My Followers

Friday, August 27, 2010

Semalam Hari Khamis

Yesterday is the day! Ape ada dengan semalam yer.. hermm?? let me think (sambil jari telunjuk mengusap lembut daguku yang boolat.. heii poyonye..) takdela.. semalam kan hari khamis.. so, aku dan Incik A plan la nak pergi berbuka puasa buat sekian kalinya.. mesti korang dah boleh agak katner kan?

For those yang mengikuti blog ni mesti ingat pasal entry ini.. yang baru jengah blog ni, sila rujuk link tu dulu.. baru boleh paham entry baru ni.. hehehe.. 

Macam biasa, aku akan balik rumah dulu then baru Incik A datang pick up aku kat umah.. sempat la aku bermandi manda bersihkan diri dan change baju lain.. bagi wangi-wangi sket.. baru ada feel nak buka bersama-sama.. padahal.. tetttt~ pahamkan sendirik!

Incik A sampai dah  nak kul 6 petang camtu.. terus la bergerak ke tempat yang di tuju.. maklumlah nak pergi area Ampang perlu melalui MRR2 highway kan.. adalah stuck jam selama lebih kurang 40 minit.. tapi tak kisah pun sebab memang tak nak sampai awal sangat nanti jenuh nak menunggu time berbuka tuh..

Tapi sampai gak awal di tempat yang dituju dalam kul 6:45 petang, terpaksa la lepak-lepak dulu dalam kereta sambil memborakkan diri dengan cerita ntah hape-hape bersama Incik A..

sempat lagi beraksi manja dalam kereta..
tengah takde keje.. hehe~

Sementara menunggu nak masuk tu, aku amik la gambar restoran ni dari luar.. aku tak berani nak amik gambar dalam restoran tu.. kat luar pun jadik la yer.. takut la owner restoran tu kejar aku.. terus tak dapat nak bersantapan.. 

signboad restoran kat luar.. 

ni gambar dalam restoran yang aku snap
dari luar kedai jer.. simple je dekorasinya..

Kalau korang perasan kat signboard tu ada tulis "Meat Shop dan Restoran" kan? ekceli sebelah restoran ni ada satu kedai menjual barang-barang makanan Arab macam daging, frozen pastry, makanan dalam tin, cordial jus and few more.. interesting la macam kedai runcit tapi version Arab.. hihihi.. aku ngan Incik A pun poyo la masuk dalam kedai tu jugak tengok-tengok barangya.. 

Ok, abis cerita pasal kedai runcit tu, ni nak cerita pulak pasal makanannya.. aku ingatkan restoran ni hanya menjual Nasi Arab jer.. tapi rupanya tidak, ada banyak jugak la menu yang disajikan kat restoran nih.. aku adalah snap beberapa menu untuk korang tengok.. 

nama restoran ni macam yang tertera seperti di atas
"Tarablus Arabic Restaurant and Grill"

sandwich orang arab.. variety inti yang
digulung dalam roti pratha.. aku tak order
menu nih pun.. tapi macam sedap..

ni antara menu nasi arab yang ada..
aku makan yang inilah tapi yang mana ek?

oh ya.. restoran ni pun ada buat tempahan
katering untuk 40-45 orang makan..
gambar atas: set nasi dan kambing golek
gambar bawah: set nasi dan ayam

Dah puas tengok menu, kitaorang pun pilih la set masing-masing untuk berbuka.. jom tengok ape aku dan Incik A makan untuk berbuka..

aku pilih makan Mendy Rice with Kebab
keciwa sket sebab saiz kebab kecik la.. tak puas makan..

Incik A makan Mendy Rice with Lamb
tau tak lepas jer Incik A makan kambing ni kepala
dia terus rasa berpusing.. hahaha.. kelakar jer..

for drinks, we manage to drink this
arabian Barbican Resberry.. sedap tau air nih..
rasa macam air gas tapi lagi sedap.. heee~

Eh.. gambar dah abis la.. tak perasan pulak aku.. syok sangat menaip kan.. ape-ape pun aku nak rating makanan kat sini.. aku bagi 3/5 star.. aku rasa aku pernah makan nasi arab lebih sedap dari kat kedai ni.. tapi tak tau la tekak korang rasa macamana kan.. tapi, Incik A suka sangat nasi Arab kedai nih.. citarasa berbeza la katakan.. 

Kalau korang berminat nak mencuba makan nasi arab kat sini sangat dialu-alukan yer.. tak salah mencuba sesuatu yang baru.. ye tak? cuma masalahnye sekarang, aku tak tau alamat restoran ni.. ape yang pasti rumah kedai yang berdekatan dengan Tesco Ampang, satu lorong dengan Bank Islam.. harapnye korang berjaya mencarinya.. kalau susah sangat, boleh emel aku untuk direction..

Lepas dah berbuka, aku ajak la Incik A round-round Tesco Ampang tu pulak.. dah sebelah jer kan.. sambil menyelam minum air.. *wink *wink..

*dapat jugak makan nasi arab pilihan Incik A.. boleh pergi lagi tapi  nak try menu lain pulak..

1 comment:

Mimy Hamid said...

nasi arab kat opis sedap kot ek..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...