My Followers

Wednesday, September 14, 2011

Kisah Hantu Bonceng

Hello Readers!!

Dah tengok ker Hantu Bonceng? aku tau mesti ramai yang dah pergi tengok kan.. kalau tak, takkan la dalam masa 5 hari dah boleh dapat kutipan 8 juta..




Since pada aku raya tahun ni agak tak berapa nak best.. hakikatnya tak dapat nak raya ngan Incik KA.. dia kene kerja lor.. sedih okeh!! tapi takpe, aku rawat luka di hati tengok cite hantu bonceng.. muvie ni pon kua time raya aritu kan? so, malam raya ke-3 aku telah dipaksa rela oleh sis Nazihah jadik driver nak tengok muvie nih.. lagipun, aku bawak dua lagi kazen aku yang masih muda remaja.. mesti la kena ada sorang yang sudah tua dewasa kan.. aku la tuhh.. sape lagikk??

Bajet nak tengok muvie kul 10 mlm tapi sampai lambat sangat tiket pun dah abes kan.. terpaksa jugak la beli tiket kul 12 midnite.. plan nak tukar muvie final destination, tapi kena sound ngan minah kaunter sebab aku bawak budak bawah umur so nanti tak dapat masuk.. nak tak nak haruslah amik jer midnite hantu bonceng tu kan.. keji tau minah kaunter tuh.. tak suka sgt!!

Wehh.. berjanggut aku tunggu 2 jam lebih nak tengok muvie.. dah la kat melaka ni bile malam mati.. tak macam kat KL kan.. nak lepak kat kedai2 kopitiam ke, oldtown ke sume dah tutup kul 10.. ape hal?? boring la pulak..

Its about "worth it" la aku tunggu kat 2 jam untuk tengok muvie ni.. ko ada? hahaha.. jalan cerita simple dan menarik.. ada pengajaran di akhir penceritaan.. pada aku lakonan Zizan (Amran) dan Jue Aziz (Halimaton) sangat baik.. walaupun aku kurang gemar cara dorang panggil Ucuk dan Baby tu kan.. gewdix okehh!!

Ape2 pun, Juliana Evan (Maya/Ayu) berlakon dua watak berbeza dalam muvie nih.. tak sangka muka jer baik tapi perangai mengalahkan hantu jer.. eh! jangan salah sangka.. tu sume dalam muvie ni jer.. kat luar baik la kot ekk.. semuanya akan terjawab di penghujung cerita hantu bonceng nih.. so, pada korang yang tak tengok lagi pergilah tengok regangkan la otot2 pipi tu untuk ketawa bahak-bahak dan kejang perut..

Dari review yang aku banyak baca, dorang kata muvie ada unsur-unsur mempersendakan agama? pada aku itu hak individu untuk meluahkan pandangan dan pendapat masing-masing kan.. kite tengok dan kita nilai la yang mana baik kita ikut, dan mana yang tak baik tu kita jauhkan.. pikir dan buat keputusan menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya.. Insyallah semua akan ok!

Next planning, muvie ape yang kua 15 September tuh? hehehe aku nak terjah panggung lagikk..  ;)


Thanks for read my blog!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...