My Followers

Monday, May 31, 2010

Sila ke Panggung Berhampiran Anda..

Minggu lepas aku takde keje lain.. cuti 3 hari kan.. membizikan diri dengan tengok movie terbaru dan terhangat di pasaran.. hehe.. jom tengok cite ape yang aku dah tengok ari tu..

Prince of Persia

Cite ni best sangat-sangat.. terbaik okey.. aku sangat menggemarinya.. jalan cerita tak membosankan langsung.. dari mula hingga akhir banyak jer aksi-aksi yang menarik.. aku rasa macam nak pergi tengok lagi jer cite ni kat wayang.. hero hensem, heroin cun pulak tuh.. terpesona aku dengan cerita nih.. haha.. aku bagi 5/5 bintang.. thumbs up!!


Robin Hood

Cite ni pun best jugak.. cuma aku terpikir gak kenape cite Robin Hood sedangkan takde la banyak sangat scene mamat kat atas ni guna alat memanah nih.. huhu.. pada mula cerita agak boring siket.. dah nak ending baru aksi-aksi keluar.. kira boleh tahan la cite nih.. so, aku bagi la 3/5 bintang jer untuk cerita nih..

Thursday, May 27, 2010

Ku Ada Kamu


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

(chorus)
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Kau menyambut tiap kali aku terjatuh

(ulang chorus)

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu

(ulang chorus)


Kebahagiaan Dalam Perpisahan




Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

(chorus)
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Wednesday, May 26, 2010

A Nightmare On Elm Street


Semalam lepas ofis.. aku pergi singgah Midvalley dengan Incik A semata-mata pergi tengok cerita ni.. giler cerita nih.. ada ke pergi bunuh orang dalam mimpi.. kalau korang la, kene tau akan dibunuh dalam mimpi.. sape yang sanggup nak tidur.. walaupun terlelap sekejap.. kalau aku, tak tau la nak cakap camana.. memang tak sanggup dowh.. takowt!!

Seperti kebiasaan cerita horror kan, mesti banyak aksi-aksi suspen dan terkejut beruk la kan.. aku ntah brape kali terkejut-kejut macam terkena genjatan elektrik tau.. haha.. tapi boleh tahan la cerita nih.. kalau korang rasa suka horror movie, layan la cerita nih.. aku bagi 3/5 bintang.. sebab aku banyak terkejut.. tak suka.. tak suka~

Apabila Hijau Mengamuk!!

Ni yang mula nak marah nih.. ape dah takde keje lain ker nak naikkan kemarahan orang lain? diam salah.. tak diam pun salah jugak.. dah elok-elok tak jadi gergasi, beria pulak disuruh jadi gergasi.. ntah ape-ape la.. abistu nak macamana lagi? aku pun tak paham.. huhu.. hadoiii.. 

Rileks.. korang jangan la gabra ke gubra ke.. intro kat atas ni takde kaitan ngan hidup aku pown.. sebenarnya aku baru je tengok cite:


Best giler movie ni dowh.. disebabkan movie ni yang last punya version.. tu yang aku nak pegi tengok jugak.. hehe.. akhirnya hasrat aku tercapai.. dah tengok pun.. sangat berpuas hati dengan movie nih.. tak rugi aku tengok.. aku bagi 5/5 bintang.. pasni takde lagi shrek hijau ni kat movie.. huhu.. 

Selamat sudah kisah hidup Shrek dan Princess Fiona happily ever after..

Tuesday, May 25, 2010

Holiday Time Part IV

Aik.. dah last part ker? sekejapnyer rasa.. huhu

16/5/2010 - Ahad

The holiday towards the end la.. ni yang tak best.. ntah biler dapat holiday cenggini lagi ngan famli.. nak plan pergi mana plak lepas ni ek? any suggestion u guys? 

Back to the stories.. since today is our last day kat Perak nih, Umie dan Aboh ajak pergi makan kat restoran yang sedap kat area Kamunting.. sebab semalam masa kitaorang pergi mandi kat Waterpark tu, my parents tak join sebab tak minat.. dorang lebih prefer jalan-jalan ke Taiping bersama.. ceh.. romantik gitu! hehe

Dalam kul 11 lebih kitaorang dah cek out dari Suria Service Apartments yang memang best untuk stay holiday.. korang pergi la ek.. hehe.. tolong promote kejap.. dah sampai kat restoran yang dituju, sekali baru buka daaa.. restoran ni memang buka 12 tengahari.. takkan kitaorang nak tercongok kat kedai tu pulak kan.. so, plan pergi buang masa kat Zoo Taiping.. dah besar-besar baru nak pergi zoo kan.. tapi ok jer nak bawak nephew aku, Syed Umar kenal binatang kat zoo.. boleh tak alasan nih.. 

sebab malas nak jalan kaki, kitaorang naik
train ni jer.. sekali pusing sudah.. hehe..
jimat masa dan tenaga.. takde la berpeluh sgt!

aku dan Syed Umar lagik.. hehe.. dia yang
nak duduk dengan aku.. nampak 
chubby la aku! bweeekkk.. 

Korang nak tengok ke gambar-gambar binatang kat zoo ni jugak ker? tak payah la ek.. banyak sangat.. semua zoo same jer kot.. hehe.. dah abis pusing-pusing dengan train tuh, last kitaorang amik gambar bersama buat kenangan kat zoo taiping nih... 

sis Nadya, beloved Aboh and me

my family.. sis Nazihah je takde sebab dia 
tukang snap gambar nih.. cian dier.. huhu..
comey kan kami?

Dah abis round zoo taiping, terus pegi balik kat restoran yang tengah baru nak buka tadi.. hehe.. ape la yang sedap sangat makan kat restoran ni aku pun tak tau.. ni yang baru nak try nih.. umi aku dok cakap, sedap.. sedap.. 

Menu simple jer seperti di bawah:

kailan ikan masin

daging goreng kunyit

telur dadar

tom yum campur

kerapu 3 rasa

sambal belacan.. terbaik!!

Dah lepas makan.. sedap sangat-sangat.. boleh pergi lagi nih.. itupun kalau la ke arah Perak kan.. takkan la semata-mata dari KL datang sini nak makan ni jer.. masak kat rumah sudah.. hehe.. tapi memang not bad tau.. puas makan kat sini.. murah pun murah jugak..

Ni name restoran yang aku pergi >>>>

kalau tak nampak, boleh klik untuk tumbesaran

Masing-masing dah kenyang, amik gambar gedik-gedik siket.. hehe.. terutamanya aku ler~

gedik kan? hahaha.. ada aku kesah?


OK, habis sudah cerita holiday aku bersama family.. seronoknye!!! 

Oleh itu aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat 
>>>
>>
>

Mr. Nikon

Ini kerana telah tolong snap gambar-gambar kenangan sepanjang percutian kami sekeluarga.. tanpamu, gambar aku tidak akan secantik ini..

itupun setelah di edit.. hehe..

Sekian untuk Part IV..

Terima kasih sebab sudi mengikuti entri holiday aku..


Holiday Time Part III


Seterusnya sambung ke Part III pulak yer..

15/5/2010 - Sabtu

Bangun pagi-pagi ni excited nak mandi-manda kat Bukit Merah, dulu pernah datang tapi tak berkesempatan mandi.. kali ni pergi, nak mandi jugak.. tak kira.. hehe.. macam budak-budak jer aku ni kan.. padahal dah boleh nak kawen dah.. klu dah kawen, dah boleh ada anak agaknyer.. oh!! ape cite pasal kawen pulak nih.. fokus.. fokus..

Kitaorang gerak ke Bukit Merah Laketown dalam kul 10 pagi.. matahari pun tak tinggi lagi, cuaca pun tak panas sangat lagi.. sedang elok la kata orang kan.. sesampai jer kat laketown nih, terus pegi beli tiket nak masuk Taman Tema Air jer.. sebelum masuk tuh, kitaorang amik kesempatan jalan2 dulu cuci mata kat kedai tepi-tepi menuju ke Waterpark Bukit Merah nih..

Laketown Waterpark here we come..

nak jugak tunjuk tag tuh.. erkk!! abaikan 
bulu roma yang kelihatan yer.. hehe

tengok tu, sempat lagi nak memborong.. ekceli 
cuci mata je dulu tuh.. dah siap mandi baru
 nak membeli sakan.. 

cenderahati yang pelbagai untuk kenangan
di Bukit Merah Laketown Resort nih..

Dah lepas cuci-cuci services mata kat kedai-kedai tuh, kitaorang terus la pergi ke bahagian Waterpark.. change clothes sume... terus keceboooomm la dalam air.. hehe.. syiokk dapat mandi.. hilang tensen keje seminggu.. maaf la, gambar takde ek.. oleh sebab2 yang tak dapat dielakkan.. alah, sumer barang berharga letak dalam locker takde orang nak jaga.. tak kuasa nak bayar banyak-banyak kali.. huhu..

Sesudah puas berkubang kat dalam air tuh.. eh tak sesuai ayat itu ye.. selepas bermandi-mandi, around kul 1 petang camtu kitaorang dah naik dan siap-siap tukar baju dah.. tak larat nak mandi lagi.. pulak tu cuaca dah semakin panas.. sunburn pulak aku nanti.. tak mau la.. gelap dah nih.. huhu..

Lagipun, petangnya kitaorang ada aktiviti lain.. my brother in law ajak pergi rumah kakak dia kat Sungai Petani.. dah tak jauh kan.. lebih kurang 1 jam perjalanan jer dari Bukit Merah.. sebelum tu, singgah la makan kat gerai dekat-dekat bukit merah tu jugak.. haram tak sedap pun.. tapi sebab dah lapar.. belasah jer la.. 

Ape-ape pun, sebelum nak blah tu sempat la snap-snap gambar buat kenangan..

gambar aku dan my sis Nadya and 
her son, Syed Umar

 
ape motip gambar nih? aku pun tak tau..
adik aku pedajal aku amik gambar camnih.. cess

Ni gambar-gambar sepanjang berada di rumah Kak Rahimah a.k.a akak my brother in law, Abg Hassan..

Hanani, 1st daughter kak Rahimah

Zaharah, 2nd daughter kak Rahimah

eh! macam kenal budak ni.. Syed Umar la..
ikat toncet dah macam perempuan pulak..
ekceli he is a BOY..

Gambar kitaorang tak payah la kot.. citer pun takde ape sangat.. cuma suka tengok gelagat budak-budak kecik 3 orang kat atas ni jer.. comeii sangat.. hehe

Ok, end of Part III..

to be continue for the last part ye.. so, please wait for next entri.. 

Monday, May 24, 2010

Holiday Time Part II

Masuk ke Part II kini.. sambung dengan yang lepasnya juga yer..

14/5/2010 - Jumaat

Lepas dah puas jalan-jalan kat tasik tu, dah bergambar bagai semua.. kitaorang pun teruskan perjalanan ke tempat yang dituju.. mana? Bukit Merah la.. hehehe.. jom kite tengok aku menginap kat mana ek..

katil queen bed @ 2 single bed
TV takde siaran astro.. siaran malaysia jer

shower heater.. takde bath tub yer..

almari yang luas, peti ais kecik dan sinki siap


ada swimming pool.. terbaik!! dah la besar giler..
sempat gak la aku berenang kat kolam nih..
yg belah atas cetek jer untuk kanak-kanak ribena..
yang bawah tu untuk kanak-kanak giant.. hehe


Tadaaa..


ni la tempat kami bermalam - Suria Service Apartments
time ni dorang tengah buat promotion dapat la murah
RM88 semalam tapi kene book trough online ye!

Dah sampai, penat kan.. aktiviti biasa yang dilakukan.. tido la dulu kan.. hehe.. sempat la merehatkan diri yang keletihan driving  nih.. petang ni jugak, sis Nadya dan famli dia join kitaorang.. tapi pergi asing-asing sebab abg Hassan tak boleh cuti semalamnya.. tak kisah, janji sampai tempat yang same gak kan..

Malamnya pegi makan pulak.. tempat yang dituju adalah

C-Ma Cafe, siap ada pakej katering untuk majlis 
kawin tau.. tu ada siap alamat dan no telefon
untuk tempahan..

Wah, siap promote lagi kedai ni ek.. tapi memang tak rugi tau.. berbaloi-baloi.. hehe.. makan untuk 6 orang, ape menu yang best ek? pilih punya pilih.. yang kat bawah ni la hasilnyer..









sedap tak korang tengok menu nih semua?
aku teringat balik, memang sedap sangat..
murah pun murah kan.. tak payah keluar
bajet yang besar nak makan sedap.. ada few
 makanan yang aku lupa nak snap.. hehe sowiee

ermm.. kat KL ada tak restoran mcm ni ek? kalau ada, aku nak la pergi.. hehe

ok abis part II..

to be continue yer..

Holiday Time - Part I

Seperti yang telah dijanjikan minggu yang sebelumnya.. arini aku nak tunaikan janji dengan publish cite-cite sepanjang berholiday hari itu ye.. dah-dah, jangan buat muka seposen lagi yer.. hehe.. ada yang sedia maklum, aku hanya la ke Bukit Merah untuk bercuti bersama keluarga tersayang.. plan yang baru juga dirancang tak sampai 1 bulan pon.. 

Ini semua gara-gara adik aku, sis Nazihah yang sudah menamatkan study dia kat Uitm Sri Iskandar dalam jurusan Diploma Landskap & Architecture.. kononnya, ni adalah kali terakhir la kitaorang akan ke Perak.. ntah bile la lagi akan dapat ke sini lagi ek.. tu yang sebok nak bercuti tuh.. hehe.. 

Ok la, aku pun malas nak tulis panjang-panjang.. letih nak menaip dan mengarang cerita.. so, aku susuli dengan gambar dan caption sekali ek.. 

Mari berjimba...

13/5/2010 - Khamis

Bertolak pagi around 11 pagi, so agak-agak sampai Sri Iskandar dalam 2 petang terus check in kat Homestay yang biasa kitaorang stay kalau bermalam kat sana.. 

kat situ ada no telefon, kalau berminat boleh la
calling2 sendiri yer.. rumah ni pun telah dibahagi 
kpd 2.. untuk semalaman hanya RM80 jer..

14/5/2010 - Jumaat

Bermulanya perjalanan untuk ke Bukit Merah.. perjalanan mengambil masa lebik kurang 2 jam kot dari Sri Iskandar nih.. aku pun tak sure.. hehe.. sebab aku yg driver kan, takde la amik port sangat.. kitaorg konvoi 2 kereta.. 1 kereta; umi ngan aboh.. 1 kereta lagi; aku dan sis Nazihah.. 

On da way ke Bukit Merah tu melalui Taiping kan.. so, adik aku ajak singgah kat Tasik ape ntah namanya, aku lupa la sebab terlalu asyik menikmati keindahan tasik tu dengan kehijauan alam semulajadi yg cantik2 tuh.. *alasan jer nih.. tapi aku memang lupa pown  name tasik tuh..




cantik kan semua gambar-gambar kat atas nih?
tenang sangat sepanjang berada kat tasik ni tau..
rasa macam tak nak balik jer.. ni baru sket
tau.. byk lagi gambar lain.. tak larat nak upload..



pastu tibe-tibe ada gak gambar aku ek? hehe..
gambar yang konon-konon jer tuh.. tapi, cantik kan?
so, korang jangan jeles yer.. 


Last but not least..

"a walk to remember"


ok, end of part I stories.. 

to be continue..

Friday, May 21, 2010

Thailand Style

Aku tau yang kat Thailand sekarang tengah bergolak dengan krisis kumpulan Baju Merah kan.. tapi itu tidak membantutkan keinginan aku untuk makan masakan Thai nih... haha.. ape kaitan ek? sajer nak merepek hari-hari Jumaat nih... jangan marah ye..

Semalam balik rumah takde makanan.. jadi, aku ajak Incik A teman aku pegi makan.. asyik dengan Incik A jer aku ni kan? kitaorang ade ape-ape ker? Jangan pikir bukan-bukan ye.. kami close friend sahaja! aku senang keluar dengan Incik A nih.. tak tensen.. eh, tapi tensen jugak la sket sebab Incik A ni pelupa jalan.. haruslah kene bebel ngan aku kan.. nasib la Incik A ek.. 

Plan awal nak pegi makan kat Restoran Kayu Nasi Kandar.. nak makan ala-ala mamak style jer la.. tapi sekali nak parking gile payah.. so, tukar plan on the spot pegi la makan kat thai style.. ini pun ok ape.. hermmm jom tengok ape yang kami berdua makan semalam yer..

Review the menu please..

>>>>>>

>>>>>

>>>>

>>>

>>

> tadaaaaa....

Ice Lemon Tea & Ice Bandung

Tom Yam Kuey Tiaw Soup

Fried Spicy Rice

Ayam Pandan

Memang betul-betul thailand style kedai nih.. masakan memang pedas giler.. sekali selak-selak kuey tiaw, hamik ko cili api bersepah.. berasap telinga aku menghirup tom yam tuh.. pastu kuah dia ada masam-masam sket.. tapi memang sedap la.. aku suka.. tak tau la korang kan.. ayam pandan tu pun sedap, lembut jer takde tulang.. isi jer.. memang betul-betul2 makan aku dan Incik A semalam.. hehe.. caner kite nak kurus ni beb?

Ok la ni aku bagi info pasal kedai yang aku pegi nih yer.. korang boleh la pergi try..

Pormtip Thai BBQ Seafood Restaurant
83G, Jalan Dwitasik 1,
Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, Kuala Lumpur
Tel : 03-9171 2711


Kedai ni terletak kat hujung jalan sederet kedai Kayu Nasi Kandar.. kedai dia lampu romantik jer.. best.. Dah macam jalan-jalan cari makan pulak blog aku ni kan.. mana taknye asyik entri pasal makan jer ek? hehe.. takpela, aku pun suka makan ape.. tapi nak diet.. hermmm.. pikir la sendiri Cik ika oiiii..

Selamat Mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...