My Followers

Monday, August 30, 2010

Spagetti Daging

Sabtu lepas aku teringin nak makan spagetti, ape lagi pergi Giant beli bahan yang diperlukan dan masak sendiri untuk berbuka! yummy.. rasanya lagi sedap dari Pizza Hut kot.. oppss terlebih sudah~ 


Bahan-bahan :
100 gram  Spagetti
150 gram  Daging hancur (minced meat)
1/2 tin  Tomato puree
4 ulas  Bawang putih
4 biji  Tomato
10 biji  Cendawan butang (dihiris)
1 bunga  Brokoli (tak letak pun takpe)
2 sudu  Cili boh
Parmesan cheese
Minyak zaitun
Garam
Gula

Cara Membuat :
1. Rebuskan spagetti kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Toskan dan letakkan sedikit minyak zaitun supaya spagetti tak melekat.
2. Rebuskan tomato sehingga kulitnya tertanggal, sejukkan. Kemudian kisar halus tomato dan bawang putih.
3. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau, masukkan cili boh dan tomato puree. Setelah cili agak garing, masukkan daging hancur dan biarkan seketika hingga masak. Tambah sedikit air (jika perlu) untuk elak kuah terlalu kering. 
4. Masukkan cendawan butang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih selama 2 minit, masukkan brokoli dan kacau rata.
5. Setelah siap, hidangkan spagetti bersama kuahnya dan taburkan parmesan cheese. Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...