My Followers

Saturday, January 30, 2010

Sabah (Part II)

Ha.. korang mesti teruja nak tau cite aku kat KK kan? eiiiiuuuuwww.. perasaan perasan la aku nih.. pedulik la.. baiklah.. entri kali  ni aku nak cite aku pegi makan.. uiks... sepanjang aku kat kk tuh, asyik makan jer kejenya.. perut tu asyik berlobang jer mintak diisi.. kira mentekedarah melantak perabih jugak la bile makan tuh.. burok nau rupa weii.. hehehe.. aku ngan umi memang dah bajet nak makan seafood kat kk.. yela, kat KL ni klu makan seafood memang harga kene charge kaw2 dia bagik kan.. kat sana nak kata murah takde la jugak.. kira puas hati la sebab seafood memang fresh kan.. huishh... time tengah tulis ni meleleh ayak liur aku.. teringat saat2 menikmati hidangan seafood tuh.. adoii masih terasa kesedapannya.. yummmy!! tu baru seafood, even makan yang biasa2 kita makan kat KL pun sodap.. kalau bab carik makan kat kk tu korang tak payah la risau yer.. memang senang nak carik yang halal dan bersih.. aku rekomen kat korang punyer.. 

Tempat :   Salut Seafood Restaurant

Ni la restoran makanan seafood yang paling best.. terletak agak jauh dari bandar kk, amik masa dalam 20-30 minit perjalanan melalui Jalan Sulaiman Highway.. klu tak biasa dgn jalan kat sana mungkin akan sesat la.. tapi disebabkan aku pegi dengan famli Auntie Zainah *bff umi aku masa stay kat kk.. kitaorg follow dari belakang la.. bajet dekat je skali bukan men jauh perjalanannya.. dah la pewut lapor.. kitaorg pegi time lunch.. korang jgn terkejut pulak.. restoran ni bkn bukak time malam jer.. tapi tengahari pun korang dah boleh terjah kat restoran ni tau.. bagus betul.. masa kitaorg smpi tu orang tak brape ramai sgt, jadi cepat la order kitaorg sampai.. kitaorg mkn agak byk jugak utk 7 kepala.. harga? aku tak tau sbb Auntie Zainah yang belanja.. tapi kelas la makan kat cni.. superb!!

ni la tempat makan seafood yg paling sedap..

udang fresh rebus dan kepah masak cili

kerang masak cili dan sotong goreng tepung

Tempat :   Grace Point, Taman Sempelang

Yang ini pulak tempat makan terbaik jugak.. terbahagi kepada beberapa kedai kecik yang jual berlainan menu.. antaranya nasi lemak, thai, korean, baba & nyonya, sabah exotic dan few kedai lain.. tempat ni kat area taman sempelang jer.. msih kat dalam bandar KK.. so korang takkan sesat punya la.. hehe.. harga boleh tahan mengikut citarasa dan pilihan korang.. dua kali aku dan parents makan lunch kat sini.. sebab diyakini bersih dan sedap.. aku promote la kat korang makan kat kedai Thai, ownernya kenalan parents aku jugak.. masa kitaorg pegi tu dia ada la belanja kitaorg menu kat kedai dia.. heaven okey.. melantak perbabih la.. free kan.. tempat ni sempena mengingati bekas menteri besar sabah yang kemalangan kapal terbang tahun aku tak ingat, tu ada tugu peringatan putih tu.. korang boleh abadikan kenangan bergambar kat situ.. sangat cantik dekorasi tempat nih.. tenang dan berangin sepoi2 gitu..


tu la tugu peringatan tuh..

beberapa pandangan menarik sekitar gracepoint


...to be continue...

Sabah (Part I)

Seperti yang korang sedia maklum, aku pegi bercuti bersama parents ke Kota Kinabalu (KK), Sabah selama lebih kurang 5 hari dari 21/1/10 - 25/1/10.. sebetulnya aku ke KK bukanlah bercuti dan jalan-jalan sakan ke tempat-tempat menarik.. aku pegi sana lebih kepada "melawat kawasan" la.. hehe.. nak tau sebab ape?? aku dan famli pernah stay di KK dekat 6 tahun kerana mengikut ayah aku yang bertukar penempatan kerja di KK.. kini, almost 12 years aku dan parents datang semula ke KK untuk melihat pembaharuan kat KK tuh (memang terlalu byk perubahannya).. dah banyak kali plan nak pegi cuma baru-baru ni berkempatan kan.. aku tak kisah la orang nak kata aku poyo ke ape ke.. yela setakat pegi sabah jer nk kecoh kan.. bukan pegi oversea ke hape.. well, buat masa ni tu je yg aku mampu lagi.. mana tau ada rezeki lebih sampai jgk kat oversea tu kan.. huhu.. aku seronok sangat sepanjang berada di sabah.. w/pun cuaca sangat panas sebab tepi laut kan.. huisshhhh.. memang sunburn aku dok sana tau.. kipas tak penah lekang kat tangan kdg2 ada la angin2 laut.. lalalala.. tak payah la cite banyak, aku share la sket2 gambar yang aku snap masa kat sana.. untuk pengetahuan korang.. takde pun gambar aku tau!! takde owg nak amikkan aku posing.. jd, aku amik je la gmbr bangunan kat sabah tuh... sedey.. takpe2, utk entri awal ni aku cite pasal hotel yang aku dan parents aku stay bermalam ek..

Tempat  :
Promenade Hotel Apartments
 3/G - 16, Lorong Api-Api
Api-Api Centre
88000, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

No. dihubungi  :
Tel (088)  260 888
Fax (088)  261 818
               
No. of Rooms  :
120 Rooms

Range of roomrates  :
RM99.00 - RM425.00 

ni bilik yang kitaorang stay (Family Suite) 

bilik air bersih dan ada water heater lagik

ada almari utk simpan baju dan TV yg takde
siaran astro *klu nak kene sewa RM20/hari
(hanya channel TV1, TV2, TV3)

Keluasan apartment ni memang besar, susun atur dalaman mcm kat hotel... name je apartment tapi takde bilik2.. hehe.. aku tak sangka la besar sampai mcm ni kan..  ada ruang tamu kecik.. meja makan utk 4 org.. apartment ni jugak boleh muat hingga 6 org.. ada disediakan toto dan bantal extra kat dlm almari.. kira puas hati dan berbaloi la dengan harga yang kita bayar.. cuma apartment ni tak mengadap laut je.. tapi lokasi apartment strategik sebab kat tengah2 bandar dan dekat dgn Waterfront dan shopping complex CenterPoint.. jalan kaki dalam 10minit dah sampai tau.. kene tahan panas jer la.. hehe..  inipun mengikut cuaca la bile time korang pegi ye..

...to be continue...

Thursday, January 28, 2010

Tak berkesempatan nih..



Hallu korang sumer.. aku minx maaf sebab tak sempat nak publish lagi entri aku bercuti baru-baru nih.. aku masih dalam proses mengdraft *uiks, ada ke  dlm kamus dewan? dan mengarang lagik sebab aku sekarang tengah sibuk siapkan kerja-kerja boss aku.. so, aku harap korang sudila menunggu yer.. hehe.. biler sumer dah siap, aku publish utk tontonan korang.. ok chaow dulu..

Thursday, January 21, 2010

Bergonjeng Sakan!!!



Blog aku akan bercuti selama 5 hari.. aku akan bersuka-ria di Sabah untuk beberapa hari ye.. jadi, korang-korang yang ternanti-nanti cite terbaru dari aku.. tunggu la aku hapdate entry bile aku dah balik dari bercuti ek.. terima kasih di atas sokongan korang sekalian..


Wednesday, January 20, 2010

Work.. work.. work


Korang pernah tak pergi kerja tapi takde keje? kiranya pergi kerja tapi tak buat kerja? semua kaitan dgn kerja? haha.. ape aku merepek nih.. mcm ni la, korang pergi kerja tapi takde specifik kerja yang korang boleh buat.. pernah tak ada perasaan mcm nih? aku hari-hari kot.. yela.. walaupun aku keje as secretary kat company besar tapi aku tetap takde banyak kerja.. kadang-kadang aku rasa macam aku ni pergi kerja dapat gaji buta jer tau.. yela, aku dibayar untuk bekerja kan.. tapi bile datang ofis.. takde keje nak buat.. bukanlah takde langsung.. tapi ada la sket2 bos aku bagi.. disebabkan aku ni tak suka nak tangguh-tangguh kerja.. biler dapat task tu aku terus buat dgn gigihnya.. 

fokus! fokus! bile dah siap terus bagi kat boss.. tak nak la simpan-simpan.. nanti aku jgk yang terkejor-kejor nak buat.. hermm.. tu yang ada jer masa nak update blog ari-ari nih.. hehe.. alamak! kantoi dah.. matik aku kalau orang ofis baca.. lalalalala... kenyataannyer bukan aku ni malas ke apa.. memang dah harian aku begitu.. terima jer la.. kadang-kadang tu aku mintak kerja dengan akak2 admin aku.. tolong siket-siket yang mana aku boleh buat.. takde la nampak sangat aku ni melangut tak tentu harah kat depan PC nih.. walaupun begitu.. aku hepi kerja kat department aku  nih.. best sangat!!

Tuesday, January 19, 2010

Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya adalah..
Seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah..
Lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyanyang
Yang mempunyai ramai kawan dan tdk mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah..
Lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarganya
Yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya mendalami islam
Yang mengamalkan kehidupan penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya adalah..
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah saw
Yang boleh di ajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah kepadanya

Lelaki idaman saya adalah..
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya adalah..
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah..
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya


Visit Dania Batrisya

Semalam Ahad 17/01/10, aku dan member aku eykin plan nak pegi tengok member aku yang sorang ni yang baru melahirkan baby pada 5 Disember 2009 dengan berat 2.75kg.. 


Dania Batrisya

Mula-mula nak pegi bulan 12 lepas, tapi biasa la dah hujung tahun kan.. banyak jer aktiviti mingguan masing-masing yang bz itu.. dah puas dok menunda jer tarikhnyer.. akhirnya semalam aku dan eykin gagahkan juga pegi tengok Nadirah dan baby barunya.. baby ni anak kedua dia.. yang first, Dalili Batrisya da besar pun umo kat 3 tahun.. dah rezeki kan, yang second pun dapat anak pempuan jugak.. aku dan ekin gerak dalam kul 12 pegi singgah Warta kejap nak beli gift sket utk Dania *bajet Awan Dania la nih.. pastu terus la memulakan  tujuan asal  pegi carik uma Nad.. tak susah sangat mencari, lebih kurang 10 minit kitaorg dah smpi kat uma Nad.. dah lamer sgt tak jumpa Nad nih, aku pun ape lagik.. peluk cium bagai lepas rindu kan.. hehe.. tak kira! pedulik la.. mmg betul pun aku rindu kat dia...lalalala.. abis la bergosip sumer kan.. update ape yang tak terhapdate dulu.. haruslah kan aktiviti yang selalu dibuat waktu belajar dulu.. kiranya ni melawat baby baru sambil dok mengimbas kenangan lamer la nih.. hehe.. Nway, Congratulation my dear Nadirah for your new baby born..


aku pun nak jugak bergambar ngan
Dania.. sedap dia tido tau..

Monday, January 18, 2010

Sara

Entri ni minggu lepas punya story tau.. tapi sebab tak sempat nak hapdate.. hari ni baru berkesempatan nak publish kat korang.. hehe.. sowieee... aku pun tak plan sebenarnya nak pegi melawat kak Haliana kat Pantai Bangsar yang baru melahirkan baby Sara (itulah nama yg dirancang kak haliana utk anaknya).. disebabkan kat Menara TM ni terlalu bermasalah dgn parking.. jadi, ramai la yang nak pegi tapi malas nak kua parking sbb percentage utk dapat balik parking sangat la tipis.. *seb baik aku tak bawak keta.. pastu kak Akhma dgn baik hati nak bagi pinjamkan keta dia utk kitaorg pegi visit kak haliana la.. sekali amik ko.. kak Akhma pulak parking kat park yg berbayar.. sekali keta dah kene block ngan keta2 yang lain.. mmg harapan la nak dapat kua kan.. sekali aku, kak Noriah, kak Dilla dan kak Norli pegi je la nek teksi.. tunggu teksi kat 5 minit jer.. terus la pegi Pantai Bangsar tuh.. nasib kitaorg baik sbb kak haliana ada kat bilik.. dapat la tengok baby dia jugak.. ni gambar baby yang aku dapat snap.. comel sangat.. Congratulations kak Haliana for your new baby born.. 




Pagi ini

Today is Monday.. seperti biasa la kalau mula hari isnin mesti malas je aku nak bangun pegi keje kan? ape la nak jadi ngan aku ni ntah.. huhu.. walaupun malas, tapi kene la bangun jugak sebab dah kewajipan nak pergi kerja kan.. lalalala.. caiyok2 ika!! u can do it.. memang dah can do it da nih.. tu yang sekarang dah ada kat ofis at the moment entri ni tengah dikarang ye.. hehe... sori la sebab tidak menghapdate blog dalam beberapa hari kebelakangan ini ye..  dengan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan jer.. takpe2.. jangan risau.. aku memang dah kumpul story nak publish jer.. harap sabar menunggu ia terpublish ek.. ok la.. chaow dulu.. selamat pagi isnin semua.. (^_^)

Thursday, January 14, 2010

Udang Masak Sambal Petai

Bahan kisar (A) : 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
3 biji buah keras

Bahan :
20 ekor udang - sederhana
4 sudu besar cili boh
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 papan petai 
sedikit gula, garam dan perasa secukupnya 

Cara-cara membuatnya :
1. Bersihkan udang, toskan dan digoreng seketika di dalam minyak yang telah dipanaskan. Jangan goreng terlalu lama cukup sekadar udang bertukar warna keorenan dan ketepikan. 
2. Gunakan minyak goreng udang tadi (kalau lebihan minyak byk, kurangkan sedikit sehingga lebih kurang 1/2 cwn) panaskan dan tumis bahan yang telah di kisar (A)  sehingga garing dan naik bau.
3. Bila tumisan tadi dah garing kekuningan, masukkan cili boh dan biarkan sampai cili boh tu benar-benar masak dan pecah minyak. Jika rasa kekurangan minyak, tambahkan minyak gorengan udang tadi.
4. Bila perencah tu dah pecah minyak, boleh la masukkan air asam jawa dan kacau seketika.  Kemudian, masukkan udang yang dah digoreng tadi dan kacau lagi sehingga sebati. Kalau nak masam lagi boleh tambah tomato.
5. Lepas tu, masukkan sedikit air, petai, gula, garam dan perasa mengikut citarasa. Biarkan seketika sehingga mendidih (lebihkan air kalau suka berkuah).
6. Setelah mendidih, padamkan api. Bolehlah diangkat dan dihidangkan sebagai hidangan utama..  Selamat Mencuba!!

Wednesday, January 13, 2010

Hello Band - Takkan Terganti

 
Sekian lama ku tak melihatmu
Sekian lama ku tak menyentuhmu
Pertemuan itu menggoda a…ku mencoba
tuk mengulang…
Mencintai dirimu lagi

Akankah kau berikan, cinta lama yang hilang
Akankah ku dapatkan, hati yang dulu indah
Sesungguhnya engkau takkan terganti

Meski telah ada cinta yang lain
Aku tetap saja trus memikirkanmu
Pertemuan itu menggoda a…ku mencoba
tuk mengulang…
Mencintai dirimu lagi

Akankah kau berikan,cinta lama yang hilang
Akankah ku dapatkan
hati yang dulu indah…..Kisah yang dulu indah
Sesungguhnya dirimu
Takkan terganti….
 

Kenapa Macam Nih?


Pagi ni mood aku suram + muram sebab pagi-pagi dah kene cuci tempat kucing tu buat "kek" lagik.. Oiii kucing, sudah-sudah la membuang kat koridor bilik aku tuh.. tak reti bahasa ape? macam &%^$#@!* jer tau tak!!! tolong la buat kek tu kat tempat lain pulak.. ingat aku takde keje lain ke hari-hari nak ngadap kek ko tuh ha.. korang, ape aku nak buat supaya kucing tu tak buat kek kat port ni ek.. sengal aku kalau hari-hari macam ni dowh.. tension!!!!

Tuesday, January 12, 2010

Tak Tau Tajuk

Ni lagi satu cite.. dulu aku dah penah publish entri Aaarrggghhh pasal kes ni jugak.. huhu.. haish!! xtau la nak mula caner, sbb di saat entri ni tertulis.. aku berada di tahap yang paling tinggi kemarahannyer.. ermmm.. korang baca la kat entri tu, pastu korang akan paham cite kat entri nih.. alkisahnya cenggini, Ahad aritu selepas aku tengok AJL ke-24 tuh, aku pun tengah excited ni nak sambung layan youtube kan.. tengah feel layan baik punya.. tibe-tibe sis Nadzrah masuk bilik sambil tergelak-gelak.. ni conversation antara aku dengan sis Nadzrah :

Sis : "Wei Tikah, asal bilik ko bau busuk giler?"

Aku: "Busuk? bau ape pulak malam-malam nih?" Sambil berjalan beriringan ke bilik aku.

Sis : "Ko bau kan? Macam dekat je nih. Tak hengatnya busuk, bau masam pun ada".

Aku : "Adoii, jangan cakap kucing tu berak lagi kat koridor belakang bilik aku nih?" Masa ni aku berjalan-jalan sekeliling bilik nak cek dari mana datang bau busuk tadik. Pastu aku pun terus buka pintu yang menghala ke koridor belakang tuh, sekali amik ko! cantik je "kek" tu betul-betul depan pintu tuh.

Sis : "Siot je kucing ni tau, dah takde tempat lain ke dia nak buat "kek" tuh?" sambil gelak terkekek-kekek.

Aku : "Huishh.. memang ^%&#@*& la. Ni yang buat aku nak carik ko besok aku antor ko jauh2 dari kawasan rumah aku nih. Ko tunggu je la hari Sabtu nih. kurang ajor punya kucing". 

Kalau la kes ni jadik kat korang, ape yang korang akan buat? aku tau la kucing tu binatang yang menjadi sahabat Nabi dulu kan, aku tak nafikan tu semua. Tp sape yang tahan kalau dia buat "kek" kat tempat yang tak sepatutnya.. takkan la takde tempat lain.. banyak lagi pasu bunga yang bertanah kat uma aku tuh.. agak-agak la pon kan.. aku nak pegi keje pagi-pagi.. bile tengok "kek" tu terus mood aku totally out tau tak.. busuk korang tak payah tanya la.. susah nak ditafsirkan.. hadoiiii.. hangin satu badan aku..

Oh Umar

Umar? Sape Umar nih.. sape yang memang ikut blog aku, korang mesti tau sape Umar ni kan? yang pasti dia bukanlah kekasih ati mahupun kekasih gelapku.. haha.. Umar ni anak buah aku ler.. dia sowang je la yang ada wat masa nih.. nak tunggu anak aku sendiri, lambat lagi la kot.. harapkan anak kakak aku a.k.a sis Nadya jer.. semua pun bagi tumpuan kat dia je la.. 

Nak dijadikan cite, petang Ahad lepas dlm kul 3 lebih mcm tu la kot.. aku tengah kusyuk tengok Youtube kan.. adalah satu drama bersiri ni yang aku tengah layan giler nih.. tibe-tibe aku dengar suara orang menyeru nama aku.. amboi, macam cite hantu kau kuseru pulak.. takde la, sis Nadya la yg panggil pun sebab Umar ada.. sekarang umi aku dah tak jaga Umar lagik atas faktor-faktor kesihatan yang tidak berapa nak mengizinkan la.. tu yang Umar sekarang sis Nadya aku antar kat Taska area uma dia jer.. 


 buat muka comey pulak dier..
tp memang comey pong!!

Aku pun ape lagik, beria ni berlari nak main ngan Umar.. tergendala aktiviti aku tengok youtube tadik kan.. takpe2 tu boleh pause.. Umar ni bkn slalu dtg umah kan.. hehe.. baru seminggu tak jumpa, tapi rindu kat budak kecik ni macam la dah berbulan-bulan tak jumpa okey.. ape taknyer, kalau dulu tiap-tiap petang balik keje Umar la yang tukang sambut aku balik.. sekarang, mana ada dah.. balik keje terus masuk bilik mandi pastu tunggu cite Cinta Balqis kat TV3.. 


masa ni dia tengah tengok mama dia

Puas jugak la aku semalam dapat layan Umar ni.. walaupun dia dok Taska sekarang, dia tetap tak lupa kat kitaorg ni sume.. sbb dia masih kenal kitaorg.. ada setengah budak kan kalau dah lame tak jmpa mesti dah tak nak kan.. tapi Umar nih, dia belasah jer.. sape je nak dukung dia, dia orait jer.. haha.. pastu suka sangat wat muka seposen.. tu yang buat kitaorg geram kat dia.. bukan main susah nak senyum tau.. konon mahal sangat la senyuman dia tuh.. huhu... ishh geram ngan Umar tomey-tomey nih.. haha..
 
   
ape la Umar tengah buat ni..

Hilang rindu dan bosan melayan Umar ni di hari minggu.. tapi walaupun kejap penat jugak.. tak sanggup tukar diapers dia bila dia dah buat "kek" la.. hahaha.. bukan main payah nak tukarkan diapers dia.. tak reti dok diam tau.. k la dah tak tau nak tulis ape lagik.. chaow..

Monday, January 11, 2010

AJL 24



Wah, orang lain dok publish entri pasal AJL 24 kan.. aku pun nak jugak.. tak nak dicop ketinggalan zaman.. tak amik tau industri seni tanah air.. haha.. poyo jer aku ney.. macam la artis!! isk.. ape emo2 nih.. aku just nak wish Congratulations kepada semua pemenang di Anugerah Juara Lagu ke-24 semalam, Ahad 10 January 2009 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.. setakat ni aku berpuas hati dengan keputusan pihak juri.. mereka yang menang sangat layak dengan anugerah yang dorang menang.. ape-ape pun aku dah agak yang Aizat akan menang besar untuk AJL kali nih.. huiyeah!!! aku gumbira dengan keputusan semalam.. tido dengan lena sangat..

Keputusan AJL ke-24:


Anugerah Vokal Terbaik :  
Black - Aku Cinta Sayang Kamu

Anugerah Juara Lagu Tempat ke-3 :  
Faizal Tahir - Bencinta

Anugerah Juara Lagu Tempat ke-2 :  
Yuna - Dan Sebenarnya


Anugerah Juara Lagu Pertama :  
Aizat - Pergi

Anugerah Persembahan Terbaik : 
Aizat - Kau Aku

Plan Yang Tak Menjadi

Sabtu lepas 9/01/10, aku seharian di rumah.. plan pada awalnyer aku kena temankan umi aku ke Perak sebab nak hantar adik aku, sis Nazihah la yang dah abis bercuti dan kini nak masuk U untuk belajar semula di semester yang terakhir la.. sis aku ni amik jurusan Diploma Landskap kat Uitm Sri Iskandar tu la.. planning bukan main lagi umi aku dok ajak aku teman dia.. memandangkan aku pun takde ape2 nak buat hujung minggu lepas, aku pun ok je la nak follow..
 
Kiranya dari rumah drive keta.. pastu dari Perak aku dan umi akan balik nek bas la.. sebab keta tinggal ngan adik aku.. sekali tuh, aku pun bangun la awal pagi sebab umi dah kejut nak siap2 semua, boleh gerak awal kan.. sekali aku pn yang malas2 nak bangun pagi ni terus la siap-siap.. sekali tibe2 plan bertukar sama sekali bile ayah aku pulak yang nak pegi gantikan tempat aku.. cess!! sabar je la aku kan.. dah siap ni tinggal nak pakai tudung jer... 
 
Okeylah, aku pun tak kisah la pun.. tapi ayah aku suruh tolong amikkan ubat dia kat farmasi Pantai Bangsar.. dah tak jadi ikut tuh, aku ape lagik sambung la tido dulu.. ngantok tak hilang lagi nih.. hehe.. agak-agak kul 10 a.m. mcm tu, aku pun berangkat la ke Pantai Bangsar untuk amik ubat ayah aku.. sekali sampai masuk parking takde pulak parking yang kosong.. adoiii.. kata byk parking tapi beberapa kali gak la aku dok berpusing kat parking tu nak carik petak kosong.. mood tengah baik lagi time tuh.. 
 

 
takde la nak marah2 sgt kan.. tapi bile dah byk kali pusing2 takde gak yang kosong, aku pun mencari la port yg agak-agak boleh park tanpa mengganggu kereta lain nak lalu (bwk keta kecik jer time ney).. aku belasah jer.. klu nak clamp jgak tayar keta aku.. memang aku sembur jer orang tuh.. kiranya aku dah pegi tiap floor parking.. memang takde yg kosong.. ala, aku pegi pun tak lame kan.. bkn ada appointment jmpa ngan doktor ke hapa.. 
 
Dah selesai urusan ubat ayah aku tuh.. aku pun konon-konon plan nak la singgah MV nak ilangkan kebosanan diri nih.. skali tengok parking full jer.. ahhh!! malas la aku nak mencari lagi parking2 nih.. terus la aku memecut laju menuju ke rumah.. sampai uma.. aku marathon tengok TV jer.. paling tak pun, petang tu aku masak la sikit lauk nak mkn mlm nnti kan.. yela.. tengah rajin nak masak nih.. aku pun pikir2 nak masak yang simple-simple jer.. aku pun masak la dua jenis lauk kat bwh nih:
 
 
kiri : ayam masak kicap
 kanan : udang masak sambal


Thursday, January 7, 2010

Cantik ke?

Siape yang tak nak kelihatan cantik betul x? Baik laki ke perempuan, mesti nak kelihatan  cantik, menarik, tertarik ko memang da boom!! haha..  ntah ape-ape la aku nih.. cantik tu kan luas kefahamannya.. cantik dalaman dan luaran.. tapi biasanya istilah cantik ni lebih dituju kepada kaum perempuan kan.. aku tau ramai di kalangan perempuan sekarang sangat particular dengan ape yang dorang pakai dalam berfesyen.. 

Beberapa hari lepas, member aku berbalas ym ngan aku dan berkongsi la satu website yang interesting menjual pakaian kurung dan kebaya.. baju-baju ni tak hanya untuk pakai bile tiba musim raya jer..  ada jugak untuk mereka2 yang hendak melangsungkan pertunangan dan perkahwinan (ni pun sbb member aku tu nak tunang, dia suruh la aku tengok sesuai x kalau dia nak beli yang baju readymade mcm ni).. mungkin juga  untuk ke majlis-majlis yang formal.. kalau tak pun, buat pegi ofis pun boleh gak..  meriah okey.. 

Sebelum share ngan korang, aku dah usha dulu koleksi-koleksi pakaian kat website ni.. cantik-cantik jugak sampai rambang kejap mata ni menengok kan.. yang paling best, tak fokus untuk korang-korang yang saiz S, M, L, XL (standard size) jer.. ada jugak yang sampi 5XL - 8XL pun ada.. yela, ingat yang saiz S ngan M je nak bergaya dan berfesyen? hehe.. juga terdapat dalam pelbagai warna pilihan.. harga aku tengok ada yang murah dan mahal, tapi mahal pun mengikut jenis kain dan kualitinya la..

Tapi aku takde paksa korang beli jugak koleksi dari website nih.. sekadar berkongsi ape yang menarik bersama.. mana tau korang interested dengan koleksi pakaian kat website ni ker kan.. taste orang tak samer.. jadi, korang rajin-rajin la jari telunjuk tu klik kat princesscut ni ye.. korang boleh la tanya kat owner tu saiz korang dan pakaian-pakaian yang korang interested tuh.. selamat mencuci mata ye!!

Wednesday, January 6, 2010

Cara-cara Seseorang Itu Cuba Memikat Kita

Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni. Jadi di sini, aku ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.

1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan “intelligence” untuk mendapatkan no phone kita tu.

2. Lepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula la buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu. 

3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.

4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.

5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.

7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.

8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.

Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan? Yeke?

Tuesday, January 5, 2010

Amcorp Mall

Ape kes dengan Amcorp Mall nih? ada ape2 yang menarik ker? takde ape pown sebenarnya, saje nak update blog bagitau tadi lunch pegi la Amcorp Mall mencarik makan.. hehe.. biasa la dah boring makan kat riverside.. tak pun kat Level 3 ofis aku nih.. asyik makan menu yang same jer kan.. nak tukar angin ahmar pulak.. ekceli tujuan asal pegi Amcorp Mall ni sebab nak teman yanie pegi Kedai Emas Poh Kong utk betulkan gelang tangan dia yang putus.. ganas betul minah ni tau.. aku yg dah lame pakai pun tak penah pulak tertanggal dari lengan aku nih.. ok enough cite pasal tuh.. ni nk cite bab makan lagi best.. hehe.. Jalan2 kat groundfloor jumpa restoran Uncle Chili nih, tengok macam okey jer sebab ramai orang.. kitaorg pun terus la masuk dan take order.. masing2 dah lapor!


The Menu Uncle Chili, banyak masakan yang sedap2

Tengah dok pikir2 dan tercari-cari nak order makan ape, tibe-tibe air dah sampai dulu.. gile cepat service restoran nih.. tak panas punggung kitaorg lagik tau.. bagus-bagus kita minum dulu!!!


sebelum makan, aku, yanie dan diana amik gmbar dulu..
biasanya dorang je la yg jadi peneman untuk pegi lunch..

Punya la payah aku nak buat pilihan nak makan aper kan.. yanie ngan diana dah siap pilih, tinggal aku jer yang terkedek-kedek pikir lagik.. last-last aku order je la menu kat bawah nih..


TomYam Mihoon Soup = RM6.20


Orange Juice = RM3.50

Dah abis makan, kitaorg pun balik la.. tengah on da way jalan nak balik nek tren Putra tuh.. ada la gerai kecik kat tepi tu jual buah-buah, gula-gula, air dan asam-asam.. aku ngan yanie singgah la kejap beli jambu asam dan mangga asam.. hilang kecur air liur aku bile dah dapat makan.. hehe.. sedap..


Mangga Asam = RM1.00

Rezeki lunch aku untuk hari nih.. nak kene makan jimat2 siket.. yela dah awal bulan kan..  pasni nak pegi holiday lagik.. gaji bulan ni tinggal paras2 jer.. nak tunggu next gaji lambat lagi la pulak.. hadoiii.. ape2 pun aku bersyukur.. ada rezeki aku nanti.. amin..

Ape Perasaan?

Biler wujudnyer perasaan bercampur-campur ni kan.. marah, benci, meluat, menyampah, sedih dll *(byk perasaan negatif dari positifnye) senang cite, aku memang tujukan perasaan ni pada "seseorang" la.. ape yang patut aku buat nak buang perasaan nih jauh-jauh supaya aku takde dok melayan sangat perasaan nih? hadoiii.. tolong..tolong.. aku kebingungan ney!!!
 

Monday, January 4, 2010

Ole-ole dari Dubai

Untuk pengetahuan korang yang masih tak tahu.. dari 25 Disember 2009 - 2 Januari 2010 hari tu, parents aku pegi Dubai untuk holiday ikut famli makcik aku yang kebetulan bercuti jugak kat sana.. kiranya parents aku tumpang holiday dorang la kan.. hehe.. kat seminggu parents aku duk kat Dubai.. rindu sey.. yela, aku tak dapat ikut.. mau tak meroyan dok kat uma memikirkan parents aku best-best holiday kat Dubai.. memang takde perasaan ape!! tapi aku tak kisah sebab bagi la can kat parents aku pegi holiday kat oversea kan? mana tau ada rezeki aku pegi sekali ngan famli aku pulak kan.. best wooo.. 

So, petang sabtu lepas aku, sis Nazihah dan bro Afzal pegi la LCCT amik parents aku yang selamat sampai dari Dubai.. excited nak pegi amik sebab nak tau ape yang parents aku belikan ole-ole untuk kitaorg dari Dubai tuh.. pegi jauh2 takkan takde beli ole-ole kat kitaorg pulak.. huhu.. umi aku bagitau yang barang2 kat Dubai takde la murah mana, boleh tahan gak mahalnyer.. parents aku pun takde la shopping sangat,  nanti ujung bulan ni nak holiday lagik.. hehe.. dorang byk berjalan pegi tempat2 menarik kat Dubai tu.. kan Dubai tu diiktiraf sebagai negara paling moden architecture bangunan2nya.. ayah aku banyak amik gambar bangunan2 pencakar langit kat sana.. cantik2 semunya.. tapi aku takde la attach gambar tu semua ek.. sbb aku tak ikut, so x payah la ek.. hehe.. 

Kat bawah ni aku tunjuk la ole-ole yang umi aku belikan untuk aku.. sebab dorang pegi Dubai, umi aku pun belikan la anak2 perempuan dia jubah itam sorang satu.. yang anak menantu lelaki pun bagi jubah gak.. aku suka sebab bertambah lagi la koleksi jubah aku kat dalam almari tuh.. memang cantik sangat jubah nih.. ala-ala orang arab padang pasir la.. hehe.. ada la few things yang lain mcm chocolate, sabun perfume dll..


ni la jubahnya siap dengan selendang


ni pulak corak jubah dari jarak dekat

Yang tak adilnya, antara kitaorg sume.. Syed Umar a.k.a cucu kesayangan la dapat ole-ole paling banyak sekali.. baju dia je kat 10 pasang, tak masuk lagi dengan patung unta yg diberi nama Kunta dan Kunti.. siap belikan puting dari Dubai lagik.. beruntung la ko Syed Umar sbb cucu first kan.. kitaorg nak dengki pun tak dapat faedah kan.. pikirkan ko budak kecik jer.. huhu.. ape-ape pun, Terima kasih Umi & Aboh atas pemberian ini.. ingat jugak belikan ole-ole kat kitaorang sume..
 

Monday Blues

Aku pun tak tahu hari ni nak mulakan dengan gembira ke, sedih ke, bosan ke, atau ape2 others emotion.. kenapa jadi sampai macam ni ek? tu la, aku pun tak tahu.. adoiii..  takdela hari ni kan hari isnin.. pastu start keje dah.. selepas seminggu aku beronggeng bercuti bermalas-malasan di rumah.. ape yang korang harapkan bile kene start keje?? mesti la mood yang malas "monday blues" tu datang.. bangun pagi tu korang tak payah tanya la.. hari-hari yang lepas dok bangun kul 10 pagi je, tak pun selagi sinaran matahari tu tak terpacak kene direct kat mata tuh.. selagi tu dok berbungkus dalam selimut sambil peluk bantal busuk yang empuk itu.. hahaha.. 

Tapi hari ni, pagi-pagi dah kena rajinkan diri bangun awal, mandi awal nak siap-siapkan diri ke kantor ofis la.. ikutkan hati memang la malas kan, tapi inilah kehidupan aku.. dah masuk tahun baru kan.. takkan la nak life yang sama je.. mesti ada anjakan paradigma yang lebih hangat hebat daripada biasa *(macam tagline Hot.fm pulak).. hari ni jugak aku pakai baju kurung kaler coklat.. motip?? coklat kan warna tanah, kira macam mood pun slow and steady je la.. rileks jer kan.. hehe.. 

Sampai ofis agak lewat dalam kul 7:45 a.m. sebab jalan di sekitar Pantai Dalam agak penuh dengan kenderaan.. mgkin hari pertama sekolah dan kerja kan, kereta pun agak banyak la.. tambah pulak dengan hujan renyai-renyai.. tapi tu tak mematahkan semangat aku untuk pergi kerja.. alah poyo je aku ni.. ayah aku yang drive pun.. aku dok kat sebelah jer.. hehe.. tak kisah la tu semua.. yang pasti, aku sekarang ni dah ada kat ofis pun.. mulakan bekerja seperti sedia kala dengan kehidupan baru, azam baru dan semangat baru.. harapan sampai bile2 la.. jgn separuh jalan sudey!! bos aku masih bercuti, keje pun takde la banyak sangat sempat lagik nak update blog kan.. ok la, Selamat Bekerja kepada korang2 yang mulakan bekerja sama macam aku hari ni ye.. 



Saturday, January 2, 2010

KISS - Because I'm A Girl

Hari tu aku ada post entri video klip Timeless - Jang Ri In ft. Junsu kan? kali ni aku nak share satu lagi video klip korea yang aku rasa mostly daripada korang pun faveret kat lagu nih.. lagipun entri ni nak tunaikan permintaan sis Mimiey yang suruh aku post entri untuk video klip lagu nih.. aku pun dengan rajinnyer mencari la video klip ni kat youtube dan tepek la kat entri aku kali nih.. siap dengan subtitles english lagik.. aku harap korang suker la dengan lagu ni sebab aku pun suker kt lagu ni jugak.. enjoy the song guys!!
 

Friday, January 1, 2010

Alvin And The Chipmunks 2: The Squeakquel



Korang-korang sekalian.. dengan ini aku mengumumkan yang aku dah tengok this movie last Sunday kat TGV The Mines ngan my sis Nazihah dan her friend Piqah.. amik movie malam kul 9:00 pm.. aku memang galakkan korang untuk tengok movie nih.. sangat enjoy okey.. dari mula sampai abis cite tak boring, aku asyik gelak je dengan telatah 3 ekor chipmunks ni.. dan paling penting tak rasa nak tido bile tibe separuh cite.. lagipun cite ni 130 minit jer tak sempat pun nak tido.. hehee.. aku memang tengok movie ni yang first dulu sbb tu aku nak tengok yang second nih.. memang tak rugi beb.. kat bawah ni preview trailer tuk movie ni ek.. sila la tengok2 yer.. memang best aku bagi 4/5 bintang.. huiyeahh!!





tiket wayang semestinya sbg bukti pembelian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...