My Followers

Thursday, April 21, 2011

Mari Berdansa Bersama Rio

Last Saturday aku pergi Segitiga Bermuda.. hahaha apekah? di manakah? aku gelarkan segitiga bermuda sebab 1 kawasan boleh pergi 3 Mall (The Curve, Cineleisure and Ikea).. betul x? kalau nak ikutkan sehari pun tak cukup nak pusing tiga-tiga mall nih.. boleh kurus kaki.. kaki jer la.. itupun tak tentu kurus lagik.. hehehe.. 

Plan kua kul 2 pm.. kua pagi-pagi pon banyak kedai tak bukak lagi.. time tu dah cantik la.. jalan pun tak brape jammed so macam best la drive.. oh ya! aku dates ngan Incik KA yer.. sementara tengah ada ni, kua la puas-puas yer.. huhuhu.. 

Parking pun kat Cineleisure, pergi la tengok wayang dulu.. dah lame kot tak tengok wayang berduaan dengan buah hati.. hehehe gatai.. sekarang pun movie tak banyak yang best.. asyik cite hantu jer.. tak nak la aku, penat nak jerit-jerit pastu tengok separuh jer sebab takot nak tengok next scene.. bazir je bayar tiket mahal kan.. pas bincang-bincang, sehati sejiwa nak tengok kartun.. feeling budak-budak remaja.. hahaha~


"Rio"


"Rio" mengisahkan seekor burung jantan spesis macaw biru yang diberi nama Blu (Jesse Eisenberg), yang berasal dari town kecil di Minnesota. Bila Blu dapat tau yang ada seekor lagi spesis sama macam dia, dia terpaksa meninggalkan kehidupan selesanya dalam sebuah sarang khas yang disediakan oleh penjaganya untuk ke Rio de Janeiro dan mencari burung betina macaw biru, Jewel (Anne Hathaway). Dan dari detik ini, pelbagai rintangan yang Blu dan Jewel lalui untuk menyelamatkan diri. 

"Rio" penuh dengan experience menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak, mempunyai unsur-unsur cinta, kasih sayang dan komedi yang natural sesuai la nak ditonton untuk semua lapisan peringkat umur. If korang minat cerita "Ice Age", "Madagascar" and "Kungfu Panda", aku memang suggest Rio as a must watch animated movie for this year. Movie ni pun dah ala-ala Glee sebab ada nyanyi-nyanyi jugak. Seronok tau. Overall rating aku bagi 4.5/5 bintang.. Best!!



Couple burung biru.. Blu & Jewel..
so sweet together~


Tengok sambil joget-joget..
Tak bosan dari awal cerita sampai ending..

Thanks for read my blog!!

1 comment:

liyana said...

oooo dating yer... hehe

aku nk tgk cite tu! huwaa bile entah. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...