My Followers

Saturday, June 19, 2010

Ada Aku Kesah?

Aku dapat call from STRANGER!!! sapekah dia??

Situasi : Bilik aku 
Tarikh : 17 Jun 2010
Jam : 11:30 p.m.

Perbualan aku dan Stranger! Ni kira lebih kurang la ek.. aku tak ingat semua pon.. haha..

Stranger : Hai, Assalamualaikum
Me : Walaikumsalam
Stranger : Awak ika kan? Ape khabar?
Me : Yup, saya ika. Baik je. Awak ni sape?
Stranger : Saya pun baru nak tanya awak, sebab no awak ada dalam list contact saya.
Me : Mana la saya tau.
Stranger : Kenapa awak macam tak nak layan saya jer.
Me : Mestilah, saya tak kenal pun awak siapa.
Stranger : Awak tinggal mana?
Me : Area Cheras je.
Stranger : Saya pung tinggal kat area Cheras jugak. Awak Cheras kat mana?
Me : Sungai Besi.
Stranger : Kalau macam tu dekat la dengan rumah saya kat Kg. Malaysia Tambahan.
Me : (Rungutan dalam hati jer) aku tak tanya pun.. aku kisah ape kalau kau tinggal kat sana. takde kene mengena ngan aku la.. sigh!!!
Stranger : Kenapa diam je? Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Boleh tak saya nak 3G dengan awak kejap. Boleh awak tengok saya.
Me : Tapi saya tak nak.
Stranger : Alah.. kejap je awak. Saya nak tengok awak. 
Me : Awak nak, tapi saya tak nak awak nak buat ape?

Lepas tu, tibe-tibe talian tu terputus.. bagus sangat putus.. malas aku nak layan lebih-lebih lagi lahh.. habis kredit la tuh.. ada hati nak call aku kan.. padan muka kau.. 

Tak sampai berape minit tuh, dia ada call.. dah topup gamaknyer, aku tengok line untuk 3G.. aku ape lagi ignore jer la dia call tuh.. tak kuasa aku nak jawap.. ntah sape-sape aku pun tak kenal.. pastu gak, terus aku set nombor dia dengan "stranger" supaya pasni kalau dia call aku lagi, tak payah aku susah-susahkan diri nak jawab kan.. 

To stranger, aku tau kau tak baca blog aku nih, tapi kalau la kau baca.. please LEAVE ME ALONE!!  aku harap kau paham la yer..


Merujuk kepada perbualan di atas..

Untuk pengetahuan korang sekalian, aku ni bukan la poyo or bajet bagus atau ape-ape yang setaraf dengannya la.. aku tak nak layan sebab aku tak suka la.. dah la guna ayat lame.. kata tibe-tibe nombor aku boleh ada dalam list contact dia.. alasan ntah ape-ape la weiii.. aku tak termakan tipuan kau tuh la.. tapi aku nak tegaskan kat sini, aku memang tak suka dia.. aku tak nak pun berkawan dengan dia..  fullstop!!


*mood tengah mengong tahap gaban nih.. teringat pulak Incik A.. hehe.. tetibe plak kan? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...