My Followers

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


Bulan Ramadhan bulan yang mulia
di sambut dengan hati yang gembira,
Kini Syawal pula menjelma
tangan ku hulurkan maaf di pinta.

Dear readers,

Bagaimana dengan segala persiapan raya tahun ni? Harapnya tidaklah ke arah pembaziran ye.. berbelanjalah mengikut landasan yang betul.. bak kata pepatah "mengukur baju di badan sendiri".. jangan lepas dah abis raya ni, masing-masing buat muka seposen tunggu gaji next month.. yang penting, kite meraikan hari kemenangan kita setelah menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah sepanjang Ramadhan tahun ni, aku tak lepas peluang menunaikan solat terawih bersama para jemaah di kawasan perumahan, mungkin tidak la penuh 30 malam aku buat tapi sekurang-kurangnya aku merasa nikmat menunaikannya.. betul x? tak lupa gak, time bulan puasa ni aku dapat gathering dengan keluarga, rakan-rakan dan special one untuk bersama-sama berbuka puasa. best!

Oh ya, di kala entry ni di publish aku dah ada kat kampung pun.. seperti tahun-tahun sebelumnya, famili aku menggunakan sistem ikut giliran.. untuk mengelakkan bergaduh kan.. aku sebagai anak, tak boleh banyak songeh, ikut saje.. so, tahun ni aku beraya kat kampung belah Melaka dulu.. pastu, dalam raya kedua atau ketiga baru la gerak ke kampung belah Pahang pulak.. Yeah.. balik kampung.. oooo.. balik kampung!

Di kesempatan hari yang mulia ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya selama aku berblog ni ada mengguris perasaan peribadi korang dengan sedar mahupun tidak. Aku juga manusia biasa yang kerap melakukan kesilapan. set 0-0 ek?

Selamat Hari Raya kepada semuanya, kepada yang memandu tu berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang tersayang.. kepada yang tak memandu, jangan tidur temankanlah orang yang memandu tuh.. hehe.. 

Maaf Zahir & Batin

2 comments:

liyana said...

selamat hari jugak. maaf zahir batin k.. khamis ko dh cuti ek? x on9 pun..hehe

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...