My Followers

Friday, June 3, 2011

Belayar bersama Jack Sparrow

If diberi peluang belayar dengan "Black Pearl" ni korang nak?


Korang tak nak? ermm rugi la korang nih.. tak pun korang tak memang tak boleh join geng bas sekolah aku.. hehee.. aku nak belayar dengan kapal ni kalau Incik KA follow sekali.. Oh ya! Incik KA memang sedang belayar sekarang nih.. dia lah Jack Sparrow aku.. hahhaa.. tetiba selit jugak.. sorry..soryy..soryy (nyanyi macam lagu Super Junior tuh)

Since sekarang ni weekend aku sangat busy dengan aktiviti kekeluargaan kan.. jadi aku agak susah nak spent time dengan Cik Rinie di weekend harinya.. herrmmmm sedih =(

Tapi, itu tidak menghalang kitaorang untuk tetap jumpa ye.. sebab hari weekday juga ada ape.. cuma terpaksa la bersedia esoknya pergi kerja bermata panda.. if sedia so boleh proceed keluar date di malam hari bekerja.. kebetulan pulak last thursday and friday parents aku balik kampung ada hal nak diuruskan.. weeehooo freedom.. jangan nak freedom sangat ek.. aku mintak izin parents aku la kitaorang keluar malam.. 

Kami bertiga; aku, Cik Rinie dan my sis Nazihah excited ni nak tengok Pirates of The Carribean (PoTC).. sampai semangat la kirim kat opismate aku belikan tiket wayang kat GSC Midvalley.. tiket dah dapat kan, haruslah pergi rugi dah beli tak pergi tengok.. 


Mr. Jack Sparrow!! 
nak pinjam eyeliner yg itam tuh, boleh?


Walaupun jalan cerita PoTC kali ni agak slow jika dibandingkan dengan PoTC sebelum ni tapi tetap best la jugak.. hehe.. yang buat bestnya lawak Jack Sparrow tu jer.. tak kering gusi dibuatnya.. pastu kan, dalam PoTC ni ada pulak tambahan mermaids yang cun-cun taw.. terpesona aku melihatnya.. phewittt!

Pastu kan, dah la ada duyung-duyung yang cun, ada pulak tambah hero baru dalam PoTC nih.. aku pun tak kenal sape! mula-mula tengok ingatkan Orlando Bloom tapi Sam Claflin (pegang watak sbg Philip Swift) pelakon baru nak naik kot sebab aku memang tak kenal dia nih.. 


See?? Mermaid Cun dengan Sam Clafin 
yang handsome jugak~

Dapat la cuci mata tengok Sam Clafin yang hensem ni since Orlando dah takde kan.. motip? aku memang suka Orlando Bloom okeh.. jangan pertikaikan.. hehee.. kali ni punya PoTC lebih fokuskan mengenai pengembaraan Jack Sparrow dan kawan-kawannya (geng bas sekolah kan) untuk ke Fountain of Youth sebelum kerajaan Spanish dapat tau.. dipercayai sesiapa yang minum air suci dari Fountain of Youth tu akan dapat peluang kedua untuk hidup selamanya..

Sebelum dapat peluang kedua untuk hidup tu, haruslah ada syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan.. ingat senang-senang nak bagi nyawa kat orang? hehe.. syaratnya 2 saje yang pertamanya air suci fountain tu mesti diminum daripada silver chalices yang pernah dimiliki oleh Juan Ponce de Leon.. keduanya salah satu bekas air suci itu mesti mengangdungi air mata mermaid.. itulah gunanya mermaid yang cun-cun tuh.. kesian kan?

Berjayakah Jack Sparrow mengetuai rombongan ke Fountain of Youth? dan ada ke yang dapat peluang kedua meneruskan hidup tuh? kalau dah tengok mesti korang sengih jer baca entry ni kan.. kalau korang tak tengok lagi.. pergi la tengok dulu.. nanti tak feel pulak tetiba dah tau ending cerita kan? hehee.. So, selamat menonton!! aku rate 8/10 bintang.. ;)


Rindu kat Orlando Bloom.. eii gedix!!

Habis cite PoTC kat kul 12 malam.. uiks anak dara 3 orang ni kua sampai lewat malam bagai kan.. tapi rasa untung tau sebab kitaorang dapat bergambar sakan kat kapal "Black Pearl" tuh.. korang ada? takde kan.. hehee.. meh aku kasi korang jeles habis lah..


Tengok! aku dan Cik Rinie jer taw.. orang lain tkde..

Feeling kat Fountain of Youth pulak.. ahaks!!

Nak jugak amik gambar kat tengkorak tuh!!
peace yawww~

aku dan Cik Rinie berduaan.. ;)

Gambar ni cantik kan? aku suka sgt!!

Tengah Q nak beli popcorn pon sempat posing lagik..


Maaf kualiti gambar semua tak berapa nak clear sangat sebab gambar ni pun ihsan Cik Rinie.. bile handphone dah  terlalu canggih kan, abis sume nak di edit bagai.. tu yang gambar terlebih edit nih.. hehee.. ape pon, simpan buat kenangan sudah.. gambar kat kapal tu amik tengah2 malam kot.. orang takde kan.. ape lagik gunakan kesempatan yang ada la.. pergi siang-siang hari, memang tak dapat la sebab orang ramai rebut-rebut kan.. ni dah dapat.. amik puas2 lah~

Haruslah adik aku jadi mangsa amikkan gambar aku dan Cik Rinie.. nasib la ko jadi orang ketiga antara kami kan.. takpe! dapat belanja tiket wayang semua pun okey saje.. 


Last from me.. 
PoTC best lah!!! >.<


Dah lame tak tengok midnight camnih..
Esok pergi keje, mata macam mata panda suda..
Tapi tetap syiokk habis..


Thanks for read my blog!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...