My Followers

Monday, May 10, 2010

Oh! Green Apple, U Are So Special..

Amalan memakan epal hijau setiap hari amatlah digalakkan. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magensium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal hijau bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.



Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolestrol dalam salur darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu kesihatan membran paru-paru
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah
  • Membantu mengekalkan berat badan
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma
  • Mengurangkan risiko barah

Tips/Petua Epal Hijau:

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu, ia boleh melicinkan kulit.

8 comments:

liyana said...

owh...aku sgt suke epal hijau itu.. lagi2 klu blend dgn tomato & limau nipis. fuhhh rase fresh gitu..;)

Mimy Hamid said...

eh komen diatas boleh di tiru resepinya..hehe

RedLife2Love said...

liyana: yeke? nnti aku nak buat gak la.. hehe..

RedLife2Love said...

kak mimy: tu la kan? interesting recipe tuh.. ika pn ingat nk try buat gak.. hehe =P

liyana said...

kak mimy & ika: buat jgn tak buat..hehe

RedLife2Love said...

liyana: tula,gud recipe tuh..boleh dicuba kan.. =)

E-na said...

Salam...
gud info...kalaulah dpt amalkan lg bagus kan...

RedLife2Love said...

e-na: salam,yup its gud for our health!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...