My Followers

Thursday, October 14, 2010

Diam Itu Lebih Baik

Sebelum aku kongsikan artikel berkenaan "Diam Itu Lebih Baik", meh baca kisah 2 ekor burung kakak tua ni dulu.
"Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza sikapnya. Yang satu suka manyanyi dan yang satunya lagi hanya DIAM saja.
Pada suatu hari, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua tersebut. Lelaki tersebut berkata kepada penjual burung."
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini? 
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli : Aik.. kenapa yang suka menyanyi itu lebih murah dari yang diam?
Penjual :  "Diam-diam ubi itu berisi" ada faham? Believe it or not, burung yang berharga RM1000 itu adalah pencipta lagu yang dinyanyikan oleh yang RM500 tu.

Apakah pengajarannya daripada ceritu ini?

Ingat yer, jangan anggap orang yang DIAM itu bodoh atau tidak berguna! Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

Kelebihan berdiam diri :
  1. menjadi idabah yang mendapat pahala tanpa susah payah.
  2. ia umpama perhiasan tanpa berhias.
  3. ia umpama kehebatan tanpa kerajaan.
  4. ia umpama benteng tanpa pagar.
  5. ia umpama kekayaan tanpa meminta maaf pada orang.
  6. ia membolehkan istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  7. ia menutupi segala aib.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam, kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih, yang mana ianya bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.

Kurangkan bercakap, banyakan makan senyuman jer.. hehehe~


Entry telah dipetik dari sini
Thanks for read my blog~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...