My Followers

Wednesday, March 31, 2010

Wayang ke Movie?

Aku rasa dah terlalu lamer aku tak menjejakkan kaki ke Panggung Wayang.. ape kes?
1. Tiada teman
2. Kekurangan duit
3. Malas nak beratur panjang
4. Citer tak menarik

Ni semua antara alasan aku.. tapi sebenarnya niat hati ni meronta-ronta nak pegi tengok wayang tau.. cite banyak jer kat wayang sekarang nih.. aku ni jer yang ntah biler nak berkesempatan menengoknya.. aku selalu senaraikan nak tengok cite ape.. last-last semua cite pilihan tu tak tertengok pun.. ni semua gara-gara alasan di atas tadi.. hermm.. ape cite yang aku nak tengok? yang kat bawah nih.. asyik plan nak pegi tengok.. tapi akhirnya kecewa sendirik.. menyampah la.. 

Alice in Wonderland

Remember Me

KL Drift 2

How To Train Your Dragon

Ntah biler nak pegi ni ek? asyik extand jer time n date.. sampai cite dah tak tayang kat wayang baru terhegeh-hegeh nak pegi kan.. cite dah basi la weiiii.. abistu, aku nak watper? pegi la carik DVD kat tokey2 pirate.. abis cite kan.. eh! tak boleh.. kang kene kondem plak kan.. pastikan beli yang original ye.. harus la.. yeke? pikir la sendiri.. hehe

Kucing oh Kucing


Kalau tengok kucing kat atas ni comel jer kan? aku pun suka tengok gak.. geram sangat!! ape kene mengena kucing kat atas ni ngan entri aku kali ni ek.. ni yang nak mula mukadimah panjang menjela nih.. korang dah buka, bek korang baca jer.. jangan banyak tanya.. hehe.. nasib la korang kan..

Aku nak tanya la kat korang sekalian, korang suka dengan kucing ker? sape suka angkat tangan.. huish ramai rupanya ek yang suka.. takpe2.. aku takde masalah pun dengan korang yang suka dengan kucing sebab aku pun suka kucing.. tapi nak buat pet peliharaan.. sorry!! aku tak sanggup okey.. entri kali ni aku memang nak tujukan kepada korang-korang yang membela kucing.. 

Aku sangatlah kurang berkenan pada mereka2 yang membela kucing, *(khas ditujukan direct buat jiran belakang umah dan jiran sebelah umah aku) tapi tak reti nak jaga sensitiviti jiran-jiran sebelah rumah.. aku takde kisahnyer korang nak bela 10 ke, 20 ekor sekalipun.. tapi please la make sure yang tempat kucing tu buang hajat dibersihkan tiap2 hari.. aku ni punya hidung sensitif dengan bau-bau busuk nih.. pantang okey! so, korang dah tau nak bela byk2.. rajin-rajin la bersihkan.. 

Ape korang yang membela kucing ni punya deria bau dah kurang berfungsi ker? faham-faham la perasaan jiran-jiran ni siket.. jangan la pentingkan diri sendiri.. kite kan hidup berjiran.. ni tak, buat ikut kepala sendiri.. boleh nak kumpul taik tu sampai seminggu baru nak bersihkan.. korang boleh bayangkan ke bau tu meresap di udara dengan kelembapan sekeliling dalam musim hujan nih.. memang menusuk ke kalbu tau x?

Ikutkan hati aku, memang nak sound direct kat muka jiran aku tuh.. tapi aku masih mempunyai ciri-ciri wanita melayu terakhir la.. hehe.. sempat perasaan kejap.. aku just bagi hint sket jer.. biler aku nampak jer jiran aku tuh keluar kat belakang nk jemur kain ker ape ke, aku buat-buat la kuar kat belakang tu pastu mengomel sorang-sorang, "busuknyer! nak muntah aku".. ni memang tahap paling low aku sound.. 

Tapi jiran aku ni masih tak paham2 tau.. dia buat tak tau jer.. memang takde perasaan.. kalau rasa tak reti nak jaga perasaan jiran.. pegi beli umah yang luas perseginya besar.. ko boleh hidup ngan keluarga ko yang dikelilingi kucing2 dan bau-bau yang busuk tuh.. jangan nak menyusahkan orang lain.. aku menyampah giler..

Aku mintak maaf la kalau entri ni ada mengguris mana-mana perasaan pencinta/pembela kucing.. aku bukan nak kutuk korang pun, sebab punca ni datang dari tukang bela, kucing tu tak bersalah.. aku sekadar memberi peringatan jer.. membela kucing tu takde salahnyer.. tapi biarlah tidak memudaratkan jiran-jiran di sebelah rumah.. kalau membebankan jiran.. kan dah berdosa tu.. ingat-ingatlah siket yang kite ni hidup berjiran.. huhu.. tu jer aku nk cite pun.. terima kasih ye sudi baca.. 

Tuesday, March 30, 2010

Saat Nilai Cinta


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Ihsan Karya : Kosmo! Online [klik sini]

Saturday, March 27, 2010

Ke mana..

Aku akan ke Kuantan, Pahang weekend ni untuk menghadiri jemputan Perkahwinan abang saudara aku dan pasangannyer.. aku akan update cite ni bile aku dah balik nanti ye.. selamat bercuti di hari minggu semua.. hehe^^ 

Sape Nak Jawab??

Di kala Tag ini dibuat, aku ada kat umah sambil godeh2 facebook, tertarik dengan tag yang telah dibuat oleh Azyla Rahim.. jadi dengan rasminya aku cilok untuk tepek kat blog aku ni dan share dengan korang-korang sumer... (ila, aku cilok idea ko.. jangan mara tau! hehe) tengah rajin nak buat la nih.. takde keje kan? so, meh baca ape yang telah di tag tuh ek.. sila-sila

1. Bekas kekasih saya adalah :
    ~ Siape ek? ramai sgt la.. tak tau nak letak yg mana.. boleh? =P

2. Saya sedang mendengar :
    ~ Lagu Terakhir dari Mahkota band.. layanzzzz

3. Mungkin saya patut :
    ~ Tido pas siapkan tag nih.. 

4. Saya suka :
    ~ Mengadap facebook sambil main game fishville.. yeah!!

5. Sahabat-sahabat saya :
    ~ Sangat giler macam saya juga.. hehe..

6. Saya tak faham :
    ~ Kenapa orang asyik tanya "Bile nak kawen?".. hermm..

7. Saya kehilangan :
    ~ Nothing la.. semua masih ada macam biasa..

8. Ramai yang berkata :
    ~ "Kalau ada jodoh, tak kemana".. hopefully =)

9. Makna nama saya :
    ~ Yang Mulia, Yang terpilih

10. Cinta itu adalah :
      ~ Buta la.. sebab tak nampak! haha..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
      ~ Tido kot, yela dah kul brape nih..

12. Saya akan cuba :
      ~ Buat yang terbaik! tagline budak2 AF kan..

13. Ayat SELAMANYA bermaksud :
      ~ Hingga akhir hayat.. amin..

14. Telefon bimbit saya :
      ~ 24 jam di sisi saya tau.. tak boleh dipisahkan..

15. Bila saya terjaga dari tidur :
      ~ Mesti carik handphone dulu.. hehe..

16. Saya paling meluat apabila :
      ~ Ada owang bajet cun/ensem dan gediks.. menyampah okey!

17. Pesta/Parti adalah :
      ~ Sangat tak sesuai dengan jiwa saya..

18. Haiwan paling comel yang pernah saya temui :
      ~ Takde kot.. ciptaan Tuhan..

19. Peringkat umur yg paling menyeronokkan bagi saya adalah :
      ~ Zaman kegemilangan sekolah dan kolej.. heaven!!!

20. Hari ini :
       ~ Best dapat gaji dan window shopping kat Midvalley..

21. Malam ini saya akan :
      ~ Update blog sebab weekend aku balik kampung.. 

22. Esok pula saya akan : 
      ~ Bertolak ke Kuantan, Pahang untuk Majlis Kawen my kazen..

23. Saya betul-betul inginkan :
      ~ Nak sangat beli kasut wadges baru.. tambah koleksi =D

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :
      ~ Nak buat facial muka.. dah lame tak buat..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
      ~ Of coz la pusat membeli-belah.. nk window shopping.. 

26. Makanan barat atau jepun :
      ~ Ermmm.. nak dua-dua sekali boleh.. tak kisah..

27. Bilik yang terang atau gelap :
      ~ Suam-suam boleh tak? nak suasana romantik sket.. gatai sat..

28. Makanan segera adalah :
       ~ Sangat nikmat time hujung bulan.. nak tunggu gaji.. hehe

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
      ~ I hate u sangat-sangat.. =(

30. Siapa yang anda nak tag :
       ~ Sis Mimi, Sis Nadya, Sis Liyana, Diana, Yanie, Liyana..
       pastu sape-sape je yang nk buat, silakan la.. tiada paksaan ye..
           
Rasa-rasa nama dah di tag tuh, buat la.. tak reti-reti lagi ker.. hahaha.. aku nak tau jawapan korang pulaks.. buat cepat-cepat siket.. gile kejam kan.. tak pedulik... takde la gurau jer pun, harap korang sudi la yer buat tag nih.. TQ~


Friday, March 26, 2010

My Beautiful Friends

Dear Nadirah Ramli, Ekin Ismail, Nabila Yunus, Rinie Rai, Nazira Alamin, Liyana Ariff, AdeQ Hafeszah, sis Mimy, Yanie, Diana and more *(mcm ramai sangat).. specially dedicated to all of you.. hehe.. thanks for being such a gud friends.. 


You made me laugh when I cried so hard
You gave me bracelets to cover my scars
You held me close when I was so cold
You offered a comforting hand to hold

You picked me up whenever I fell
You showed me heaven when I was blinded by hell
You answered my calls in the darkened night
You gave me the reasons to hold on and fight

You rescued me when I was drowning in pain
You placed me back on the right path again
You loved me  forever and stayed by my side
You entered my heart as an angel to guide

You may not be with me so much anymore
But I know you will leave open a beckoning door
I miss you so much but I'll fight till the end
I love you so much my Bestest friend

by Emma [klik sini]


p/s : terlalu ramai yang nak disenaraikan, tapi ini je yang termampu.. hehe.. ada gak gambar yang takde kan, so aku letak  yang mana ada jer dalam simpanan aku..  ampun  ye!

Thursday, March 25, 2010

Terakhir



Untuk terakhir kali
Ku ingin bertemu
Memelukmu
Menjagamu
Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini

Meski aku
Takkan pernah
Bisa lagi melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan


Monday, March 22, 2010

Missed Call?

This morning i receive one new missed call.. dari saper? aku pun tak tau.. ekceli no ni ada missed call aku dalam kul 12:55 a.m. semalam.. disebabkan nombor yg tak dikenali, aku bajet tak nak la layan.. tapi aku ni jenis tak puas hati selagi tak tau sape pemilik nombor tuh.. mana tau, member2 aku ker kan? so, pagi2 tadi aku gamble kol balik nombor tu, aku pun terus la tnya dia sape? dia jawabla yang name dia Shah, budak Nilai dan age 23.. aku ada sedikit pelik sbb aku memang takde kawan area Nilai ek.. maap!! aku pun balas yang aku hanya ada sorang je member nama Shah iaitu Mohamad Shahrul, tu pun dia budak KL.. dia pun dengan kerek la tanya umo aku dan aku dok mana.. bile aku jawab yg age aku 23 dan dok KL.. dia boleh macam tak caye.. yeke? yeke? macam hampeh kan.. ko dah tanya aku, bile aku jawab ko buat2 tak percaya.. mula la pagi2 dah buat aku hangin.. pastu dia siap sound aku lagi, pagi2 jangan la nak marah2.. memang macam s*** kan.. ko ingat ko sape nk sound2 aku.. dah lepas tu, terus aku kata ok la, dah memang tak kenal kan.. harap2 pasni ko xpayah la gatal2 nak missed call aku ke ape ker.. aku memang tak layan! aku bukan la jahat sangat.. tapi biarlah caranya betul.. aku  cukup pantang bile aku dah jawab baik-baik.. ko pertikaikan ape yang aku jawab.. tibe2 je tahap sentap tu naik mendadak.. malas nak pikir, silala blah.. tq~

Thursday, March 18, 2010

S.I.B.U.K

Maaf blog tidak berentry baru almost 2 weeks!! aku terlalu kesibukkan dengan kerja2 di ofis la.. hehe.. harap maklum.. aku harap korang sumer sabar menunggu dengan entry2 baru yang akan terpublish nanti.. buat masa ni, entry2 tu terdraft jer dulu.. belum berkesempatan nak update.. biler semuanya dah ready.. aku publish semua bagi perabih ek.. ok la, need to continue my works.. tata.. titi.. tutu.. =)

Saturday, March 6, 2010

You Are A Gift


..aku ngan my beloved Umie..

***************

My beloved Umie,

..You are finally fifty..
..Happy birthday on the big Five-Oh..
..I guess you could fill a great big book..
..With everything you know..

..A whole half century of living..
..Is nothing to sneeze about..
..So if you're a little patched and worn..
..Don't you dare frown or pout..

..Ignore things that make you feel old..
..It's really great to be fifty..
..You're attractive and good company..
..And I still think you're great Mom..

..Some people give the gift..
..Of peace and tranquility..
..To every life they touch..

..They are always who they really are..
..They are blessedly reliable..
..Dependably good..
..Predictably pleasant..
..Loved and treasured..
..By all who know them..

..You are one of those people..
..You are a gift..
..Of peace and tranquility in my life..

Happy Birthday!


Friday, March 5, 2010

Naturally



How you choose to express yourself
It's all your own and I can tell
It comes naturally, it comes naturally

You follow what you feel inside
It's intuitive, you don't have to try
It comes naturally, mmmm it comes naturally

And it takes my breath away
What you do, so naturally

You are the thunder and I am the lightning
And I love the way you know who you are
And to me it's exciting
When you know it's meant to be
Everything comes naturally, it comes naturally
When you're with me, baby

Everything comes naturally, it comes naturally
Bay bay baby

You have a way of moving me
A force of nature, your energy
It comes naturally (You know it does)
It comes naturally
Mmmm yeah

And it takes my breath away (Everytime)
What you do, so naturally

You are the thunder and I am the lightning
And I love the way you know who you are
And to me it's exciting
When you know it's meant to be
Everything comes naturally, it comes naturally
When you're with me, baby

Everything comes naturally, it comes naturally
Bay bay baby

When we collide, sparks fly
When you look in my eyes, it takes my breath away

You are the thunder and I am the lightning
And I love the way you know who you are
And to me it's exciting
When you know it's meant to be
Everything comes naturally, it comes naturally
When you're with me, baby

Everything comes naturally, it comes naturally
Bay bay baby

(Naturally)
Naturally x5
Bay bay baby

(Naturally)
Naturally x5
Everything baby comes naturally

~Selena Gomez~

Tiada Cintakah?


"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan". ~ Mahatma Ghandi~
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu. "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja".
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. ~ Hamka~
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.






Thursday, March 4, 2010

I am Fine^^



..Thanx to all my dear friends..

Wednesday, March 3, 2010

So SAD


..hanya airmata yang mampu aku curahkan buat masa ini..


Tuesday, March 2, 2010

Takde Kerja?

Banyak la ko punya takde kerja... aku just nak cite pasal semalam, aku penat giler sebab aku kene buat 1 keje nih.. korang kalau tau pun mesti kata "alah, keje senang je pun". tapi hakikatnya korang tak rasa wat keje tuh.. memang aku tak nafikan setakat duduk, pastu tangan jer gerak kan.. cuma semalam, aku sakit pinggang, tu yang tambah2 lagi la penatnyer.. hermm takpe la.. nak tau aku buat aper? separuh hari aku kerja semalam aku dok 'mengshred' kertas-kertas atau dokumen-dokumen confidential department aku.. korang tau ke ape mengshred tuh? campuran english + melayu.. aku tak tau xplen dalam melayu.. tu je la aku sebut pun klu orang tanya.. hehe.. ekceli, aku dengan kak Shidah yang buat bersama-sama.. korang nak tengok muka kitaorg masa tengah wat keje nih? meh-meh aku tunjuk.. 

ni la mesin Shredder tuh.. kite masukan
jer kertas-kertas kat lubang tuh.. nanti
mesin tu hancurkan kertas2 tu sumer..
bagus kan?

tengok kak Shidah tuh, siap dok bersila lagi tau..
dia tengah bukak ubat stepler kat kertas2 tuh..
nampak tak kertas2 yang selerak tuh? tu baru siket..
ada banyak lagi tau.. ni pun dah suku aku buat 
semalam ngan kak Shidah.. nnti sambung lagik..

yang ni pulak, mestilah aku.. tengah penat tu..
rileks sambil sebok snap gambar kejap..
  hilangkan rasa penat.. ngeee^^

Wat masa ni, tu je la yang aku nak citer.. nanti aku kene sambung lagi wat keje shred2 tuh.. ni semua gara-gara department aku nak berubah wajah kan.. tu yang semua staff mengosongkan almari dan cuba untuk minimizekan fail-fail keperluan.. yang dah tak nak tu kene la di shred sebab semuanya sangat2 confidential.. harap maklum yer.. keje kat department cam aku nih.. hehe.. ok la.. sampai sini dulu.. mungkin ada sambungan lain.. ada ker?? tunggu jer la.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...