My Followers

Wednesday, August 25, 2010

Bagaimana Mengenal Jodoh

Pernah tak suatu ketika, anda tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar 'Teman Tapi Mesra'?

Adakah dia jodoh yang ditakdirkan untukku?

Berikut dikongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya:
  1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya dan tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda rasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.
  2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu tenang dan senang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.
  3. Dia suka ape saje yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh terima anda seadanya. 
  4. Anda tidak merasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.
  5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda boleh menerima pendapat dan pandangannya.
  6. Anda tau ape yang dia suka, dan ape yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak ape minat dan kesukannya. Anda faham minat dan kecenderungan hatinya. Anda tahu ape yang penting bagi dirinya.
  7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta ape-ape atas pertolongan yang diberikan.
  8. Dia meminta izin untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.
  9. Dia begitu caring atau mengambil berat tentang anda.

Begitula beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dan si dia?

Kalau ya, Alhamdulillah.. bincanglah dengan keluarga untuk buat ape yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kiralah untuk menghantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah "buka pintu" dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa. InsyaAllah itulah jodoh anda.


Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tanya dan tidak pasti, "Siapakah jodoh aku?". "Bila diri aku nak bertemu jodoh?".

Sebenarnya tak kira siapa pun anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditetapkan. Anda pasti menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun anda berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.

Bersabar dan teruskan usaha mencari. InsyaAllah anda pasti menemui jodoh yang terbaik untuk anda.

petikan dari sini

*Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Allahualam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...