My Followers

Wednesday, September 21, 2011

Hari Malaysia Pun Ada Openhouse Ker?

Hello Readers!!

Maaf baru dapat nak update entry hari ni, itupun setelah dipaksa rela gagahkan jugak diri nak update.. hahaha.. kejam pada diri sendiri saje! 

Pada mulanya cadang nak bersenang-senang jer time public holiday Jumaat lepas (sempena Hari Malaysia lahh) kan.. tapi dapat pulak jemputan openhouse.. bukan satu tapi dua ye kawan-kawan.. lemah rasa kaki tak pijak bumi.. ok, itu tipu saje ehh.. padahal hati bunga-bunga orang ajak datang openhouse.. dapat makan free kott.. 


Tempat ~ Taman Koperasi Polis, Gombak
Time ~ 2:oo p.m.
Tuan Rumah ~ Sis Mimy

Ini adalah lokasi pertama openhouse aku.. tidak keseorangan, aku hangkut adik aku sis Nazihah teman aku pergi uma kak mimy.. ekceli if adik aku takde pun, aku tetap datang jer walaupun sorang.. huhu.. motip tak tau jalan? guna khidmat GPS sudah.. sekarang semua pun boleh kan.. kan.. kan..

Ok, memang GPS sangat membantu aku ke umah kak mimy dengan cepat.. tapi cuaca tidak begitu melayan aku dengan baik lahh.. hujan yang teramat lebat buat aku dan sis Nazihah tercongok dalam kereta tunggu hujan reda.. memang non ado yer hujan nak reda.. lagi bertambah cerdik bile takde langsung sebatang payung dalam kereta.. sungguh lengkap untuk buat aku menyanyi membebel dalam kereta!! 

Nak tunggu hujan reda, rasanya tak terpegi la aku openhouse yang kedua.. mau atau tidak, suka atau tidak terpaksa la aku dan sis Nazihah redah hujan yang begitu lebat itew.. memang tambah lagi la aku membebel tanpa henti yer.. kurang dah mood nak beraya kejap.. 

Tak sampai berapa minit, Diana pun sampai jugak dengan kekasih hatinya FZ.. same macam kitaorang redah hujan tapi versi berpayung.. orait la jugak kan daripada kitaorang.. hermmm.. tak duduk lame, terus jer makan.. bila hujan perut pun kebulur.. so, kite makan dulu.. kak mimy masak mee jawa (kata orang muar) yang sedap.. nak tambah tapi maluu.. simpan perut sebenarnya..

Biasalah kan, dah sudah makan sesi gambar sangat penting.. buat kenangan la katakan.. kebetulan Yanie dan famili sampai sekali.. memang orait sangatlah tuh.. dah cukup korum nak amik gambar ramai-ramai.. hehe.. small gathering la konon..


Diana, Mya and akuyangcomel.. ;)


semua tak pandang kamera kecuali Mya 


ni baru masing2 nak pandang kan? Mya pulak tak 
pandang kamera.. isk budak tecik nihhh..


Diana, akuyangcomel, sis Mimy dan Mya.. aku tak 
tau kenapa tapi this is my fav picta.. nice je kan? 


of coz gambar akuyangcomel with Mya 
harus ada.. dua2 pun comey kan?


Yeah!! dah selamat beropenhouse kat rumah kak Mimy, nasib baik ada openhouse lain kalau tak memang aku lepak lama lagi kat umah kak Mimy tuh.. hehehe.. sementara hujan tengah berenti kat luar, aku dan sis Nazihah berundur la diri.. ape pun, mee jawa mak kak Mimy memang sedap.. yum2.. oh! puding roti juga.. siap tambah tak ingat orang belakang lagik.. hehehe..


Tempat ~ Sunway Semenyih
Time ~ 4:00 p.m.
Tuan Rumah ~ Mak Ju & keluarga 

Dari Gombak ke Semenyih.. wah!! aku jugak yang kene drive kan.. perut dah kenyang, hujan lagik pulak tuh mata mula la ngantok2 feeling gitu.. huhu.. jauh kot dari gombak ~ semenyih.. disebabkan Mak Ju adalah keluarga saudara yang paling rapat, haruslah di gagahi jugak walaupun jauhh..

Sampai dah kat kul 4 lebih sebab jauh dan jammed sket2.. ada ke ayat camni? hahaha belasah sudahh.. well, menu nasi dan banyak desert.. super seronok dan beronok-ronok.. hahaha.. memang saje suruh aku tambah lemak-lemak tepu yang dah lama tak burn kan? hadoiii..

Since aku dah lame tak gosip2 dan lepaking bersama anak2 Mak Ju, so aku decide nak tido jer kat rumah Mak Ju malam tuh dan kazen aku dah siap planning either karaoke or muviee time.. since public holiday dan karaoke a bit expensive so we decided to muvie saje.. muvie ape aku tengok, nanti aku tulis entry lain yer.. 

Untuk raya kat umah Mak Ju ni, memang takde version gambar-gambar bagai.. tak tau la kenapa.. dah excited borak2 kott.. motip? korek rahsia lahh.. hahaha.. 

Ok la.. tu jer cite aku masa public holiday Hari Malaysia.. aktiviti weekend aku yang penuh dan padat.. ada lagi jemputan openhouse.. update later okehh..


Thanks for read my blog!!

1 comment:

Mimy Hamid said...

tengs menghadirkan diri..jangan serik dalam hujan yer...huhuhu sejuk kannn lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...