My Followers

Thursday, July 1, 2010

Actor Winter Sonata Bunuh Diri!!

Korang peminat cerita kat bawah nih?

"Winter Sonata"

Kalau ia, mesti korang kenal dengan para pelakonnya kan? macam aku, aku tak follow sangat cerita nih.. memang aku tak kenal la sape aktor yang berlakon tu.. sebab terlalu slow dan touching lebih cerita nih.. huhu.. tapi, biler aku dapat tau about this news tentang kematian actor winter sonata.. sangat la menjadi perhatian aku kejap.. curious nak tau sape aktor itu! so, aku pun google about the story.. meh aku share ape yang aku jumpa..

Inilah rupanya Park Yong-Ha..
boleh tahan hensem kan?

Di bawah adalah petikan dari [sini]

SEOUL, 30 JUN 2010: Pelakon drama bersiri Winter Sonata, Park Yong-Ha ditemui mati tidak bernyawa di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul. Pihak polis percaya, Park mati akibat bunuh diri. Tubuh Park telah ditemui sekitar jam 5.30 pagi (waktu tempatan di sana) hari ini, oleh ibunya sendiri.

Laporan Yonhap News hari ini menyebut, keluarganya mendakwa sebelum membunuh diri, aktor dan penyanyi top Korea Selatan sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.

SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry".
Park yang kini berusia 33 tahun bagaimanapun tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.

Menurut pihak polis Metropolitan Seoul pula, Park telah membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit. Namun motif di sebalik tindakkannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi.

Hingga saat ini, pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi yang mengejutkan itu.

Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula meningkat naik di Korea dan Jepun setelah dia membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.

Lanjutan daripada itu, Park turut membintangi 3 buah filem. Yang terakhirnya adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.

Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Setelah melandarkan beberapa album di Korea dan Jepun, dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.

Dengan kematian Park yang tidak diduga itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan. Ini kerana, negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meningkat sejat beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya. Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-Hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.

Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-Yeoung. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan unutk membunuh diri pada 29 Mac lalu.

Kematian Choi Jin-Yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya.


*semakin banyak cerita pasal bunuh diri, kena bunuh dll.. nyawa kini tiada nilainya bagi sesetengah manusia.. oleh itu, aku harap kita akan lebih berfikir secara rasional kerana setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.. insyallah~

4 comments:

liyana said...

aku pun x follow sgt cite ni..nyawa makin murah skrg maaa..

izaah91 said...

isk biar betul .. tk sgka ..

RedLife2Love said...

liyana: tu la kan.. aku pun rasa yg same.. dunia dah nak akhir zaman agknyer.. allahualam~

RedLife2Love said...

izaah91: betul dear, me also tak percaya mulanya.. dah baca dan tengok sendiri baru percaya.. huhu =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...