My Followers

Thursday, September 30, 2010

Hari Raya 1431H - Part 7

Continue from previous entry..


Pagi dah buat Laksa kan.. malamnya my sis Nadya ada la buat makan-makan sket kat umah dia di Sungai Penchala.. plannye dia nak buat Nasi Ayam and it happened.. my sis takde la buat secara besar-besaran pun, sekadar family terdekat jer.. im so excited! reason? nak jumpa my dear niece, syed umar.. hehe..

Aku ngn sis Nazihah datang awal sket dalam kul 5 lebih.. nak tolong ape yang patut.. kesian sis Nadya buat preparation sorang-sorang kan.. my parents datang lepas maghrib kerana masih berpuasa 6.. aku pun tolong la masakkan nasi ayam since my sis dah masak sket.. takut tak cukup kan.. mula la sesi menyingsing lengan and work for cooking.. hehehe..

Maka dengan itu, inilah hasilnya :

hermm.. cedapnyer!!! hingga menjilat jari-jemari
yang tulus lagi mulus nih.. 

Woah.. menarik tertarik dan sangat sedap.. hehehe.. puji diri sendiri lagik.. ampun ya readers.. memang sedap, tak tipu punya.. +_+ kalau tak caye, tanya la my Umi, my Abah, sis Nadya, sis Nazihah, bro Afzal dan seangkatan dengan mereka.. pasti akan cakap mavelles.. hahaha.. suruh tanya kat kaum kerabat aku kan, mesti dorang sokong aku jer.. lalalala.. but its a true FAKTA ekceli...

Ok, enough pasal makan nasi ayam itu.. lepas makan-makan tu kitaorang pun melepakkan diri kat hall sambil tengok drama series korea kat astro.. semua dah terjebak jugak.. hahaha.. nasib la korang kan.. tengah lepak-lepak tu of coz la ada yang mencuri perhatian kitaorang.. sape lagi kalau bukan my niece, syed umar tuh.. but this time tambah lagi 2 orang anak buah my brother in law.. Hanani dan Zaharah.. seronok melayan kerenah mereka bertiga.. so adorable~

Jom layan gambar banyak-banyak.. banyak ker??

This is Zahra, 2 years old..
pipi dia bambam.. chumel kan?


This is Hanani, 6 years old (i guess so.. hehe)
she is Zahrah sister yang adorable.. 
banyak mulut.. tak larat nak layan.. hehe~
but she is still being herself!!

Last but not least, of coz la my beloved nephew..
sape lagi kalau bukan Syed Umar ni ha.. 
ni la intan payung pengarang jantung famli aku skrg..
tak puas nak melayan kerenah dia sorang jer..
tau la cucu pertama kan.. nasib la Umar oiii..




Kami makan nasi ayam dengan gembiranya.. huiyeahh.. kenyang perut suka hati.. sambil melayan kerenah budak kecik 3 orang nih.. tak kering gusi dengan gelagat masing-masing.. =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Thursday, September 23, 2010

Hari Raya 1431H - Part 6

Sudah hari raya keenam.. selamat berada di rumah KL, rumah yang sangat luvly.. hermm.. my parents tengah berpuasa (puasa 6 la).. but, me and my lil' sis Nazihah tak puasa.. hehe.. so, my lil' sis pun plan la nak makan laksa.. tu yang buatkan jugak la laksa.. superb tau laksa yang dimasak oleh aku itu.. terbaik!!

tadaa.. inilah laksanya.. 
sungguh meleleh air liur kan?

*pix di atas hanya ihsan mr.google jer.. hehe..
kira laksa yang aku buat lebih kurang cam
dalam gambar tu la.. lupa nak amik gambar..

Semua orang dalam rumah aku makan bertambah-tambah.. tak cukup semangkuk.. hehe.. lihatlah betapa hebatnya penangan laksa ayak tangan aku ini.. ops! janganlah marah kalau aku terlebih memuji diri sendiri.. sape lagi nak puji kan.. kesian aku.. kan.. kan.. kan..

Aku pun dah lame tak makan laksa ni, boleh tumpang semangkuk dua.. bile dapat makan tuh.. rasa puas anak tekak nih.. pasni aku ada masak lain lagi.. tetiba rajin memasak pulak bila tiba hari raya ni.. nak tau ape? i will publish kat next entry.. =)


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 

Wednesday, September 22, 2010

Hari Raya 1431H - Part 5

Ok, tiada aktiviti untuk hari berikutnya selepas penat menonton movie Piranha semalam.. balik pun lewat kat kul 11 lebih baru sampai umah Tok.. masa on da way balik tu pun hujan sekejap-sekejap.. itu maknanya jalan akan licin kan, so drive safely la.. takleh pecut laju2.. lagi-lagi drive di malam hari.. "biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi".

Oh ya.. dah puas beraya di Pekan, tibalah hari untuk pulang ke rumah di KL yang telah ditinggalkan selama seminggu.. padahal bukan rindu kat rumah, aku sebenarnya rindu kat FB, blogspot, games dan paling tak leh lupa drama series Korea aku ler.. hermmm.. 

Oh Kim Hyun Joong.. 
i miss ur cute face~

Aku dan famili pun gerak la dari Pekan agak awal dalam kul 11 pagi camtuh lepas semua siap breakfast kan.. bermula la perjalanan pulang melalui highway pantai timur selama 5 jam sebab ada berenti kat R&R untuk lunch dan minum-minum segarkan mata..

Akhirnya sampai jugak rumah terchenta.. angkut sumer barang kat bonet keta bagi clear, terus masuk bilik buka laptop.. seminggu ditinggalkan.. bersawang rasanya.. hahaha.. tipu jer untuk bagi ayat cantik lebih.. terus la check FB dan blog.. memang banyak sangat la notification kat FB aku tuh.. friend request pun berderet tunggu mintak di approved! adess.. 

Lepas siap membalas comment2 mereka kat FB, aku pun melabuhkan tirai tidurku buat seketika.. lepas penat yang duduk lame kat dalam kereta.. heaven dapat tidur.. rasa macam nak terus tidur sampai esok pagi.. tapi tak mungkin la.. perut tetiba bunyi minta di isi..

Terus turun bawah, masak-masak untuk dinner.. disebabkan takde banyak bahan.. aku hentam masak sambal sardin ngan telur dadar.. pergghhh mantopp! makan dengan nasi panas pulak tuh.. lagi la sedap.. tapi ni aku masak untuk sekeluarga makan yer bukan masuk tekak sendiri sorang jer.. harap maklum..

Dah siap dinner semua, aku pun sambung la aktiviti depan laptop.. eh kejap, ada ke cite pasal raya? macam takde je kan.. tak kisah la.. it happen dalam minggu raya.. aku belasah jer tepek entry nih.. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ada lagi entry pasal raya pasni.. hahaha.. sabar jer la ek? 

Hari Raya 1431H - Part 4

Uiks, sekejap je dah masuk part 4 yer.. dalam pada tak nak tulis entry.. berapa part jugak aku buat ek.. hehee.. meroyan dah wei.. tapi yang entry ni aku rasa rileks sket la kot sebab tak banyak cite sangat tapi tetap nak cite jugak.. kasi kongsi la.. 

Macam dah jadi kelaziman pulak, bile time raya orang berpusu-pusu pergi panggung wayang kan.. bukan sibok nak menziarah rumah sedara-mara atau kawan-kawan... tapi kan, aku pun same jugak.. cuma aku lain, aku dah abis pergi beraya umah sedara-mara baru sibok menengok wayang bagai..

Ekceli, tak plan pun nak tengok wayang sebab kalau nak tengok wayang, kitaorang kene drive pergi bandar Kuantan.. yelah, uma Tok aku kan kat Pekan.. amik masa 45 minit la jugak nak ke bandar tuh.. oleh kerana kejelasan kazen aku dah pergi tengok movie Resident Evil malam raya pertama tuh.. aku "kasi gegar" juga kat kazen aku nak pergi tengok movie ngan dia jugak..

Maka, berjalan la kami dari Pekan-Kuantan.. eh bukan berjalan tapi drive kereta la.. hehe.. silap tahip! aku si driver.. kazen aku poyo dan2 tak tau jalan..
Miera : Ko drive la wei, ko kan teror jalan Kuantan sebab ko pernah bermastautin kat sini. hehe..
Aku : Ada ker? keta ko kot, ko la yang drive.. aku tunjuk jalan.
Miera : Alah, senang ko je yang drive.. terus pergi tempat nak dituju. Kalau aku bawak ntah mana-mana jalan aku masuk nanti.
Aku : Yelah.. aku drive.
Sabar jer la aku kan.. tapi tak kisah la.. aku drive jer terus kat East Coast Mall tuh.. ni shopping complex baru kat sana.. macam Midvalley jer.. shopping mall ni siap masa aku dah last sem belajar kat sana itupun wayang takde lagik.. sekarang ni, dah lengkap dah.. semua ada kat sana..

Eh.. melalut pulak cite pasal shopping mall ni.. aku nak bagitau yang kitaorang pergi ECM tu nak tengok movie jer.. hehehe.. disebabkan Miera dah tengok Resident Evil tu, terpaksa la aku n sis Naziha pikir nak tengok movie ape.. akhirnya setuju nak tengok movie

Piranha

Terpaksa la tengok movie nih, ingatkan Step Up ada lagi.. tapi dah abis tempoh tayangan.. tu yang tengok jer la cite yang ada.. Madu 4 ke, senario ke ada tapi lambat sangat nak start.. amik la yang paling awal.. Azab weh tengok movie nih kat panggung.. malu jer rasa..

Tengok time-time raya kan.. pastu dengan hampir 80% orang kat dalam cite ni pakai bikini.. mau tak terbeliak biji mata tengok.. yang laki dah bersorak-sorak kat dalam panggung.. malu dowh.. huhuhu.. a bit menyesal la jugak tengok cite ni sebab tak best pun.. boring! i'm almost menidurkan diri.. ngantok.. aku bagi la rating 2/5 bintang..

Ape-ape pun, merasa la jugak pergi tengok movie time raya ek.. hahaha.. tak pernah aku buat cenggini.. cam best pulak.. but it depends pada movie yang main kat panggung jugak.. =)


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

To be continue.. tak larat nak taip panjang2.. kene separate entry.. hehe~

Hari Raya 1431H - Part 3

Mari..mari..mari.. mood nak berentry raya sudah kembali selepas bercuci mata dengan gambar Siwon semalam yer.. hahahaha.. 

Next was cerita raya di sekitar Pekan, Pahang.. kampung side Abah aku pulak.. aku stay kampung sini kat 4 hari saje.. enough untuk habiskan beraya di rumah sedara-mara kan.. seperti yang sedia maklum aku kat Pekan dari raya kedua sampai la raya ketujuh.. of coz la raya kedua tak kira sebab time tu kitaorang on da way dari Melaka.. 

Keesokan harinya, takde tunggu-tunggu lagi beraya la kami beramai-ramai dengan konvoi 4 buah kereta.. dah macam rombongan meminang pulak konvoi-konvoi yer.. memang meriah tau, dari 1 rumah ke 1 rumah yang lain.. kira tolak campur darab bahagi adalah lebih kurang 8 jam kitaorang spent time untuk habiskan raya umah sedara-mara tuh.. 

Dalam banyak-banyak rumah sedara yang kitaorang pergi, rasanya ada 1 rumah tu yang paling best sebab kitaorang dapat experience petik buah rambai yang tengah musim.. meh layan gambar-gambar kat bawah sekitar kejadian..

Inilah buah rambai.. pernah makan x? ke korang
memang tak kenal buah nih? hehe.. sedap~

tengok la, orang lain penat memanjat pokok ni 
petik buah rambai tu, kitaorang kat bawah tukang
perabih konon-konon nak rasa.. padahal
kat setengah plastik dah masuk dalam mulut.. hehe

Tidak habis di situ, aku nak berterima kasih la kepada dua kazen aku yang bersusah-payah memanjat pokok ni untuk petik buah rambai tuh.. kalau dorang takde, tak merasa la kitaorang kan.. meh kita tengok gelagat kazen aku memanjat ek.. for the real time di hari raya!!

alah, tak nampak pula muka kazen aku sorang nih..
namanya Anip, baru berusia 21 tahun.. tapi dah
ada aweks la.. he's not single.. tetiba ek?

ni pun lagi satu kazen aku.. dah 
macam buat modeling pulak ko yer..
dia ni abg kepada Anip tadi, Firdaus
namanya.. tapi kitaorang panggil 
along jer.. oh! dia pun dah tak single jgk..

Lastly, mesti la gambar kami kazen perempuan kan..
dah puas dapat makan buah rambai.. snap2 sket..
from left : Miera, sis Nadya, aku dan sis Naziha

Pastu, kitaorang teruskan la perjalanan ke rumah yang lain pulak.. sedar tak sedar, kat kul brape baru kitaorang balik.. sampai je rumah nenek aku.. lunyai badan.. penat yang teramat.. badan dah tak selesanya.. mandi-mandi, solat pastu mula la aktiviti yang dinantikan.. membuat buih-buih cinta.. hahaha.. tau ke? 


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Eh! tak abis lagi cite raya, nak sambung next part.. tunggu taw!

Tuesday, September 21, 2010

Cuci Mata Seketika

Oh! i need a break dari cite bab raya-raya sakan itu.. hehee.. padahal masih blur nak mengdraft entry.. tetiba, aku nak korang layan gambar-gambar kat bawah ni dulu yer.. buka mata luas-luas.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Dah tengok ker? ape motip aku letak gambar mamat korea nih? sape dia ni ek? kalau korang peminat music/band korea, korang akan kenal sapekah gerangan empunya gambar di atas.. hehe.. pada korang yang tak kenal.. meh aku kenalkan..

Mamat ni nama dia Choi Si Won, merupakan ahli kumpulan Super Junior (band fames kat korea).. selain itu, dia juga pelakon tau, ada la few drama series yang dia jadi heronya.. suka sangat! saje je mengisi masa kelapangan aku di kala petang hari ini.. suka tengok muka dia yang super cute!! nak jadikan kekasih hati aku boleh tak? rasa-rasa dia sudi ker.. rasa nak kene hempuk dahi jer aku ni kan? tak mungkin la.. jangan perasan~

Ok la, entri abis di sini.. nanti nak sambung cite raya lagik.. kasi lapang dada cuci mata tengok mamat cute kejap.. layan la yer..

Sekian, terima kasih. 

Hari Raya 1431H - Part 2

Hallu semuanya.. sihat ker? masih mood raya? hehe.. mestilah raya sebulan kan.. memang la raya sebulan, puasa 6 jangan lupa buat.. pahala tuh.. oh! sekadar mengingatkan diri sendiri yang tak buat lagi puasa 6.. boleh niat ganti sekali.. paham-paham jer la orang perempuan.. dikecualikan dan dimaafkan..

Berikut cerita pada hari raya seterusnya adalah raya kedua.. hari raya kedua ni, aku dah kurang siket penat memasak.. tapi penat memasak sehari sebelum raya je tak hilang lagi.. aduiiyaiii.. kan dah mengaduii panjang tuh.. penat sangat la kot.. hermmm.. walaupun tak penat masak macam hari sebelum raya, tapi tetap masak jugak pagi-pagi tau..

Takde la masak berat-berat macam rendang tu.. kasi longgar sket perut, aku dan Umi masak ala-ala pandang ke timur sekejap.. hahaha.. padahal raya kat Melaka nih.. tapi ape dorang kisah, makanan dah terhidang depan mata.. makan jer la.. jangan banyak bunyik.. hehe..

Inilah dia, aku dan Umi masak Nasi Dagang..
nasi kene masak 2 kali sebab tak cukup..
sedap sangat ker? pikir sendiri.. =P

Dah siap masak nasi dagang, dah makan-makan untuk lunch.. aku dan famili bertolak pula ke kampung side Abah aku kat Pekan, Pahang (kampung Tok Najib nih) jangan main-main hah.. ape de hal ngan cite raya aku.. tak masuk kamus pown.. saje nak bagitau kami berkonvoi 3 kereta.. 

Macam ni la famili aku every year.. akan balik dua-dua side kampung cuma ikut sistem giliran dengan gigihnye.. takde masalah gaduh-gaduh.. yang beza pagi raya tu la, kalau tahun ni Melaka.. next year Pahang pulak dan begitula seterusnya.. tapi pernah jer beberapa kali terlajak.. hahaha.. parents aku decide.. kami sebagai anak hanya menurut perintah.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Akan bersambung ke part yang seterusnya.. harap bersabar yer..

Monday, September 20, 2010

Hari Raya 1431H - Part 1

Ok, cite dah lepas tapi aku baru nak bercerita kan? pedulik ahh.. aku mood raya terlebih sangat sampai lupa nak menghapdate entry blog kan..ampunkan patik yer kalian semua.. hehee.. 

Bagaimana nak mulakan yer? tahun ni aku beraya di kampung Melaka, my Umi side dulu.. disebabkan raya Melaka dulu, maka dengan automatiknya tanpa banyak soal, aku dan Umi kene la menjadi tukang masaknya.. adess! lemah semua urat kaki aku kejap.. nak wat cane? dah takde orang lain kan.. 

So, bermula la aktiviti membanting tulang sehari sebelum raya.. habis satu rumah kene kemas.. dari laman depan sampai la dapur belakang.. bersih lagi clean & clear tau.. walaupun berpuasa, kerja tetap kerja kan.. dah siap kemas-kemas rumah.. aku ngan Umi pun start la masuk dapur..

Aku ni anak dara terpilih, tu yang kene jadi Assistant Chef (pembantu dapur pada Umi aku ler).. dulu cita-cita nak jadi Chef tapi tak jadi kenyataan kan.. jadi jer la Chef kat rumah sendirik.. ok la tuh!!

Menu wajib tiap-tiap tahun mestilah rendang kan.. tapi tahun ni kitaorang buat 2 rendang.. rendang ayam kampung dan rendang daging cili padi.. meletop nih.. tidak habis di situ, ada beberapa lagi menu pilihan lain antaranya; paru goreng masak cili, kuah kacang, sate ayam goreng, asam pedas daging dan tak lupa juga nasi impit.. ketupat takde la pulak sebab tak rajin nak anyam daun ketupat.. hehee..

Di Pagi Hari Raya

Woahh.. orang lain sebok bersiap-siap nak pergi sembahyang raya.. aku ngan Umi siap-siap ke dapur menyiapkan juadah pagi raya.. kompem pas solat raya sedara-mara serbu umah punya.. memang sah.. kena serbu jugak.. tapi aku ngan Umi masih dengan uniform baju tido masing-masing.. sedih wehh..

Penatnye memasak tak payah la korang tanya.. sakit pinggang tu amik masa berhari gak la baru nak hilang kan.. tapi, bile tengok tetamu datang makan pastu puji semua juadah sedap.. kembang semangkuk hidung aku ngan Umi.. berbaloi-baloi rasa diri ini.. mana la tau, bakal mak mertua mencari menantu.. hehee.. harapan.. tak payah la berangan lebih.. hakikatnya takde pown.. 

Tengahari tu baru la aku ngan Umi bersiap-siap pakai baju raya sebab nak pergi beraya umah sedara-mara.. kesian kan? itulah nasib tukang masak.. huhuhu.. dan paling buat aku tambah sedih kan, takde gambar famili di pagi raya.. korang mesti ada kan? dengki tau.. tengok gambar member-member kat fb semua gambar ngn famili.. tapi aku? takde kenangan.. gambar feeling sorang-sorang tu banyak la.. nak tengok? scroll la bawah yer..

this is me.. di tengah hari raya.. hehe..
masa on da way nak pegi beraya ke 
rumah sedara-mara..

ni susulan gambar seperti di atas..
baju belang-belang dah macam kek 
lapis sarawak pulak.. hehe..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Sekian untuk entri kali ini.. moga bersambung di lain entri yer.. (^~,)

Kembali Menjalani Rutin Harian


Adess!! dah syiok cuti seminggu kan.. tetiba hari ni kena mulakan kerja seperti biasa (for those yang kerja), hamik muka jadi lemau macam kuih raya.. hahaa.. kembalikan la mood bekerja aku itu.. puhleaseee.. eh! poyo kan.. rasa nak dok melepak kat umah jer sambil guling-guling ngadap lappy, boleh x? 

whatever u feel rite now..

Happy Working Readers!!

Wednesday, September 15, 2010

Dolu-dolu VS Sekarang

Baru tibanya bulan Puasa, mulalah kedengaran lagu-lagu raya berkumandang di segenap kedai-kedai menjual CD.. tokei kedai pun amik kesempatan la menjual CD lagu-lagu raya.. sekarang banyak juga lagu raya ciptaan baru para komposer tanah air.. tapi aku tetap suka dengan lagu raya versi dolu-dolu.. feeling leleh beb.. tangkap 'dalam' wa cakap lu.. hehehe..

Lagipun lagu-lagu raya versi moden ni macam takde makna.. buat buang masa je compose lagu yang ntah ape-ape tuh.. bek la dengar je lagu-lagu lama.. walaupun lama, tetap layan kan.. aku pun tak terkecuali, bila nak raya ada la lagu faveret yang menjadi halwa pendengaran.. korang pun mesti ada kan? 

Meh le kite layan lagu raya pilihan aku tiap tahun.. 


Anuar Zain ft. Ellina : Suasana Hari Raya

Black Dog Bone : Cahaya Aidilfitri

Khairil Johari Johar : Sepasang Kurung Biru


*Macamana dengan korang pulak? ape lagu raya pilihan hati? hehe.

Tuesday, September 14, 2010

Luvly Homez


Finally, after beraya kat kampung Melaka and Pahang almost a week.. now i already back to my lovely home kat KL!! as usual, rumah jugak yang terbaik wokk.. hehe.. raya banyak cerita.. sume masih tengah draft.. 

Till then, wait for da entry ya!!

~xoxo~

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


Bulan Ramadhan bulan yang mulia
di sambut dengan hati yang gembira,
Kini Syawal pula menjelma
tangan ku hulurkan maaf di pinta.

Dear readers,

Bagaimana dengan segala persiapan raya tahun ni? Harapnya tidaklah ke arah pembaziran ye.. berbelanjalah mengikut landasan yang betul.. bak kata pepatah "mengukur baju di badan sendiri".. jangan lepas dah abis raya ni, masing-masing buat muka seposen tunggu gaji next month.. yang penting, kite meraikan hari kemenangan kita setelah menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah sepanjang Ramadhan tahun ni, aku tak lepas peluang menunaikan solat terawih bersama para jemaah di kawasan perumahan, mungkin tidak la penuh 30 malam aku buat tapi sekurang-kurangnya aku merasa nikmat menunaikannya.. betul x? tak lupa gak, time bulan puasa ni aku dapat gathering dengan keluarga, rakan-rakan dan special one untuk bersama-sama berbuka puasa. best!

Oh ya, di kala entry ni di publish aku dah ada kat kampung pun.. seperti tahun-tahun sebelumnya, famili aku menggunakan sistem ikut giliran.. untuk mengelakkan bergaduh kan.. aku sebagai anak, tak boleh banyak songeh, ikut saje.. so, tahun ni aku beraya kat kampung belah Melaka dulu.. pastu, dalam raya kedua atau ketiga baru la gerak ke kampung belah Pahang pulak.. Yeah.. balik kampung.. oooo.. balik kampung!

Di kesempatan hari yang mulia ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya selama aku berblog ni ada mengguris perasaan peribadi korang dengan sedar mahupun tidak. Aku juga manusia biasa yang kerap melakukan kesilapan. set 0-0 ek?

Selamat Hari Raya kepada semuanya, kepada yang memandu tu berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang tersayang.. kepada yang tak memandu, jangan tidur temankanlah orang yang memandu tuh.. hehe.. 

Maaf Zahir & Batin

Wednesday, September 8, 2010

Pre-Gathering Buka Puasa VK1

Selamat berpuasa Readers!!

Oh di kala penghujung Ramadhan ni, aku agak kurang mood nak publish entry la.. mungkin sebab kepala aku dah terbayang-bayang kampung halaman kot.. tak tau la kenapa, tapi tahun ni aku macam rasa seronok pulak nak beraya.. kenapakah? aku pun tak tau~

Actually, this entry bukan pasal nak raya la.. aku nak bagitau yang last Sunday, 5 September 2010 aku pergi Pre-Gathering Buka Puasa VK1.. buka puasa ni untuk member-member aku kat Teknik ERT Setapak dulu.. lama dah tak jumpa, last jumpa masa kawen member aku Mastura bulan 12 tahun lepas.. 

Nak satisfied tempat buka yang murah tapi buffet dah satu hal kan.. Pastu payah nak mengumpulkan member-member aku ni.. masing-masing punya la busy mengalahkan Menteri Besar okey.. at last, tempat and date sume dah set.. nak tau pulak berapa yang boleh attend.. mulanya ramai yang boleh, tetiba last minute ada hal lain pulak.. so, hari tu takde la ramai pun yang dapat attend..

Oleh sebab itu, aku tulis pre-gathering jer.. hehe.. adalah dalam 9 orang je yang datang dari 40 orang kot.. caner? tapi takpela, dorang pun datang ngan pasangan masing-masing.. macam ramai la sket.. malas nak cite banyak, jom layan gambar kat buka puasa tuh ek..

Here we are :
Flaming Steamboat Buffet
No. 123 & 124, Jln PJS 11/2
Spectrum Shops, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Thats me with red shirt!! haha.. Syana is next to me (organizer)
of coz 'hot mama' Zati Yahya and Nieza yg suka gelak..

with my beloved friends, from left Rinie, me, Nieza and
another 'hot mama' Laila.. masa ni Rinie was left early sebab
chenta hati dia ajak balik nak pergi solat terawih.. okey fine..
tak sempat nak borak-borak lame ngan Rinie.. next time beb!!

me and Nieza again peeps!! hehe..
masa ni sesi tukar-tukar hadiah..
sebagai kenangan la ni, buat cabut undi dapat
nama dia.. hope u like it dear~

this is mine, given by Sofie also 'hot mama' tau.. hehe..
thanks dear, i like it much!! a cup for two~

old school friends.. Syana and Nieza.. sempat gak aku
menyelit kat tepi tu ek.. huhu.. ni tengah lepak-lepak 
sambil menikmati dessert aiskrim.. jap lagi nak sambung
makan lagik.. huh?? makan lagi??! hehe.. yup..

 
see? tengah melantak udang-udang yang ada..
fresh dan besar-besar tuh.. yummy!! Fattah siap 
terkejut tengok aku makan dengan banyaknya.. nasib la..
dah ada depan mata kan.. makan jer la.. aku bayar ape..

Dah abis makan sume, masing-masing pun mula mengundurkan diri nak balik.. ape taknyer buat gathering hari Ahad.. esoknya Isnin, kene pergi kerja la ape lagik.. huhu.. tu yang tak dapat nak lepak lama-lama.. tapi dapat spent time kejap ngan diorang pun dah best.. belum semua ada lagi, tak dapat aku nak bayangkan.. 

Ape-ape pun, aku nak say thanks kat korang-korang sekalian; Rinie, Nieza, Zati Yahya, Sofie, Syana, Laila, Fattah and Radzi yang sudi luangkan masa untuk berbuka sama yer.. we try to fix some other time untuk gathering ngan yang lain ek! Love u all~

At last, our picture ramai-ramai yang 9 orang tu la..

stand from left : Syana, Rinie, Nieza, Zati Yahya, Laila
sit from left : me, Fattah and Sofie.. Radzi not in this pix..

Hope to meet you guys soon after raya.. already miss damn much!!!!


*teringat zaman sekolah teknik dulu.. terlalu banyak kenangan terindah bersama yang kite lalui kan? such a precious memories to remember~

Thursday, September 2, 2010

Hanya Kerana Cinta



Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasih mu.

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih, tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhan mu indah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...