My Followers

Friday, July 16, 2010

Raja Sehari Syed Firdaus & Farah Diana

Pengantin : Firdaus & Farah
Lokasi : Pekan, Pahang
Tarikh : 10 July 2010

Cerita dah nak seminggu berlalu, tapi baru hari ni dapat nak hapdate.. kenapa? sebab gambar yang nak di attach tak begitu memberangsangkan.. haha.. sebenarnya masa majlis kenduri tu aku tak begitu excited nak bergambar gumbira.. jadi tak banyak sangat la gambar dari kamera aku sendiri..

Dipendekkan cerita, aku tunggu jer la gambar-gambar dari pihak pengantin upload kat facebook dorang.. pastu aku hamik (lebih mulia dengan mencurik tanpa kebenaran..haha!) gambar yang aku suka dan save.. ni baru la nak buat entry pasal wedding dorang nih.. ada faham ka?

Ini adalah wedding kazen aku, Syed Firdaus.. kalau ada syed ni memang family belah ayah aku ler kan.. pastu pengantin buat tema ala Arabian Night.. majlis  ni pun buat malam kat dewan kat kampung aku Pekan, Pahang..

Malas  aku nak cite banyak2, meh la layan gambar sepanjang wedding berlangsung ye..

Miera (kazens) dan aku.. datang mengikut tema
Arabian okey.. tapi macam "hover" pulak rasa..
hehehe.. seb baik tak pakai yang tutup separuh
muka tuh.. hermmm~
tengah tunggu pengantin sampai nih..

Meja beradab pengantin untuk bersantap dihias
dengan sangat cantik..

Seharusnya ada pelamin anganku musnah yang 
tersergam indah didekorasi ala-ala arabian lah.. 

Gambar ini tidak begitu cantik la.. tapi boleh la
nak glamor kejap gambar bersama all girl kazens buat 
kenangan dengan pengantin arab nih.. hoho..

Ini time ayah pengantin lelaki menepung tawar
pengantin baru..

Tu dia pengantin bergambar kat pelamin.. kitaorang
ni sibok jer kacau dorang.. hehe.. jahat kan?

Lastly, gambar siblings/ipar duai ayah aku..
ni pun tak semua yang ada.. kalau kumpul semua
tak cukup nak masuk kotak gambar nih.. hehe..

Tema Arabian Night, tapi tetamu yang datang kurang arabian la pulak.. hehe.. hanya segelintir jer yang mengikut tema tuh.. walaupun begitu, wedding ni dah pun berakhir.. semoga pengantin baru bahagia hingga akhir hayat.. selamat melayari alam rumahtangga dengan penuh tanggungjawab dan cepat-cepat dapat baby.. tambah lagi anak sedara ramai-ramai.. hehe~


*aku kawen nanti pun nak buat tema jugak.. nak tau? kalau nak tau..kena tunggu la bile sampai masanya giliran aku nak kawen nanti ek! hahaha~

4 comments:

liyana said...

gojes giler pelamin tu weh..
mcm dah tbau2 je nasik myk ko ni..hehe

kella said...

chanteekk la.. :D

RedLife2Love said...

liyana: haha.. yela ko tuh..ko sebnrnya bau nasi myk ko, bkn aku.. =P

RedLife2Love said...

kak kella: cantik kan? ika pun suka gak =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...