My Followers

Monday, September 20, 2010

Hari Raya 1431H - Part 1

Ok, cite dah lepas tapi aku baru nak bercerita kan? pedulik ahh.. aku mood raya terlebih sangat sampai lupa nak menghapdate entry blog kan..ampunkan patik yer kalian semua.. hehee.. 

Bagaimana nak mulakan yer? tahun ni aku beraya di kampung Melaka, my Umi side dulu.. disebabkan raya Melaka dulu, maka dengan automatiknya tanpa banyak soal, aku dan Umi kene la menjadi tukang masaknya.. adess! lemah semua urat kaki aku kejap.. nak wat cane? dah takde orang lain kan.. 

So, bermula la aktiviti membanting tulang sehari sebelum raya.. habis satu rumah kene kemas.. dari laman depan sampai la dapur belakang.. bersih lagi clean & clear tau.. walaupun berpuasa, kerja tetap kerja kan.. dah siap kemas-kemas rumah.. aku ngan Umi pun start la masuk dapur..

Aku ni anak dara terpilih, tu yang kene jadi Assistant Chef (pembantu dapur pada Umi aku ler).. dulu cita-cita nak jadi Chef tapi tak jadi kenyataan kan.. jadi jer la Chef kat rumah sendirik.. ok la tuh!!

Menu wajib tiap-tiap tahun mestilah rendang kan.. tapi tahun ni kitaorang buat 2 rendang.. rendang ayam kampung dan rendang daging cili padi.. meletop nih.. tidak habis di situ, ada beberapa lagi menu pilihan lain antaranya; paru goreng masak cili, kuah kacang, sate ayam goreng, asam pedas daging dan tak lupa juga nasi impit.. ketupat takde la pulak sebab tak rajin nak anyam daun ketupat.. hehee..

Di Pagi Hari Raya

Woahh.. orang lain sebok bersiap-siap nak pergi sembahyang raya.. aku ngan Umi siap-siap ke dapur menyiapkan juadah pagi raya.. kompem pas solat raya sedara-mara serbu umah punya.. memang sah.. kena serbu jugak.. tapi aku ngan Umi masih dengan uniform baju tido masing-masing.. sedih wehh..

Penatnye memasak tak payah la korang tanya.. sakit pinggang tu amik masa berhari gak la baru nak hilang kan.. tapi, bile tengok tetamu datang makan pastu puji semua juadah sedap.. kembang semangkuk hidung aku ngan Umi.. berbaloi-baloi rasa diri ini.. mana la tau, bakal mak mertua mencari menantu.. hehee.. harapan.. tak payah la berangan lebih.. hakikatnya takde pown.. 

Tengahari tu baru la aku ngan Umi bersiap-siap pakai baju raya sebab nak pergi beraya umah sedara-mara.. kesian kan? itulah nasib tukang masak.. huhuhu.. dan paling buat aku tambah sedih kan, takde gambar famili di pagi raya.. korang mesti ada kan? dengki tau.. tengok gambar member-member kat fb semua gambar ngn famili.. tapi aku? takde kenangan.. gambar feeling sorang-sorang tu banyak la.. nak tengok? scroll la bawah yer..

this is me.. di tengah hari raya.. hehe..
masa on da way nak pegi beraya ke 
rumah sedara-mara..

ni susulan gambar seperti di atas..
baju belang-belang dah macam kek 
lapis sarawak pulak.. hehe..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Sekian untuk entri kali ini.. moga bersambung di lain entri yer.. (^~,)

4 comments:

liyana said...

aku pun sadis gak weh, sedara mara serbu umah raye 1st tp aku x mandi lagi.. itu la nsb tkg msk kan...hehe... kitorang bajet raya 2nd dorang dtg, tp thn ni raye 1st lak.. adeh

RedLife2Love said...

liyana: betul tuh..sedih kan? huhu.. raya thun ni mmg tak best kot.. =P

Mimy Hamid said...

ala nk gambopenuhh

RedLife2Love said...

kak mimi: bukan tak nak letak, tapi memang takde.. nak wat cano? huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...