My Followers

Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010: Ape Yang Menarik?


Hari ni aku tengok ramai yang update blog cite pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yer.. aku pun sebok gak nak hapdate.. saje nak banyakan entry.. hehehe.. mostly ramalan yang menang anugerah memang aku dah jangka dari awal.. terror tak?? macam ada deria keenam boleh jangka-menjangka nih.. padahal banyak tak betul pun jangkaan.. hahaha..

Senarai Pemenang ABPBH 2010 :

Artis Baru Wanita Popular ~ Ana Rafali
Artis Baru Lelaki Popular ~ Shahir
Pelakon Drama TV Wanita Popular ~ Fasha Sandha
Pelakon Drama TV Lelaki Popular ~ Remy Ishak
Pelakon Filem Wanita Popular ~ Lisa Surihani
Pelakon Filem Lelaki Popular ~ Shaheizy Sam
Penyanyi Wanita Popular ~ Yuna
Penyanyi Lelaki Popular ~ Faizal Tahir
Penyampai Radio Wanita Popular ~ Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular ~ Faizal Ismail
Pengacara TV Wanita Popular ~ Fara Fauzana
Pengacara TV Lelaki Popular ~ Aznil Hj. Nawawi
Artis Duo/Kumpulan Popular ~ Sixth Sense
Artis Nasyid Popular ~ Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular ~ Norkhairiah
Artis Komedi Lelaki Popular ~ Zizan
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hajat ~ Dato' Rosnani Jamil


Untuk anugerah yang last ni memang aku tak jangka langsung la.. Anugerah Bintang Paling Popular 2010.. dalam banyak-banyak senarai yang ni jer aku tak terjangka kemenangannya.. apekah? dah malam sangat aku dah ngantok.. hehehe.. 

Pada mulanya aku bajet Zizan yang dapat anugerah ni.. tapi tak sangka sangat-sangat adik kepada Zizie Izzete ni yang menang.. perghhh! ni mesti Bung Mokhtar suruh orang Sabah vote kat adik ipar dia nih.. hehehe.. eh! aku gurau-gurau jer tau.. jangan propagandakan tulisan aku nih.. lalalalala~

Sape lagi kalau bukan... (sambil bunyi guruh kilat sabung-menyabung)
eh! silap effect bunyi la pulak.. bunyi drum roll please!!!

Congratulation!! 


Tahniah!!



Shaheizy Sam
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2010


Bila dah ada majlis anugerah, memang tak lengkap la kalau takde persembahan artis.. ye tak? dalam semua persembahan kan, aku beria tengok time Yuna ngan Siti Nurhaliza perform jer.. kenapa? ntah, aku rasa persembahan dorang je yang best.. hehehe.. betul x?

Ape pun, ABPBH 2010 telah pun melabuhkan tirainya.. congrates to all winners!! boleh tido dengan lena semalam.. Zzzzzzz


Aku suka tengok Ashraf Muslim..
Siap suh mak aku pinang buat suami.. boleh?
Rasa-rasa dia sudi tak.. huhuhu.. blushing~

Thanks for read my blog!!!

4 comments:

liyana said...

aku pun x sangka sam menang weh...bajet mcm zizan je.. hehe

x menahan ko cakap bung mokhtar suh org sabah vote? hahaha

RedLife2Love said...

liyana: motip?? tetiba dia menang, ape kes? ada abg ipar kaya kot.. ari2 suruh sdaramara vote utk sam.. hehe =P

liyana said...

haha pastu kan tetiba mak die berucap sekali.. LOL

RedLife2Love said...

enterprem.. anak dah menang ko.. dpt rantai RM180k mau tak bg ucapan sekali.. hehehe =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...