My Followers

Wednesday, June 30, 2010

Mandi Kambing Jer?

Balik keje semalam hujan.. tau-tau jer la highway kat KL ni kalau hujan walaupun renyai-renyai jer mesti jalan akan JAM tahap gaban kan.. aku pun tak paham.. kua ofis awal kot dalam kul 5:35 p.m. tapi sampai umah dah kat kul 6:30 p.m.. hadoii kat 1 jam aku dok melangut kat dalam keta.. naik kebas montot aku.. hahaha..

Tapi nasib baik la ada lagu-lagu korea yang menjadi peneman di kala boring dengan jalan jam semalam.. oh kim hyun joong (ss501) kau tetap di hati.. alamak mati aku kalau Incik A baca entri nih.. takpe-takpe PC dia baru kene panah petir semalam.. so tak leh nak online buat masa sekarang.. lalalala~

Tetiba jauh menyimpang pulak.. back to the stories yer.. sesampai kat umah, aku dapat berita yang kurang enak untuk didengar.. adik aku called mintak tolong belikan nasi ayam sebab kat rumah "takde AIR".. hadoiii.. memang perit la nih.. caner nak balik mandi.. badan dah la lebam seharian kat ofis kan.. nak balik mandi bagi freshkan badan sket.. sekali takde air pulak.. hampes betul la..

Tengok besen dalam bilik air ada la air aku tadah pagi semalamnya.. cukup la buat aku mandi bersihkan ape yang patut.. hehehe.. pastu mandi macam mandi kambing jer rasa (kenapa nak kaitkan kambing dalam hal aku tak mandi ni ek? tak paham) tak puas aku nak bazirkan air tuh.. rambut pun tak dapat nak cuci.. sabar jer la aku kan.. 

comey kan kambing ni senyum? hehe..
tetibe jer, ape kaitan dengan cerita nih ek.. lol~

Sekali tuh, kat kul 9 lebih baru ada air balik.. macam nak mandi balik.. tapi dah malas.. lagipun dah sejuk kan.. so, terus la gedebum tidor je lagi bagus.. sampai la pagi tadi bangun nak pergi keje.. 


*JBA ni kalau nak tutup air bagitau la awal-awal.. sempat gak nak prepare air dalam baldi.. ni kesian orang tak mandi tau! macam aku ler.. adesss..

Tuesday, June 29, 2010

Berjimba Gumbira Bersama Siapa?

Ini pun cerita last friday.. tapi siang punya cerita maa.. hehe.. yang cite makan-makan sate malam kan.. ni sebelum kejadian makan sate.. 

Okey, seperti yang korang sedia maklum aku kan bekerja sebagai seorang yang setia dan sentiasa berusaha memenuhi kehendak boss aku kan.. huh? korang tak tau aku kerja ape? tu dah terangkan tuh.. korang translate la sendirik.. hehe..

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang.. cewah berperibahasa pulak aku yer.. semua ofismate sejawatan (Yanie, Diana dan kak Mimy) aku kebetulan boss-boss mereka bercuti kan.. aku memang la, boss aku kini sedang mengerjakan Umrah di tanah suci selama 2 minggu.. "semoga selamat pergi dan selamat balik ye Boss!" kami pun ape lagi, buat la plan ke Midvalley.. 

Dah lamer kami tidak berjimba bersama-sama macam nih.. sesekali dapat berjimba bersama, heaven la jugak.. kami mana la buat keje macam ni selalu.. jarang sangat-sangat tau.. tapi memang susah lah nak dapat kan.. bile dah ada kesempatan tu jangan la disia-siakan kan? 

Sampai-sampai kami pergi makan dulu sebab ada la bawak ibu mengandung ni dah kelaparan perutnya mintak di isi.. tu yang pergi makan dulu kat POPEYE jer.. yang lain semua penuh dah..  

Set lunch aku kat POPEYE

Ni la ibu mengandung a.k.a Puan Yanie.. hehe

Cik Diana.. single ker? tak kot..

kak Mimy dan aku.. kak Mimy kompen dah tak single
sebab dah tunang ngan Abg Megat la.. haha..

aku? single but not availabe dah..
hehe.. nak jugak enterprem!

Pas lunch kat Popeye tu kami meneruskan berjimba shopping pulak kat Jusco.. tengah ada diskaun 5% dan 15% untuk semua barang tapi kene guna kad Jusco baru dapat diskaun tuh ek.. hehe.. ape lagik, masing-masing rembat la sehelai dua baju kan.. memang la perempuan kalau ada sale.. tak kuat iman betul.. nasib-nasib lelaki yang dapat kami berempat!

*baju yang di shopping dah pakai pun.. comfort from scarlet!!

Teringin Sangat!!

Cerita happen last friday night.. walaupun sebenarnya dah plan hari-hari sebelumnya kan.. tapi baru jumaat malam tu termakbul keinginan itu.. ape yang terjadi sebenarnya ni ek? aku pun konpius caner nak mulakan penceritaan aku.. hehe..

Ape yang teringin sangat nih? opps! bukan aku yang teringin sebenarnya, tapi ada orang tu la.. tiap kali call cakap "teringat nak makan **** itu".. kalau korang, sape boleh tahan kan.. hermm tu yang last friday night, aku temankan jugak la orang itu untuk memenuhi keinginannya itu.. sape lagi kalau bukan Incik A aku tuh.. 

Korang nak tau dia teringin nak makan ape? 

Sate ayam, daging dan kambing

Sate ni terbaik wokkk!! hehe.. masuk ni kali ke-2 kitaorang makan sate nih.. sebab sedap kan, tu yang mencarik balik tuh.. tak rugi okey.. aku paling suka sate kambing.. memang la maveles.. daging lembut dan tak berbau.. sate ayam dan daging pun sedap gak.. layan la.. harga? kalau tak silap aku ayam dan daging RM0.60 sen secucuk.. untuk kambing RM0.70 kot.. aku tak sure yer pasal harga ni.. harap maklum..

Takkan la datang makan sate je kot kan.. mesti la ada yang lain jugak.. aku pun pilih punya pilih.. aku order seperti di bawah :

Mocha Ice Blended (aku punya)

Ice Lemon Tea with Honey

Yang ni special sket.. aku first time order nak try sedap ker tak..

Chocolate Ice Cream with Strawberry

Sedap jugak ice cream nih.. moist sangat-sangat ice cream dia.. unik tau ice cream nih.. aku tak pernah lagi makan ice cream camnih.. tak same macam yang sekop2 tuh (refer to haagen-dazs ke, baskin-robbins ker).. kalau nak tau lain tu macamana, kene la pegi try sendiri.. hehe..

Inilah tempatnye!
SGA Lifestyle Cafe


*aku pun melepas keinginan jugak dapat makan sate tuh.. poyo tak nak mengaku! =P

Monday, June 28, 2010

Busy buzz!!


Hari ini busy la pulak.. hoho..
Boss cuti tapi ada keje? hermmm..


*tetibe ada "boss" baru pulak bagi aku arahan.. apekah?

Thursday, June 24, 2010

Posto!! posto!! Abang Posmen Tolong Deliver..

Special delivery for me?

Ini cerita 2 hari lepas.. 

Kelmarin balik dari hospital pergi la gedix cek something atas meja kat hall, mana tau ade surat untuk aku ker.. tibe-tibe ternampak parcel seperti gambarajah di atas.. tengok nama kat parcel tu name aku.. wah! apekah yang dinanti sekian lame telah sampai? Aku memang ada order something last 3 weeks.. kelamrin baru la sampainyer.. lame menunggu..

Finally kan.. seronoknya la tak terkira.. terus berlari-lari anak menuju ke tempat beradu (bilik tido aku ler).. dengan perasaan yang rakus aku pun terus la membelasah koyak jer parcel tu nak tengok isi dalamnya.. bile bukak jer.. tersengih-sengih sampai ke telinga.. haha.. excited okey!

Ala.. aku rasa ada yang dah boleh agak kot.. ke korang memang tak tahu? huhu.. ok la.. ok la.. tak nak berteka-tekuk dengan korang sume.. ape isi parcel tu adalah

...

...

...

...

...

...

inilah dia

My NEW Contact Lens~

Kini, berjiwa gumbira setelah memilikinya.. pasni tiada lagi mata hitam tetapi kaler aper? tunggu la nanti aku dah pakai baru aku post yer.. cantek ker tak.. aku pun tak tahu.. ini gara-gara contact lens lame telah hampir tamat tempoh perkhidmatannya bersama aku.. hehee.. 

This time aku order kat blog lens lain.. before ni aku beli kat dearshoppe, tapi sebab masa tu dearshoppe dah banyak habis stok.. terpaksa beralih arah buat sementara waktu.. huhu.. maaf ye dearshoppe.. so, aku beli kat purple-lens jer la.. harga tak banyak beza sangat.. tapi dearshoppe penghantarannya lebih cepat berbanding purple-lens.. 

Terpulang kat korang untuk buat pilihan.. sekarang dearshoppe tengah buat promosi bulan June.. jangan ketinggalan yer.. 


*macamana la rupa aku dah pakai lens baru ni ek? 

Wednesday, June 23, 2010

Contest Mata Menawan

nama contest ini contest mata menawan




syarat-syarat penyertaan :)

1. wajib menjadi follower blog fatencumyl.blogspot.com
2. pastikan gambar anda seorang sahaja (kalau ada gambar orang lain tak bole)
3. pastikan 1 gambar je taw..
4. pastikan nampak mata anda ye. tak kesah la gambar tu edit ke tak janji nampak mata (nama pun contest mata menawan kan)
5. letakkan banner contest di atas kat sidebar blog korang :)
6. sediakan 1 entri khas tentang contest ni dan tag kawan anda minimum 2 orang.maximum suka hati.
7.contest ini berakhir pada 31 julai 2010.
8. selepas dah join contest ni tinggalkan link anda di ruangan komen entri contest mata menawan ni.serta link referral anda :)

hadiah :)

pemenang mata menawan: * akan dapat  1 pasang contactlens made in korea yang tahan 1 tahun dan pemenang akan decide sendiri nak contactlens warna apa..(fatin akan contact dgn pemenang kalau dia ada rabun fatin akan bagi dia contactlens yg ada power)
*akan dapat hadiah misteri yang boleh mencantikkan mata.

referral terbanyak: akan dapat hadiah misteri dari fatin.(hadiah yang boleh mencantikkan mata)


Hadiah best-best so aku interested nak join jugak..
aku rasa mata aku menawan.. perasan sendiri.. i loike =)

Dengan ini, aku mempertaruhkan gambar seperti di bawah :


gambar di ambil ketika celebrate besday yang pertama
my niece Syed Umar..

ok, aku nak tag kat mereka-mereka yang punya mata menawan
macam aku jugaks.. sape yang bertuah tu yer?

1. sis Mimy
2. Diana
3. Liyana Ariff
4. Yanie

tak terhad kepada name di atas saje.. kalau korang nak join juga
contest ni sangat la dialu-alukan yer.. 

tapi, yang paling penting!
referral link my blog ya.. tenkiu ^^


jom kite ramai-ramai memeriahkan contest ini.. ganbateh!!!

Tuesday, June 22, 2010

Paparazi ke Mamarazi ker?

Yes is it.. this is the entry that connected to last-last entry.. sape yang belum baca sila klik [sini] 

Ok, ceritanya bermula begini..

Once upon a time.. haha.. takde.. takde.. gurau jer.. On that day masa aku plan nak pergi tengok midnite tuh la.. petang before nak balik aku call Incik A  nak ajak dia pergi tengok midnite kan.. sekali tibe-tibe jiran kubikel sebelah dengar pulak.. korang rasa kenape? of coz la jeles.. hehe.. dan-dan tu jugak dia call tunang dia, abg Megat ajak tengok midnite gaks.. betul tak sis Mimy?

Aku dah set dengan Incik A nak tengok kat Midvalley jer cerita Nanny McPhee tu.. aku takde la bajet yang sis Mimy ni beria nak tengok midnite jugak.. tau kat mana? kat Midvalley jugak.. dia memang suka dengki kat aku kan.. plan utama dia nak skodeng aku dengan Incik A ler.. hahaha.. hamboi..hamboii niat sangat kejam di situ! 

So, its really happened actually.. punyalah aku menyorok kat belakang tiang McD tuh sekali sis Mimy called terus kantoi okey.. terpaksa rela la aku mereveal Incik A aku dengan sis Mimy.. terbongkar sudah rahsia selama ini.. kalau korang nak tau, kitaorang takde la beria pun nak jumpa malam tuh.. saje je kira tengok rezeki maa.. kalau jumpa, jumpalah la.. kalau tak jumpa, takpela kan.. sekali betul-betul jumpa sudah!

Bermula la aksi mamarazi sis Mimy terhadap kami.. tapi macam direstui pulak bile semua gambar yang telah di snap tu blurrr!! amin.. terselamat aku tau.. dah risau tahap gaban dah nih.. ape taknyer aku kompem yang sis Mimy akan publish kat blog dia punya pasal kami.. tak cayer? korang tunggu je la yer.. 

Meh la aku preview gambar-gambar yang telah di mamarazi oleh sis Mimy~

masa baru kene flash camera kat McD
"run Devil run - promo lagu girls generations"

aku dan sis Mimy berdua lebih baik

pasangan romantis - abg Megat & sis Mimy

gambar curik aku dan Incik A - kami pemalu.. ahaks~

Okey itu sajer ceritanya.. best la jugak dapat jumpa sis Mimy dan abg Megat.. nanti satu masa plan nak buat "double date" pulak.. mungkin "triple date".. bile tu tak tau la.. tak brani nak berjanji.. tunggu sajer yer.. angan-angan mat jenin suka-suka..

Dah abis baca? macam buat karangan BM dalam exam pulak kan.. apekah?


*terasa macam artis pulak kene skodeng oleh paparazi dan mamarazi..

Isnin yang dikenang..

It was yesterday waiting for my dad operation..


Finally, the operation was success.. rite now my dad still in the ICU for his treatment.. just a few minute ago, my mom called and said that my dad already sedar from his bius at 6 a.m. this morning.. maybe ayah aku akan ditransfer kat wad biasa petang nih.. Alhamdulillah.. I hope everything will be fine for his further more recovering time.. do prays for my dad ya.. thanks~

Amin..


*kali ke-3 ayah aku menjalani pembedahan for this current 2 years..

Monday, June 21, 2010

Suka-suki Celebration..

Sempena meraikan Father's Day semalam kan.. kami sekeluarga telah membelanja our beloved Aboh, Incik Syed Ali Alhadi makan besar.. hahaha.. aku sangat likeee yer.. makan-makan la lagik.. hilang kedietan aku.. hermmm.. bab ni aku kurang suka sket la.. huhu..

Dah puas bincang-bincang tolak tambah, darab dan bahagi antara aku, sis Nadya dan sis Nazihah.. kami mendecide untuk beli order delivery from 

Order saje maa.. 1-300-888-333

Senang dan mudah kan? pada mulanya nak order Pizza Hut tapi macam dah biasa pulak melantak pizza hut.. tukar anak tekak pulak makan domino's jer.. tapi sedap aper.. tak cayer? meh tengok gambar-gambar pizza kat bawah ni bagi korang terliur ek.. hehe.. gile jahat niat aku kan? tengok puas-puas ek.. tak kene bayar pown~

Yummy!

Yummy.. yummy!

Yummy..yummy dan yummy!

So.. so Yummy!! haha..

Blurrrppp! (sangat tak senonoh punya anak dara) kenyangnyer la dapat makan banyak semalam.. hehehe.. mana tak kenyang orang belanja kan? sape belanja? sis Nadya dan my bro Afzal saje.. aku? hampeh kedekut nak kuar duit.. dah selalu sangat aku kan.. so kali ni aku bagi can kat dorang pulak.. boleh kan.. kan.. 

Selepas kekenyangan makan domino's pizza.. sibok pulak melayan si anak buah pengarang jantung hati keluarga.. sape lagi kalau bukan Syed Umar tuh.. hadoii penat melayan kerenah si kecik nih.. walaupun begitu, kau tetap menjadi kesayangan keluarga kan.. lagi-lagi Tok Aboh dan Tok Umi dia la.. cucu sulong la katakan.. gedix okey!

Itu saje.. sekian terima kasih~

*ape-ape pun nak say thanks to Mr & Mrs. Google sebab bagi pinjam gambar-gambar domino's pizza seperti di atas.. aku lupa nak snap la.. hehe~

Kisah Nanny McPhee

Last Friday aku tibe-tibe buat plan mengejut dengan Incik A nak tengok midnite kat Midvalley.. padahal Incik A bukan sihat sangat on that day tau.. dengan batuknya, selesema lagik.. kesian dia.. tapi bile aku ajak pegi tengok midnite terus baik.. hahaha.. apekah? 

Aku pun book online tiket movie tuh.. aku amik yang last show on 11:40 p.m. aku memang jarang tengok midnite nih.. ngantok la dowh.. time macam tu biasanya aku sudah beradu jer.. mimpi yang indah-indah lagik.. suka berangan siket aku nih.. 

Tengok, kan dah melalut pulak.. aku paksa Incik A tengok cite kat bawah nih ha.. 


Aku ni macam budak-budak kan? nak tengok cite macam nih jer.. aku kisah ape.. aku dah tengok yang first mesti la nak tengok yang second jugak... Incik A pun layankan jer la kerenah aku ni kan.. tenkiu ye Incik A.. hehe..

Cerita ni best la.. seronok tengok kerenah budak-budak 5 orang tuh.. dalam movie kali nih mengisahkan Nanny McPhee yang telah dihantar untuk membantu ibu muda, Mrs Isabel Green yang terpaksa mengusahakan sebuah ladang milik keluarganya sementara suaminya pergi untuk berperang.. tapi, setelah Nanny McPhee tu sampai kat rumah Mrs Green nih, dia tengok yang 3 orang anak Mrs Green; Norman, Megsie dan Vincent asyik bergaduh dengan dua orang sepupu dorang; Cyril Gray dan Celia Gray sebab tak nak terima kehadiran sepupu yang baru berpindah dari bandar dan akan tinggal bersama mereka..

Nanny McPhee & the Big Bang ni tak banyak beza dengan cerita yang first dulu.. yela tugasnya kene disiplinkan budak-budak tu dengan 5 rules.. bile budak-budak tu dah berjaya didisiplinkan dengan 5 rules tuh, semua sumpahan yang ada kat dia akan hilang.. so, aku bagi 3/5 stars for this movie.. 


*ada kisah di sebalik tengok movie nih.. cite kat next entri yer.. hehe

Sunday, June 20, 2010

Durian oh Durian


Durian? buah yang sangat busuk tapi sedap di makan.. haha.. my faveret okey.. dah lamer ngidam dengan buah durian nih.. selalu tengok orang meniaga kat tepi-tepi jalan jer kan.. rasa tu tak tau la lagi manis ker masam... masam ker? boleh buat tempoyak... nak beli tapi belum ada kesempatan.. padahal tak reti nak memilih pon.. tau nak makan jer.. hehehe..

Tapi, setelah beberapa hari aku mengidam.. akhirnya semalam kecur liur aku ngidam nak makan durian dah terlaksana dah.. parents aku yang kebetulan balik Melaka untuk pergi jemputan kenduri kawin singgah kat mana ntah untuk beli beberapa biji buah durian nih.. Wah! terbaiknyer la rasa... aku pun ape lagi.. mau kat sebiji durian tu aku sorang jer la yang hadap.. tapi masih ingat orang belakang lagi yer.. gile durian rupanya aku ni ek?

*Ape-ape pun aku suka durian.. sangat best!!!!

Happy Father's Day

"Happy Father's Day" means more than have a happy day.. within those words lie lots of things we never get to say.. it means we love our dad first of all.. then thanks for all he do.. it means he mean a lots to us.. and that we honor him.. but most of all, I guess it means that we are thinking of.. His happiness on this, beautiful DAY!!!!



To Dearest Aboh,
You mean so very much to me
And I want you to know
That you are always in my heart
No matter where I go
You're always giving, always there
To help in any ways
The loving things you've done to me
I could never repay
I can't imagine what I'd do
Without the love you give
I'll treasure your sweet heart of gold
As long as I shall live

My beloved Aboh, 
Syed Ali Alhadi


I love you even more~
Happy Father's Day!

Saturday, June 19, 2010

Ada Aku Kesah?

Aku dapat call from STRANGER!!! sapekah dia??

Situasi : Bilik aku 
Tarikh : 17 Jun 2010
Jam : 11:30 p.m.

Perbualan aku dan Stranger! Ni kira lebih kurang la ek.. aku tak ingat semua pon.. haha..

Stranger : Hai, Assalamualaikum
Me : Walaikumsalam
Stranger : Awak ika kan? Ape khabar?
Me : Yup, saya ika. Baik je. Awak ni sape?
Stranger : Saya pun baru nak tanya awak, sebab no awak ada dalam list contact saya.
Me : Mana la saya tau.
Stranger : Kenapa awak macam tak nak layan saya jer.
Me : Mestilah, saya tak kenal pun awak siapa.
Stranger : Awak tinggal mana?
Me : Area Cheras je.
Stranger : Saya pung tinggal kat area Cheras jugak. Awak Cheras kat mana?
Me : Sungai Besi.
Stranger : Kalau macam tu dekat la dengan rumah saya kat Kg. Malaysia Tambahan.
Me : (Rungutan dalam hati jer) aku tak tanya pun.. aku kisah ape kalau kau tinggal kat sana. takde kene mengena ngan aku la.. sigh!!!
Stranger : Kenapa diam je? Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Boleh tak saya nak 3G dengan awak kejap. Boleh awak tengok saya.
Me : Tapi saya tak nak.
Stranger : Alah.. kejap je awak. Saya nak tengok awak. 
Me : Awak nak, tapi saya tak nak awak nak buat ape?

Lepas tu, tibe-tibe talian tu terputus.. bagus sangat putus.. malas aku nak layan lebih-lebih lagi lahh.. habis kredit la tuh.. ada hati nak call aku kan.. padan muka kau.. 

Tak sampai berape minit tuh, dia ada call.. dah topup gamaknyer, aku tengok line untuk 3G.. aku ape lagi ignore jer la dia call tuh.. tak kuasa aku nak jawap.. ntah sape-sape aku pun tak kenal.. pastu gak, terus aku set nombor dia dengan "stranger" supaya pasni kalau dia call aku lagi, tak payah aku susah-susahkan diri nak jawab kan.. 

To stranger, aku tau kau tak baca blog aku nih, tapi kalau la kau baca.. please LEAVE ME ALONE!!  aku harap kau paham la yer..


Merujuk kepada perbualan di atas..

Untuk pengetahuan korang sekalian, aku ni bukan la poyo or bajet bagus atau ape-ape yang setaraf dengannya la.. aku tak nak layan sebab aku tak suka la.. dah la guna ayat lame.. kata tibe-tibe nombor aku boleh ada dalam list contact dia.. alasan ntah ape-ape la weiii.. aku tak termakan tipuan kau tuh la.. tapi aku nak tegaskan kat sini, aku memang tak suka dia.. aku tak nak pun berkawan dengan dia..  fullstop!!


*mood tengah mengong tahap gaban nih.. teringat pulak Incik A.. hehe.. tetibe plak kan? 

Friday, June 18, 2010

The Twilight Saga : Eclipse

Can't wait for this coming soon movie.. ermm.. memang akan aku ajak Incik A to watch this movie bile dah tayang kat panggung.. hahaha.. Incik A mesti bising aku beria nak tengok cite ni sebab ada Robert Pattinson a.k.a Edward Cullen sebagai heronya.. faktor utama gak tuh.. jangan marah ye Incik A.. 

Jom kite beramai-ramai pergi tengok movie ni.. aku follow movie twilight dan twilight: new moon.. tu yang kene tengok twilight saga: eclipse pulak.. hehe.. tapi, before pergi tengok movie, kat bawah aku ada preview sket pasal movie nih.. tibe-tibe info aku dalam omputeh kan.. so clever okey! aku copy paste saje dari [sini] saje la..


Genre :
Drama, Romance, Thriller, Adaption, Sequel and Teen

In Cinema :
8 July, 2010

Starring :
Kristen Steward - Isabella "Bella" Swan
Robert Pattinson - Edward Cullen
Taylor Lautner - Jacob Black
Ashley Greene - Alice Cullen
Jackson Rathbone - Jasper Hale
Nikki Reed - Rosalie Hale
Kellan Lutz - Emmet Cullen
Peter Facinelli - Dr. Carlisle Cullen
Elizabeth Reaser - Esme Cullen
Dakota Fanning - Jane
Cameron Bright - Alec
Bryce Dallas Howard - Victoria
Jodelle Ferland - Bree

Review :
In ECLIPSE, Bella once again find herself surrounded by danger as Seattle is ravaged by a string of mysterious killings and malicious vampire continues her quest for revenge. In the midst of it all, she is forced to  to choose between her love Edward and her friendship with Jacob -- knowing that her decisions has potential ignite the ageless struggle between vampire and werewolf. With her graduation quickly approaching, Bella is confronted with the most important decision of her life.

Director:
David Slade

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...