My Followers

Tuesday, October 26, 2010

Bowling at Night - Part II

Seperti yang dijanjikan.. entry ini bersambung dari entry sebelumnya ea.. ape-ape pun, korang kene baca entry sebelumnya dulu baru boleh continue entry ni, kalau tak, feeling baca entry akan pudar sebab tak paham.. yeke? iyer.. aku yang cite, aku tau ler.. ngeh3x

Ekceli, ini perkara yang aku sendiri tak duga dan sedih nak berkongsi ngan korang tau.. sampai sekarang aku masih regret jugak dengan ape yang jadi.. huhu.. 

Okey2, macam ni.. lepas Rinie n Incik Abu antar aku balik.. of course la dorang pun nak balik umah masing-masing kan.. tengah Incik Abu reverse kereta dia kan, sekali aku terdengar bunyi "boooom!!" yang kuat, aku pun berlari la tengok bunyi ape kan... rupanya dia dah langgar kereta jiran sebelah yang parking kat luar rumah.. tapi, tengok kereta jiran aku tu takde la teruk sangat sebab just kemik pintu jer.. kalau pergi kedai ketuk pun dah okeh.. tapi aku suka gak keta tu kene langgar, sape suruh park tak tentu tempat.. padan muka!! 

Disebabkan Incik Abu ni tak sedap hati kan.. dia rasa serba salah sebab dah langgar kereta orang.. tu yang buatkan dia hilang fokus driving dan akhirnya nak dijadikan cerita.. on da way nak hantar Rinie balik tuh.. dorang excident dengan satu lori (refer to lori yang kepala merah tuh).. kena la hentam kat pintu pemandu.. seb baik Incik Abu kawal kereta dengan baik dan naik atas divider jer.. daripada terlajak langgar pokok tepi jalan tu lagi bahaya kan..

Agak teruk la kereta Incik Abu tuh.. masuk bengkel untuk repair tak tau siap brape lama.. disebabkan masih tengah trauma, dorang terus call member aku Fatah yang dah nak on da way pergi Banting datang tolong selesaikan kes report polis pagi tu jugak.. nak claim insuran kan.. kereta Incik Abu tu pun baru sebulan pakai.. hermmm.. ni la orang kata, malang tak berbau kan.. kalau dah nak jadi, kita sendiri pun tak boleh nak duga.. aku tau full cerita ni pagi esoknya Rinie call aku.. aku tengah pisat-pisat bangun tido terus terkejut beruk.. ape pun aku still bersyukur sebab Rinie n Incik Abu tak ape-ape.. huhu~

Bile kes camni jadi, aku terpikir malam kejadian tu kitaorang agak "galak" sangat.. suka dapat hangout bersama.. dah lame tak keluar sama kan.. excited tu terlebih siket.. pas kejadian ni, kitaorang lebih berhati-hati.. buat pengajaran juga kat korang semua dan diri sendiri.. huhu..


Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang..
Thanks for read my blog~

2 comments:

Mimy Hamid said...

jgn galak sgt adik adik...takpe next sila beringat

RedLife2Love said...

k.mimy: tu la pasal, pasni insyallah peringatan buat diri sndiri.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...