My Followers

Thursday, July 8, 2010

Personal Taste / 개인의 취향

Sekarang aku tengah layan cite kat bawah ni kat youtube :

"Personal Taste"

Suka aku tengok gelagat 2 pelakon dalam drama ni.. yang utamanya sebab pelakon lelaki dia tuh.. my faveret okey! dia nak kat aku dulu.. tapi aku jer yang jual mahal sangat.. haha giler aku perasaan sendirik.. tak mungkin la dia nak kat aku wehh.. dalam mimpi saje~


Gambar kat atas ni adalah pelakon wanitanya.. name dia Soh Yeh Jin tapi dalam drama ni pegang watak sebagai Park Kae In (heroin).. dalam drama ni dia seorang yang sangat setia pada cintanya, walaupun dia sering dikecewakan.. walaupun begitu, dia tak pernah mengalah dan berhenti memberi harapan  untuk cintanya.. tanpa pengetahuan orang lain, dia juga merupakan anak kepada seorang interior design yang sangat berpengaruh di korea.. lebih selesa bersikap rendah diri dan hanya dibayangi keinginan kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia..


Ini pulak pelakon lelaki dalam drama nih.. sape lagi kalau bukan kekasih gelapku Lee Min Ho.. dalam drama ni dia memegang watak sebagai Jeon Jin Ho (hero), seorang arkitek muda yang berjuang untuk menebus impian ayahnya yang tidak kesampaian.. pelbagai cara yang dilakukan untuk melaksanakan impian itu termasuklah berpura-pura seorang gay semata-mata untuk menyewa di rumah Kae In.. ini bertujuan untuk mencari idea yang diperlukan bagi projek besar Dam Art Gallery yang lebih berunsurkan kekeluargaan..

Tanpa diduga akhirnya kemesraan yang terjalin sebagai seorang kawan telah menimbulkan perasaan cinta antara Jin Ho dan Kae In.. aku suka.. aku suka.. hahaha.. aku belum habis lagi tengok cerita ni.. masih jauh perjalananya.. yang penting jalan cerita menarik dan best woo.. aku layan je la.. 

Inilah puncanya aku tido lambat jer sekarang nih.. aku bukan boleh.. kalau dah terjebak tengok, aku akan tengok sampai habis.. tak nak la separuh-separuh kan.. buat rugi jer.. hehe.. pastu mula la sangap jer berkali-kali kat depan PC ofis kan.. hermmm.. lantak ko la labu!


*aku memang suka tengok drama korea.. jalan cerita best.. feeling best.. pelakon best.. lagu-lagu pun best jer.. semua pun best la.. i loike~

2 comments:

liyana said...

tak pernah dgr pun cite nih..hehe.. tapi aku pun layan gak cite korea..nak sgt tgk ulangan cite my girl..full house pun ok gak. penat tgk kt youtube weh.huhu

RedLife2Love said...

liyana: ni cite baru jugak awl thn nih..tpi aku baru nak tengok..b4 ni streamyx aku mcm harem..ni dah ok, tu yg boleh layan balik..laju loading.. best.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...