My Followers

Wednesday, September 22, 2010

Hari Raya 1431H - Part 5

Ok, tiada aktiviti untuk hari berikutnya selepas penat menonton movie Piranha semalam.. balik pun lewat kat kul 11 lebih baru sampai umah Tok.. masa on da way balik tu pun hujan sekejap-sekejap.. itu maknanya jalan akan licin kan, so drive safely la.. takleh pecut laju2.. lagi-lagi drive di malam hari.. "biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi".

Oh ya.. dah puas beraya di Pekan, tibalah hari untuk pulang ke rumah di KL yang telah ditinggalkan selama seminggu.. padahal bukan rindu kat rumah, aku sebenarnya rindu kat FB, blogspot, games dan paling tak leh lupa drama series Korea aku ler.. hermmm.. 

Oh Kim Hyun Joong.. 
i miss ur cute face~

Aku dan famili pun gerak la dari Pekan agak awal dalam kul 11 pagi camtuh lepas semua siap breakfast kan.. bermula la perjalanan pulang melalui highway pantai timur selama 5 jam sebab ada berenti kat R&R untuk lunch dan minum-minum segarkan mata..

Akhirnya sampai jugak rumah terchenta.. angkut sumer barang kat bonet keta bagi clear, terus masuk bilik buka laptop.. seminggu ditinggalkan.. bersawang rasanya.. hahaha.. tipu jer untuk bagi ayat cantik lebih.. terus la check FB dan blog.. memang banyak sangat la notification kat FB aku tuh.. friend request pun berderet tunggu mintak di approved! adess.. 

Lepas siap membalas comment2 mereka kat FB, aku pun melabuhkan tirai tidurku buat seketika.. lepas penat yang duduk lame kat dalam kereta.. heaven dapat tidur.. rasa macam nak terus tidur sampai esok pagi.. tapi tak mungkin la.. perut tetiba bunyi minta di isi..

Terus turun bawah, masak-masak untuk dinner.. disebabkan takde banyak bahan.. aku hentam masak sambal sardin ngan telur dadar.. pergghhh mantopp! makan dengan nasi panas pulak tuh.. lagi la sedap.. tapi ni aku masak untuk sekeluarga makan yer bukan masuk tekak sendiri sorang jer.. harap maklum..

Dah siap dinner semua, aku pun sambung la aktiviti depan laptop.. eh kejap, ada ke cite pasal raya? macam takde je kan.. tak kisah la.. it happen dalam minggu raya.. aku belasah jer tepek entry nih.. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ada lagi entry pasal raya pasni.. hahaha.. sabar jer la ek? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...