My Followers

Wednesday, September 22, 2010

Hari Raya 1431H - Part 3

Mari..mari..mari.. mood nak berentry raya sudah kembali selepas bercuci mata dengan gambar Siwon semalam yer.. hahahaha.. 

Next was cerita raya di sekitar Pekan, Pahang.. kampung side Abah aku pulak.. aku stay kampung sini kat 4 hari saje.. enough untuk habiskan beraya di rumah sedara-mara kan.. seperti yang sedia maklum aku kat Pekan dari raya kedua sampai la raya ketujuh.. of coz la raya kedua tak kira sebab time tu kitaorang on da way dari Melaka.. 

Keesokan harinya, takde tunggu-tunggu lagi beraya la kami beramai-ramai dengan konvoi 4 buah kereta.. dah macam rombongan meminang pulak konvoi-konvoi yer.. memang meriah tau, dari 1 rumah ke 1 rumah yang lain.. kira tolak campur darab bahagi adalah lebih kurang 8 jam kitaorang spent time untuk habiskan raya umah sedara-mara tuh.. 

Dalam banyak-banyak rumah sedara yang kitaorang pergi, rasanya ada 1 rumah tu yang paling best sebab kitaorang dapat experience petik buah rambai yang tengah musim.. meh layan gambar-gambar kat bawah sekitar kejadian..

Inilah buah rambai.. pernah makan x? ke korang
memang tak kenal buah nih? hehe.. sedap~

tengok la, orang lain penat memanjat pokok ni 
petik buah rambai tu, kitaorang kat bawah tukang
perabih konon-konon nak rasa.. padahal
kat setengah plastik dah masuk dalam mulut.. hehe

Tidak habis di situ, aku nak berterima kasih la kepada dua kazen aku yang bersusah-payah memanjat pokok ni untuk petik buah rambai tuh.. kalau dorang takde, tak merasa la kitaorang kan.. meh kita tengok gelagat kazen aku memanjat ek.. for the real time di hari raya!!

alah, tak nampak pula muka kazen aku sorang nih..
namanya Anip, baru berusia 21 tahun.. tapi dah
ada aweks la.. he's not single.. tetiba ek?

ni pun lagi satu kazen aku.. dah 
macam buat modeling pulak ko yer..
dia ni abg kepada Anip tadi, Firdaus
namanya.. tapi kitaorang panggil 
along jer.. oh! dia pun dah tak single jgk..

Lastly, mesti la gambar kami kazen perempuan kan..
dah puas dapat makan buah rambai.. snap2 sket..
from left : Miera, sis Nadya, aku dan sis Naziha

Pastu, kitaorang teruskan la perjalanan ke rumah yang lain pulak.. sedar tak sedar, kat kul brape baru kitaorang balik.. sampai je rumah nenek aku.. lunyai badan.. penat yang teramat.. badan dah tak selesanya.. mandi-mandi, solat pastu mula la aktiviti yang dinantikan.. membuat buih-buih cinta.. hahaha.. tau ke? 


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Eh! tak abis lagi cite raya, nak sambung next part.. tunggu taw!

2 comments:

liyana said...

dah lame x mkn buah rambai weh... dpt makan fresh2 atas pokok tu yg paling best kan.. hehe

RedLife2Love said...

liyana: memang sedap, manis buahnyer.. menggila kitaorang makan.. hehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...