My Followers

Tuesday, April 6, 2010

Mata Yang Cantik

Rahsia Alis Mata Wanita

Hari ini aku nak kongsi dengan korang dengan sebuah artikel tentang "Rahsia Alis Mata Wanita".  Betul ke ada rahsia yang tersembunyi di sebalik bentuk alis mata seorang wanita? Korang tak percaya? Cuba baca artikel kat bawah dan nilaikan sendiri..


Pertama sekali, ape itu alis mata?
Alis mata ialah susunan bulu atau rambut di atas kedua mata manusia.

Kedua, apa itu fungsi alis mata? 
  • Melindungi mata dari bendasing
  • Alis mata bagi seseorang wanita adalah salah satu aset kecantikan
Sama juga macam rambut, alis mata ada macam-macam jenis. Ada yang lebat, ada yang nipis, ada yang lembut, yang halus, yang kasar, yang jarang-jarang, yang bengkok, yang lurus dan macam-macam jenis lagi la.

Disebabkan adanya keunikan dan perbezaan alis mata pada setiap orang ini, maka ada kajian dan ramalan yang dibuat tentang rahsia atau tanda yang tersembunyi disebalik perbezaan alis mata setiap orang.
Adakah bentuk-bentuk alis mata memberikan tanda-tanda tentang sikap atau perangai seseorang (khususnya wanita)?
  
Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan sederhara.
  • Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup
  • Seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu hodoh
  • Sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya
  • Mempunyai tutur kata yang lembut
  • Otak yang cerdas
  • Bersifat agak kelakar
  • Boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya  
 Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan tajam.
  • Seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam
  • Seorang yang suka campur urusan orang lain (busy body)
  • Ada ciri-ciri sombong dan berlagak pada dirinya
  • Cepat rasa cemburu
  • Seorang yang suka untuk memajukan untuk menjadi lebih baik
  • Mudah menyesuaikan diri
  • Panjang akal serta pandai menyelesaikan masalah
  • Mempunyai daya imaginasi yang hebat
  • Suka melakukan perkara baru dan mencabar
Alis tebal
  • Sentiasa berhati-hati dalam perbicaraannya (hanya berkata yang perlu saja)
  • Seorang yang pendiam
  • Seorang pendengar yang baik
  • Sangat setia dan taat pada pasangannya
  • Seorang yang sensitif dan mudah terluka
  • Silap gaya, dia boleh mengamuk kalau tahap kemarahannya melepasi batasan
Alis nipis
  • Seorang yang keras hati
  • Seorang yang banyak cakap (talkative)
  • Suka bercakap ape saje walaupun perkara tidak penting
  • Seorang yang banyak idea dan aktif
  • Seorang yang agresif semasa di ranjang
  • Seorang yang cerewet tapi bijak
  • Seorang yang sangat garang tapi berpatutan
Alis jarang dan nipis
  • Seorang yang sangat keras hati
  • Seorang yang mempunyai ego yang tinggi
  • Seorang yang perfectionist dan merasakan dia saja yang betul
  • Susah dengar cakap orang lain
  • Kalau jadi isteri, dia lebih cenderung menjadi "queen control"
  • Mempunyai kemahuan yang tinggi dan sentiasa mahukan yang terbaik
Alis mata yang panjang, bersambung dan berumbai-umbai
  • Mempunyai nafsu dan keinginan yang kuat
  • Seorang yang suka berdengki dan iri hati
  • Mempunyai perwatakan yang mempersona dan menarik perhatian
  • Pandai bertutur kata dan agak peramah
Alis yang naik melengkung ke atas
  • Seorang yang sangat pandai menyembunyikan perasaannya
  • Seorang yang pandai berpura-pura dan berlakon
  • Seorang yang panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya
  • Pandai menjaga hati dan menyukakan hati pasangannya
Alis mata yang ada tahi lalat
  • Seorang yang baik hati dan taat pada pasangannya
  • Dia tidak suka menyusahkan orang lain
  • Dia suka memberikan pertolongan kepada orang yang disayanginya
  • Dia seorang yang sempoi dan bersahaja
  • Dia juga seorang yang pintar dan sentias mementingkan orang yang disayanginya

Dah abis baca? Korang mempunyai alis mata yang macamana? Nipis? Tebal? Jarang-jarang? Ape-ape pun, tak kira lah ape rahsia yang ada disebaliknya, aku tetap suka alis mata aku yang cantik dan menawan ni.. hehe..


4 comments:

liyana said...

aku ika?aku xde alis mata.cmno?hehe

RedLife2Love said...

liyana: aik.. takkan la takde.. msti ada.. ko yg jenis jarang n nipis la tukot.. hehe =P

liyana said...

alamak jadi queen control la aku?haha

RedLife2Love said...

liyana: sikit la kot.. hehe.. nasib la tunang ko.. =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...