My Followers

Monday, August 23, 2010

Puding Caramel


Bahan-bahan :

1 tin susu cair
1 tin air masak (guna tin susu cair)
4-6 biji telur (ikut gred telur)
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung kastard
1 cawan gula (gula hangus)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan - susu cair, air, telur, gula dan tepung kastard ke dalam sebuah bekas.
2. Pukul rata sehingga gula hancur dan sebati. Biarkan seketika.
3. Cairkan gula di dalam loyang sehingga kuning keemasan untuk top caramel.
3. Tuang bahan yang telah dipukul tadi dan tapis di atas caramel tadi.
4. Kukus selama 30 - 40 minit sehingga masak.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

4 comments:

liyana said...

wah rajin nye wat puding... dulu kan 1st time aku buat ni. manis giler ko tau. loya tekak aku makan. adik aku sorang melantak makan bende tu sorang2. huhu.. aku buat tmbh esen vanila sikit kasi mongi2..tehehe

kella said...

ika! ingat tak ika pernah tanya camna nak buat popcorn caramel tu kan? sorry sangat lupa nak bgtau! serius pula giler!
sebenarnya caranya.. kasi gula tu agak2 keperangan dan letak butter 1-2 sudu.. pastu masukkanlah corn yg telah digoreng tu.. ha! itu sahaja.. mudah je..

sorry ya baru teringat nih!

salam ramadan.. :)

RedLife2Love said...

liyana: rajin tu boleh la..terasa nk makan..bek buat sendiri lagi sedap! hehe..ekceli aku letak jgk esen vanilla tu tapi lupa lak nak tulis sekali..nak ilangkan bau telur itu~

RedLife2Love said...

kak kella: oh ya! terima kasih ye atas infonya.. nnti klu ada masa nk try buat letak caramel tu pulak.. yummy!!

salam ramadhan too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...