejap.. Kejap..



Aku pun nak selit gak.. huhu.. muka yang
takde mood sebab baru hilang purse~ =(


Untuk keseluruhan restaurant, aku rating 8/10 bintang.. harga pun boleh tahan, takde la mahal sangat.. pada aku yang gemar masakan Arab memang suka ngan restaurant nih.. tapi, kalau korang berminat nak datang try makanan Arab boleh la google :


Restoran Zam Zam
Oasis 9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F
40000, Shah Alam, Selangor

Masa beroperasi : 
Setiap hari 10am - 2am

Tel : 016-2460661 / 016-277 1154
Email : zamzam.arabicrestaurant@gmail.com




Kenyang perut suka hati~


Thanks for read my blog!!!

Friday, April 15, 2011

Barang Free Lagi.. Suke!!

Okeh, if korang pernah baca entry aku yang before nih pasal aku dapat barang free kan.. kalau tak pernah baca sila tengok kat link Barang Free Gile Tak Suka Hehehe

Ni kira update continuous la ea.. hahaha.. untuk pengetahuan korang, aku dapat barang make up free lagi.. jangan tambah kejelousan korang ea.. =P

Biasa la, insan yang baik dan ikhlas yang sudi bagi free tu takde orang lain sis Aishah Sultan Mydin.. dia tau aku suka lipgloss and lipstick yang nude color.. so dia bagi la lagi few lipgloss kat aku buat tambah koleksi make up.. best kan?




semua lipgloss!! color yang i loike okeh.. berseri-seri bibirku 
yang seksi ini.. seksi ker?? please lahh~



tak lupa juga, compact powder from stila.. tone skin
lebih kurang pulak.. aku rembat.. tapi macam sayang nak
pakai kan.. nanti words "stila" tu hilang.. boleh?



Beg make up aku sekarang penuh dengan product mahal gitu.. rasa vangga kejap.. tapi bile habis, nak beli sendiri jangan la harap.. takde terbeli der... huhuhu.. apepun, Thanks to sis Aishah for all this product ya..




Macam duta product jer dapat barang free..
Feeling artis pulak.. perah santan boleh la~
hahhaha..



Thanks for read my blog!!

Bau-Bauan Yang Meruntum Jiwa

Hallu Readers!!

Minggu ni aku macam malas tahap gaban nak update entry baru la.. kenapekah ia terjadi? well, hidup tengah busy dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera.. terkejar sana.. terkejar sini.. owhh.. penat la~

Tapi, bile balik rumah leganya rasa bile di indahkan dengan bau-bauan yang wangi.. ala-ala spa gitu.. ko ada? takde kan.. kalau takde, dok diam-diam baca ape aku nak tulis kay.. hehehe.. 

Ekceli, entry ni last week kot patot di publish tapi ntah kenapa macam idea takde mari tu yang dok terperap dalam draft jer.. cian kan.. ok la.. meh tengok gambar kat bawah ni..





Tadaaa.. 






hehehehe~





Tu dia, lilin dalam gelas.. feeling spa kan?


Bau dia sedap, aku suka sangat!! tiap-tiap hari selagi tak abis lilin ni aku nyalakan.. bagi bau semerbak wangi kat bilik aku.. wah! romantik kan.. hehehe.. aku beli lilin ni kat Ikea jer... ntah brape hengget ntah aku pun dah lupa la.. tengah offer so murah jer la.. aku pun hangkut la 2 3 beli utk umi aku sekali.. 



Kalau tak tau bau mana, boleh refer gambor kat atas ni ha..
ada campuran buah ceri merah, ceri hitam and resberri hitam kot..
dapat la namanya TINDRA.. aku pon tak tau maksud ape..
pegi la tnya owner Ikea sendiri yer.. muahahaha~



Selain bau ni, banyak lagi bau lain macam Vanila, Green Apple, Coklat and etc.. boleh pilih ikut kesukaan bau masing-masing la yer.. tiada paksaan.. hehe.. 

Ok, selamat beromantika di bilik sendiri..

Thanks for read my blog!!!

Tuesday, April 5, 2011

Wonder Girls Here In Malaysia

Good news for K-Pop Lovers!! 

Kalau tak minat, baca jugak yer.. aku paksa rela korang baca.. muahahaha.. korang kenal tak dengan group Wonder Girls? Tak kenal? Takpelah kalau tak kenal pown, yang pasti Dato' Siti Nurhaliza pun kenal.. siap nyanyi lagu Nobody kat ABPBH lepas kan.. hehe.. 

If before ni korang tak berkesempatan nak tengok Wonder Girls (WG) perform Live kat MTV World Stage or WG Concert kat genting.. ni la peluang korang untuk tengok group WG ni depan mata korang secara live.. 



Oh ya! kali ni Kuala Lumpur menjadi primed host the biggest two-day FREE International Concert ever (yes!! its FREE Concert people, boleh datang ramai-ramai).. WG dibawa khas oleh pihak organizer in conjunction with Petronas Grand Prix sempena "Twin Towers@Live 2011" yang akan berlangsung pada 8 April - 9 April 2011  di Twin Tower of KLCC (Dewan Philharmonic Petronas Entrance).. show akan start pada 6 p.m. onwards on both days.

Wonder Girls

Selain WG, turut ditampilkan barisan artis yang famous seperti Hoobastank, Yuna, The Azenders, Bunkface and more..

Artist Line-up :

Friday, 8 April 2011
  • Wonder Girls
  • Hoobastank
  • Yuna
  • The Azenders
  • Bunkface

Saturday, 9 April 2011
  • Joe Flizzow
  • Mizz Nina
  • Colby O' Donis
  • The Earth, Wind and Fire Experience feat Al McKay


Ni layout plan for this FREE Concert ^^

Sebagai bonus, organizer bagi exclusive fan-zone passes to 4000 lucky fans (if no lucky, its still free enter okeh, jangan risau) during the 2 day concert. For more info, dapatkan la updates event's twitter and facebook page.


So, What are you waiting for??
See you there~
Include me as a lucky fans ^^

Thanks for read my blog!!

Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010: Ape Yang Menarik?


Hari ni aku tengok ramai yang update blog cite pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yer.. aku pun sebok gak nak hapdate.. saje nak banyakan entry.. hehehe.. mostly ramalan yang menang anugerah memang aku dah jangka dari awal.. terror tak?? macam ada deria keenam boleh jangka-menjangka nih.. padahal banyak tak betul pun jangkaan.. hahaha..

Senarai Pemenang ABPBH 2010 :

Artis Baru Wanita Popular ~ Ana Rafali
Artis Baru Lelaki Popular ~ Shahir
Pelakon Drama TV Wanita Popular ~ Fasha Sandha
Pelakon Drama TV Lelaki Popular ~ Remy Ishak
Pelakon Filem Wanita Popular ~ Lisa Surihani
Pelakon Filem Lelaki Popular ~ Shaheizy Sam
Penyanyi Wanita Popular ~ Yuna
Penyanyi Lelaki Popular ~ Faizal Tahir
Penyampai Radio Wanita Popular ~ Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular ~ Faizal Ismail
Pengacara TV Wanita Popular ~ Fara Fauzana
Pengacara TV Lelaki Popular ~ Aznil Hj. Nawawi
Artis Duo/Kumpulan Popular ~ Sixth Sense
Artis Nasyid Popular ~ Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular ~ Norkhairiah
Artis Komedi Lelaki Popular ~ Zizan
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hajat ~ Dato' Rosnani Jamil


Untuk anugerah yang last ni memang aku tak jangka langsung la.. Anugerah Bintang Paling Popular 2010.. dalam banyak-banyak senarai yang ni jer aku tak terjangka kemenangannya.. apekah? dah malam sangat aku dah ngantok.. hehehe.. 

Pada mulanya aku bajet Zizan yang dapat anugerah ni.. tapi tak sangka sangat-sangat adik kepada Zizie Izzete ni yang menang.. perghhh! ni mesti Bung Mokhtar suruh orang Sabah vote kat adik ipar dia nih.. hehehe.. eh! aku gurau-gurau jer tau.. jangan propagandakan tulisan aku nih.. lalalalala~

Sape lagi kalau bukan... (sambil bunyi guruh kilat sabung-menyabung)
eh! silap effect bunyi la pulak.. bunyi drum roll please!!!

Congratulation!! 


Tahniah!!



Shaheizy Sam
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2010


Bila dah ada majlis anugerah, memang tak lengkap la kalau takde persembahan artis.. ye tak? dalam semua persembahan kan, aku beria tengok time Yuna ngan Siti Nurhaliza perform jer.. kenapa? ntah, aku rasa persembahan dorang je yang best.. hehehe.. betul x?

Ape pun, ABPBH 2010 telah pun melabuhkan tirainya.. congrates to all winners!! boleh tido dengan lena semalam.. Zzzzzzz


Aku suka tengok Ashraf Muslim..
Siap suh mak aku pinang buat suami.. boleh?
Rasa-rasa dia sudi tak.. huhuhu.. blushing~

Thanks for read my blog!!!

When Monday is Busy Day

Oh Monday, kenapa la ko cepat sangat hadir di kala aku tak puas merehatkan diri di rumah!! bile dah weekend, sebok pulak aku berjalan memenatkan badan kan.. pastu complaint penat.. ape dahh.. lagi mau bising.. hehehe~

Pernah tak, bile korang sampai office tetiba Boss panggil masuk bilik? mesti ada punya la.. aku gerenti.. pastu, dengan selamba Boss korang bagi korang list kerja yang perlu disiapkan.. 




cenggini la lebih kurang.. ni baru sikit jer..


Seterusnya, ditambah pulak dengan aktiviti beramah mesra dengan client/staff yang kadang-kadang korang kenal, kadang-kadang korang tak kenal pun tapi kene call jugak..


bukan sorang nak kene call.. tapi few people!!
dah macam receptionist pulak yer.. huhu~


Tu tak sudah lagi, lastly korang kene ngadap pulak PC yang bile lama-lama tengok boleh juling bijik mata.. tak pun boleh buat korang migrane tahap kronik (ok tipu, tu aku je kot).. 


kalau la PC tu boleh bercakap, mesti dia kata
"sudah-sudah la tu, bawa berehat la tengok aku"
mau sampai bile-bile aku tak ngadap PC dah..
muahahahaha..

At the end, what can i just say is :


korang paham tak tulis english tuh? kalau tak paham,
pegi la translate kat googles.. itulah pentingnya
English Educationnn.. hehehe~



Ok la, busy camana pun sempat gak aku hapdate entry baru yer.. hehehe.. bagi release sket penat ngadap koje banyak nih.. 


Selamat Hari Monday readers..
Hari yang boring setiap minggu~

Thanks for read my blog!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...