My Followers

Tuesday, August 31, 2010

Happy 53rd Merdeka Day


Merdeka!
Merdeka!!
Merdeka!!!

I would like to take this opportunity to wish all Malaysians a Happy Memorable Merdeka Day.

As we celebrate Merdeka, let's continue to unite our hearts, hope and vision to a Satu Malaysia (1 Malaysia); where all races, culture, nationalities, religion and background and come together for one purpose, and that's to make Malaysia Great!

Happy Merdeka Day and Happy Holiday everyone~

Monday, August 30, 2010

Spagetti Daging

Sabtu lepas aku teringin nak makan spagetti, ape lagi pergi Giant beli bahan yang diperlukan dan masak sendiri untuk berbuka! yummy.. rasanya lagi sedap dari Pizza Hut kot.. oppss terlebih sudah~ 


Bahan-bahan :
100 gram  Spagetti
150 gram  Daging hancur (minced meat)
1/2 tin  Tomato puree
4 ulas  Bawang putih
4 biji  Tomato
10 biji  Cendawan butang (dihiris)
1 bunga  Brokoli (tak letak pun takpe)
2 sudu  Cili boh
Parmesan cheese
Minyak zaitun
Garam
Gula

Cara Membuat :
1. Rebuskan spagetti kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Toskan dan letakkan sedikit minyak zaitun supaya spagetti tak melekat.
2. Rebuskan tomato sehingga kulitnya tertanggal, sejukkan. Kemudian kisar halus tomato dan bawang putih.
3. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau, masukkan cili boh dan tomato puree. Setelah cili agak garing, masukkan daging hancur dan biarkan seketika hingga masak. Tambah sedikit air (jika perlu) untuk elak kuah terlalu kering. 
4. Masukkan cendawan butang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih selama 2 minit, masukkan brokoli dan kacau rata.
5. Setelah siap, hidangkan spagetti bersama kuahnya dan taburkan parmesan cheese. Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

Friday, August 27, 2010

Semalam Hari Khamis

Yesterday is the day! Ape ada dengan semalam yer.. hermm?? let me think (sambil jari telunjuk mengusap lembut daguku yang boolat.. heii poyonye..) takdela.. semalam kan hari khamis.. so, aku dan Incik A plan la nak pergi berbuka puasa buat sekian kalinya.. mesti korang dah boleh agak katner kan?

For those yang mengikuti blog ni mesti ingat pasal entry ini.. yang baru jengah blog ni, sila rujuk link tu dulu.. baru boleh paham entry baru ni.. hehehe.. 

Macam biasa, aku akan balik rumah dulu then baru Incik A datang pick up aku kat umah.. sempat la aku bermandi manda bersihkan diri dan change baju lain.. bagi wangi-wangi sket.. baru ada feel nak buka bersama-sama.. padahal.. tetttt~ pahamkan sendirik!

Incik A sampai dah  nak kul 6 petang camtu.. terus la bergerak ke tempat yang di tuju.. maklumlah nak pergi area Ampang perlu melalui MRR2 highway kan.. adalah stuck jam selama lebih kurang 40 minit.. tapi tak kisah pun sebab memang tak nak sampai awal sangat nanti jenuh nak menunggu time berbuka tuh..

Tapi sampai gak awal di tempat yang dituju dalam kul 6:45 petang, terpaksa la lepak-lepak dulu dalam kereta sambil memborakkan diri dengan cerita ntah hape-hape bersama Incik A..

sempat lagi beraksi manja dalam kereta..
tengah takde keje.. hehe~

Sementara menunggu nak masuk tu, aku amik la gambar restoran ni dari luar.. aku tak berani nak amik gambar dalam restoran tu.. kat luar pun jadik la yer.. takut la owner restoran tu kejar aku.. terus tak dapat nak bersantapan.. 

signboad restoran kat luar.. 

ni gambar dalam restoran yang aku snap
dari luar kedai jer.. simple je dekorasinya..

Kalau korang perasan kat signboard tu ada tulis "Meat Shop dan Restoran" kan? ekceli sebelah restoran ni ada satu kedai menjual barang-barang makanan Arab macam daging, frozen pastry, makanan dalam tin, cordial jus and few more.. interesting la macam kedai runcit tapi version Arab.. hihihi.. aku ngan Incik A pun poyo la masuk dalam kedai tu jugak tengok-tengok barangya.. 

Ok, abis cerita pasal kedai runcit tu, ni nak cerita pulak pasal makanannya.. aku ingatkan restoran ni hanya menjual Nasi Arab jer.. tapi rupanya tidak, ada banyak jugak la menu yang disajikan kat restoran nih.. aku adalah snap beberapa menu untuk korang tengok.. 

nama restoran ni macam yang tertera seperti di atas
"Tarablus Arabic Restaurant and Grill"

sandwich orang arab.. variety inti yang
digulung dalam roti pratha.. aku tak order
menu nih pun.. tapi macam sedap..

ni antara menu nasi arab yang ada..
aku makan yang inilah tapi yang mana ek?

oh ya.. restoran ni pun ada buat tempahan
katering untuk 40-45 orang makan..
gambar atas: set nasi dan kambing golek
gambar bawah: set nasi dan ayam

Dah puas tengok menu, kitaorang pun pilih la set masing-masing untuk berbuka.. jom tengok ape aku dan Incik A makan untuk berbuka..

aku pilih makan Mendy Rice with Kebab
keciwa sket sebab saiz kebab kecik la.. tak puas makan..

Incik A makan Mendy Rice with Lamb
tau tak lepas jer Incik A makan kambing ni kepala
dia terus rasa berpusing.. hahaha.. kelakar jer..

for drinks, we manage to drink this
arabian Barbican Resberry.. sedap tau air nih..
rasa macam air gas tapi lagi sedap.. heee~

Eh.. gambar dah abis la.. tak perasan pulak aku.. syok sangat menaip kan.. ape-ape pun aku nak rating makanan kat sini.. aku bagi 3/5 star.. aku rasa aku pernah makan nasi arab lebih sedap dari kat kedai ni.. tapi tak tau la tekak korang rasa macamana kan.. tapi, Incik A suka sangat nasi Arab kedai nih.. citarasa berbeza la katakan.. 

Kalau korang berminat nak mencuba makan nasi arab kat sini sangat dialu-alukan yer.. tak salah mencuba sesuatu yang baru.. ye tak? cuma masalahnye sekarang, aku tak tau alamat restoran ni.. ape yang pasti rumah kedai yang berdekatan dengan Tesco Ampang, satu lorong dengan Bank Islam.. harapnye korang berjaya mencarinya.. kalau susah sangat, boleh emel aku untuk direction..

Lepas dah berbuka, aku ajak la Incik A round-round Tesco Ampang tu pulak.. dah sebelah jer kan.. sambil menyelam minum air.. *wink *wink..

*dapat jugak makan nasi arab pilihan Incik A.. boleh pergi lagi tapi  nak try menu lain pulak..

Luahan hati

"Carilah seseorang yang boleh membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan erat."

Thursday, August 26, 2010

Energy Saving People!!

Today i would love to share something for our Bumiku.. Oh! for those are staff at TM will be familiar to this advertisement.. so, korang baca jer la lagi sekali buat tambah "ilmu peringatan" yer.. hehee..

"Do you know that a simple effort from you can help save a thousands of watts per day just by switching your desktop background from bright to dark?"

Tak paham ker? tetiba gatal nak speaking omputih petang2 nih.. aku tau ramai antara kita yang tak pernah terpikir atau tahu mengenai info ni.. same goes to me, baru tau jugak.. ok jangan kerut-kerutkan kening tu, let me explain more about it.

Kenapa kite harus menukar background desktop dari cerah ke gelap?

"Ini adalah kerana background yang cerah pada desktop menggunakan tenaga sebanyak 74 watt seminit, manakala background yang gelap hanya menggunakan 59 watt seminit. Bayangkan jika anda semua tergolong dalam jutaan rakyat Malaysia mahupun luar dari Malaysia ni memainkan peranan masing-masing, jumlah tenaga yang dapat dijimatkan dalam sehari adalah sangat banyak. Dengan ini, we also can save more money in a day! Lihatlah impak satu usaha yang mudah terhadap iklim dan syarikat kita (for those yang working, we totally use our desktop almost everyday kan?)."

Selari dengan kempen alam sekitar "Bumiku", marilah kita bersama-sama menukar background desktop yang baru. Mula berjimat sekarang!!

My old desktop.. cerah berseri.. 

New look for my desktop.. less color!!
just black & white.. nostalgia sungguh~

I already done my effort to save the energy for my company and bumiku.. how about yours?

Kuih Lopis Segitiga


Bahan-bahan :

Beras pulut (rendam semalaman)
Daun pisang
Kelapa parut putih
Garam
Gula melaka
Gula merah
Daun pandan
Tali rafia

Cara-cara :

1. Basuh bersih beras pulut dan toskan.
2. Gunting daun pisang mengikut kelebaran tapak tangan kemudian layurkan di atas api.
3. Bentukkan daun pisang seperti kon dan isi beras pulut mengikut kesesuaian saiz kon.
4. Kemudian ikatkan 3 ketul seperti bintang dan ikat ketat.
5. Setelah siap, rebuskan di dalam air selama lebih kurang 8 jam atau sehingga pulut masak.
6. Angkat dan tos air rebusan biarkan sejuk seketika.
7. Buka bungkusan daun pisang dan salutkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul garam.
8. Masakkan gula melaka dan gula merah sehingga larut dan sedikit pekat. Sejukkan.
9. Sedia dihidangkan dengan air gula merah. yummy!


Selamat Mencuba!

Wednesday, August 25, 2010

Bagaimana Mengenal Jodoh

Pernah tak suatu ketika, anda tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar 'Teman Tapi Mesra'?

Adakah dia jodoh yang ditakdirkan untukku?

Berikut dikongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya:
  1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya dan tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda rasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.
  2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu tenang dan senang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.
  3. Dia suka ape saje yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh terima anda seadanya. 
  4. Anda tidak merasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.
  5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda boleh menerima pendapat dan pandangannya.
  6. Anda tau ape yang dia suka, dan ape yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak ape minat dan kesukannya. Anda faham minat dan kecenderungan hatinya. Anda tahu ape yang penting bagi dirinya.
  7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta ape-ape atas pertolongan yang diberikan.
  8. Dia meminta izin untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.
  9. Dia begitu caring atau mengambil berat tentang anda.

Begitula beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dan si dia?

Kalau ya, Alhamdulillah.. bincanglah dengan keluarga untuk buat ape yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kiralah untuk menghantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah "buka pintu" dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa. InsyaAllah itulah jodoh anda.


Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tanya dan tidak pasti, "Siapakah jodoh aku?". "Bila diri aku nak bertemu jodoh?".

Sebenarnya tak kira siapa pun anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditetapkan. Anda pasti menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun anda berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.

Bersabar dan teruskan usaha mencari. InsyaAllah anda pasti menemui jodoh yang terbaik untuk anda.

petikan dari sini

*Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Allahualam~

Luahan hati

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar? Rupa-rupanya.. Allah nak kurniakan kita pelangi.."

Tuesday, August 24, 2010

Wallpaper Anda?

Girls Generation / So Nyeo Shi Dae (SNSD)

Aku choose this wallpaper untuk my current PC office.. hehe.. cute kan? aku pilih wallpaper ni sebab aku suka tengok minah2 Korea yang cute nih.. SNSD ni adalah antara group yang agak fames ketika ini kat Korea sana.. layan la lagu-lagu dorang nih.. terasa seperti nak menari bersama.. goyang-goyang sket!!

Suka dengar lagu run devils run by SNSD.. best taw =)

*ekceli tengah bosan tahap hyper kot tak tau nak watpe.. huhu~

Monday, August 23, 2010

Puding Caramel


Bahan-bahan :

1 tin susu cair
1 tin air masak (guna tin susu cair)
4-6 biji telur (ikut gred telur)
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung kastard
1 cawan gula (gula hangus)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan - susu cair, air, telur, gula dan tepung kastard ke dalam sebuah bekas.
2. Pukul rata sehingga gula hancur dan sebati. Biarkan seketika.
3. Cairkan gula di dalam loyang sehingga kuning keemasan untuk top caramel.
3. Tuang bahan yang telah dipukul tadi dan tapis di atas caramel tadi.
4. Kukus selama 30 - 40 minit sehingga masak.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Thursday, August 19, 2010

Berbuka Bersama Siape Tu?

Cewah.. entry kali ni nak feeling lomantik-lomantik sket la.. haha.. nan-ado yer kawan-kawan.. jangan nak lebih-lebih.. sekarang bulan puasa.. segala aktiviti yang mendorong kepada batalnya puasa harapnya dapat dielakkan la yer.. hehehe.. ok, ceramah kita pada petang ini.. opss! maaf salah stesen pulak.. 

Ape yang aku nak cerita kat entri ni takde kaitan langsung dengan paragraph di atas.. saje buat poyo-poyo mukadimah sebegitu rupa.. jangan marah ye.. ini bulan puasa.. nanti kurang pahala.. tak mo camtu taw! hehehe~ ok la.. ni aku cerita betul-betul ek..

Semalam, setelah 8 hari berpuasa.. akhirnya aku berkesempatan juga berbuka bersama Incik A (eh! dah lame takde entry pasal Incik A kan?).. cadangnya nak buka isnin lepas tapi tunda rabu baru dapat buka sama.. Incik A nak belanja aku makan nasi arab kat ampang.. tapi, korang pun mesti paham jalan MRR2 tu time orang balik kerja.. kompem kitaorang akan buka dalam keta dengan air liur jer.. hehehe..

Jadi, untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, aku suggest la buka kat tempat kitaorang selalu lepak.. mana lagi kalau bukan SGA.. kononnya nak pergi buka kat sini dapat la aku melantak makan sate yang sedap tuh.. ape kan daya, tukang kipas sate tu balik kampung cuti la pulaks.. harapan je la..

Oh ya.. SGA ada menawarkan set buffet RM19.90/seorang dengan beberapa jenis menu yang menarik setiap hari.. oleh kerana, aku dan Incik A takde feel pun nak melantak makan banyak semalam, kitaorang order ala carte saje.. aku macam biasa la order menu orang diet.. Incik A pulak dengan menu yang nak tinggikan perutnya.. hahaha.. gile jahat aku kan? (tak hingat ke bulan pose dok kutuk Incik A!)

Menu simple jer pun, kitaorang order :

Claypot Noodle (Mee Claypot)
USA Fried Rice (Nasi Goreng USA)
Fresh Apple (Jus Epal)
Ice Lemon Tea (Teh O Ais Limau)

Eceh.. siap speaking london eberibadi.. hahaha.. tu je la yang kitaorang makan untuk buka semalam.. tak nak la order banyak-banyak nanti membazir.. tak bagus camtu kan.. ape yang kitaorang order tu pun dah cukup mengenyangkan perut nih.. Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan..

Next time nak keluar buka sama lagi, nak try yang nasi arab tak jadi tuh.. kalau aku jadi pergi, aku buat entry khas pasal restoran tu ek.. harapnye jadilah plan kitaorang tu nanti.. Insyallah~

"Selamat berbuka ye kawan-kawan semua"


*Sorilah aktiviti berbuka tiada bergambar.. lagipun tak nak la post-post gambar makanan time bulan pose nih, kesian kat korang yang menengok.. nanti kurang pahala pose.. hehehe.. aku tak nak bersubahat ngan korang, nanti pahala aku pulak yang kurang.. =P

Padamu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang sentiasa bertakwa

***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Back to *, back to **, back to ***

Wednesday, August 18, 2010

Fesyen Menarik Untuk Hari Raya

Hari ni je genap la 8 hari aku dah menjalani ibadah puasa dengan jayanya.. walaupun pada awal puasa kesihatan kurang mengizinkan.. tapi tetap ku gagahi juga yer.. wah! ayat sangatla ntah hape-hape.. sebenarnya entry kali ni aku nak tanya pendapat korang ape fesyen baju raya korang menjelang Hari Raya tahun ni?

Mesti ada yang dah tempah awal kan? dengan macam-macam pesen design untuk baju raya.. yelah.. nak jugak glam macam artis ye tak? hehehehe.. aku pun ada la jugak beberapa fesyen design yang menarik perhatian.. tapi masih tak confirm nak pilih yang mana jer.. pusing-pusing~

Ok, kat bawah ni few fesyen yang aku rasa sangat menarik perhatian :

Kaften Jubah - ni fesyen terkini yang aku nampak,
sangat cantik dengan manik yang disusun kat leher tuh..
tapi kalau aku pakai mesti nampak mcm ibu pregnant!

Kebaya Modern - yang ni pun cantik gak sebab nmpak
ayu jer bile pakai kan? takleh nak duduk sepah-sepah
tau.. duduk bersimpuh jer.. tak sesuai nak pakai pagi 
raya.. nak makan rendang ngan ketupat banyak2..
nanti semput perut aku ni ha.. hehehe~

Kurung Cotton - ni pun baju yang terhangat sekarang kan..
merata-rata ada je jual baju kain cotton nih.. aku pun ada jugak
beberapa koleksi baju cotton, simple jer macam gadis2
kampung yang ala-ala suci gitu.. jgn la nak perasan ye!!

Kurung Moden - ni pun cantik.. aku suka.. kalau nak 
nampak pinggang macam kerengga tu, boleh try pesen ni
kan.. sweet sangat kalau pakai.. mesti nampak cun gile
di hari raya.. suka sangat baju pesen camnih..

Jubah - selalu orang pakai jubah hitam kan? tapi kali ni
jubah jugak cuma telah di pesenkan jadi macam moden 
sket.. takde la straight cut jer kan.. ada shape sket.. 
menarik jugak pesen camnih.. tapi segan la nak pakai
untuk raya.. huhu.. orang pandang jer nanti.. malu la.. hihihi

Semua fesyen-fesyen kat atas ni aku suka.. tapi macam takkan la aku nak buat semua kan? nak cari baju yang simple dan selesa jer.. tapi antara semuanya, aku macam berkenan ngan Baju Kurung Cotton atau Baju Kurung Moden tu jer.. yang lagi 3 tu aku rasa cam terhover sangat la pulak.. aku ni bukan artis.. hehe..

Tapi biasanya, kalau baju kurung biasa aku suruh mak aku jer yang jahitkan.. tapi kalau yang berfesyen-fesyen ni aku beli yang dah siap jer.. senang kan? choice sekarang pun banyak jer, cuma sediakan ongkosnya saje la kan.. aku suka beli kat First Lady sebab ada saiz aku yang terbesar nih.. adesss! harap puasa ni boleh la membantu kecikan ape yang patut.. opss~

Tetiba aku baru perasan, yang 3 baju aku pilih tu kaler merah kan? memang suka tau.. merah..merah..merah.. hahaha.. hantu kaler merah aku nih.. tertarik menarik sangat kan.. most of my baju kurung pun banyak jer kaler-kaler merah nih.. mak aku selalu bising suruh pilih kaler lain pulak.. nasib la kan.. dah minat takleh nak watpo la..

Aku nak jugak tau fesyen baju raya korang tahun nih.. ape yang berkenan di hati? mesti raya sakan tahun ni kan? 

*tinggal 22 hari jer lagi nak menjelang Hari Raya.. excited!! padahal jauh lagi kot.. bawak bersabar yer rakan-rakan semua~

Monday, August 16, 2010

Kembali Bekerja

Oh ya.. hari ni aku kembali bekerja seperti biasa.. last friday aku MC sebab mengalami sakit kepala yang teramat.. huhu.. sangat tak larat nak datang kerja.. hanya rehat-rehatkan diri je kat umah..walaupun MC aku tetap puasa yer.. belum ponteng lagi tau.. hehehe~


Tengok gambar kat atas nih.. sebijik cam aku.. ape daa.. yela dah seronok cuti kan lagi-lagi time puasa nih.. punya la malas nak datang kerja.. cam best je dapat lepak kat umah.. walaupun jam terasa lambat sangat bergerak.. tapi aku tetap suka dok umah.. Oh hari Isnin.. kenapa ko datang cepat sangat ek? hermmmm..

Thursday, August 12, 2010

Happy Birthday!!


Dear My Beloved Aboh, 
Its your birthday
And I want you to know
You're with me in spirit
Wherever I go.

You're an exceptional man
So strong and so wise
You're the perfect role model
For a DAD, in my eyes.

So Aboh, Happy Birthday!!
May there be many more
So we can enjoy
Our very special moment together.


*today is my Dad birthday yang ke-53 tahun la~

No Luck?`


Merujuk kepada gambar di atas.. nampaknya sehingga hari ini, takde sape pun yang menuntut hadiah lucky person yang ke "5000" singgah kat blog aku.. mungkin orang yang singgah tu tak perasan pasal hit counter ni kot.. pada korang yang singgah lepas angka 5000 tu maaf la yer.. bukan lucky day korang.. boleh cuba di masa akan datang ye! 

Oh ya.. terima kasih sebab sudi singgah-singgah blog aku nih.. rajin-rajin la singgah selalu dan jangan lupa tinggalkan jejak korang.. aku akan jenguk blog korang balik.. 


*tengah pikir nak letak angka brape plak for next lucky person~

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 1431H


Hari ini adalah hari pertama bagi umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa.. bulan yang penuh dengan keberkatan.. bulan yang mulia untuk kita bersama-sama memuhasabah diri menjadi umat yang lebih baik untuk masa akan datang..

Oleh itu, aku terlebih dahulu memohon maaf jika aku ada berbuat kesalahan, baik yang tidak sengaja mahupun yang disengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan kusyuk, sabar, diberkati dan dirahmati Allah s.w.t, InsyaAllah~

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semuanya..

*Penuhkan ibadah bulan Ramadhan ini dengan amal kebajikan..

Monday, August 9, 2010

Cempedak Goreng & ABC

Semalam petang, aku ngan umi pergi Giant nak beli barang dapur sket.. balik dari giant tu, kitaorang singgah la kat pekan sungai besi tu.. gara-gara teringin yang amat punya pasal.. hehe.. sangat gedix kan? macam la mengandung dok teringin bagai.. eh! ingat orang mengandung jer boleh teringin ker? yang tak mengandung ni takde perut ker nak kene isi? sekali sekala teringin tu biasa la.. macam korang tak pernah kan.. hermm..

Cari punya carik.. akhirnya jumpa jugak yang diinginkan.. Yummy!!

mula-mula nak makan ini.. Cempedak Goreng.. 
beli la buah cempedak yang dah masak tu untuk 
digoreng sendiri.. kalau beli dah siap goreng sket.. 
tak puas makan kan.. dapat la makan lebih 10 biji.. 
puas hati dapat makan banyak!

pastu dapat pulak pekena ABC nih.. dah la semalam
agak panas dan bahang.. dapat sedut ABC ni kat 
tekak.. perghhh.. nikmat la teramatnya.. 

Seronoknyer.. sebelum puasa ni kan, ada jer la tekak ni teringin nak makan.. tu yang mencari jugak.. nanti dah puasa susah sket la nak dapat makan ek.. rezeki jugak aku dapat makan makanan ni semalam.. pasni takde la dok teringat jer.. nak puasa pun lagi 2 hari je nih.. hehehe~


*gambar kat atas tu aku googles image jer.. tak ingat pun nak snap gambar semalam.. excited sangat dapat makan kan.. huhuhu~

Friday, August 6, 2010

Halucination

See this picture first.. then you will understand the whole entry!!

The lady is ready getting to enter..
This is picture of a public toilet in Houston :

Now that you've seen the outside view, 
take a look at the inside view..

It's made entirely of one way glass!!
No one can see you from the outside..
but when you are inside, its like sitting in a clear glass box!!

Now, would you..
COULD you????

************************************************
NEXT..
A Painted Bathroom Floor!!
10th floor of a hi-rise building..
IMAGINE IF YOU ARE AT A PARTY, AND THEN YOU HAVE TO USE A BATHROOM?

Then, you opened the door..
NOW, REMEMBER THE FLOOR IS JUST A PAINTED FLOOR!!

IT TAKES YOUR BREATH AWAY..
DOESN'T IT?
Scroooool Sloooooooowly..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Would this mess up your mind?
Would you be able to walk into the bathroom?

***********************************************
FINALLY!!
THIS IS A CEILING MURAL IN A SMOKER'S LOUNGE

Horror okey.. Let people watch you as you are in a grave while smokes..
Never think of it.. How about you??

Love to share it with sense of humor~

*creative jugak!! this is you call "seni" ye kawan-kawan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...