My Followers

Thursday, August 26, 2010

Kuih Lopis Segitiga


Bahan-bahan :

Beras pulut (rendam semalaman)
Daun pisang
Kelapa parut putih
Garam
Gula melaka
Gula merah
Daun pandan
Tali rafia

Cara-cara :

1. Basuh bersih beras pulut dan toskan.
2. Gunting daun pisang mengikut kelebaran tapak tangan kemudian layurkan di atas api.
3. Bentukkan daun pisang seperti kon dan isi beras pulut mengikut kesesuaian saiz kon.
4. Kemudian ikatkan 3 ketul seperti bintang dan ikat ketat.
5. Setelah siap, rebuskan di dalam air selama lebih kurang 8 jam atau sehingga pulut masak.
6. Angkat dan tos air rebusan biarkan sejuk seketika.
7. Buka bungkusan daun pisang dan salutkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul garam.
8. Masakkan gula melaka dan gula merah sehingga larut dan sedikit pekat. Sejukkan.
9. Sedia dihidangkan dengan air gula merah. yummy!


Selamat Mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...