My Followers

Friday, April 9, 2010

Hadiah Terbaik Lelaki

Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ni. 

Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulangtahun perkahwinan ataupun detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki.



Dalam hal ni, tak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, ape yang penting, lelaki tu berpuas hati dan gembira dengan hadiah yang diberi meskipun hanyalah sehelai kemeja T yang murah.

Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mengetahu peribadi dan minat lelaki, akan memudahkan wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.

Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal.

Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian yang besar ertinya bagi lelaki. Ini terutama jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama.

Mungkin selain kemeja, jam tangan, kasut dan set minyak wangi, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar.

Hadiah idaman lelaki :

10 hadiah istimewa yang mungkin mewakili karektor dan hobi lelaki moden. Perhatikan, tiada minyak wangi, kemeja atau dompet yang seolah-olah menjadi "hadiah wajib" bagi lelaki.

Anda mencari-cari hadiah yang terbaik buat teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya..

1.  Jersi bola sepak
Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperolehi di pasaran. Tunggu ape lagi?

2. Telephone iphone
Ikuti trend semasa, tak salah menghadiahkan telefon berteknologi seperti iphone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, ape kata balas budinya dengan telefon canggih ni.

3.  Monitor LCD kereta
Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.

4.  Sport rim
Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!

5.  Tiket perlumbaan F1 Sepang
Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan F1 Petronas Malaysian Grand Prix mengikut tarikh perlumbaan yang berlangsung. 

6.  Permainan video
Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi di waktu lapang.

7.  MP3
Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turun lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!

8.  Kasut futsal
Perlu bagi seorang wanita "mencintai" ape yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah yang paling sesuai. Ia juga membuktikan anda memberi sokongan morak terhadap hobinya itu.

9.  Set mengurut elektronik
Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada harga berpatutan. Kesian melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, ape kata kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini? *(khusus pada yang sudah berkawen)

10. Kejutan majlis hari jadi
Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh menjadi kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.


Aku harap 10 senarai kat atas ni dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam menyelesaikan masalah mencari hadiah istimewa buat yang tersayang, tak kira la kekasih, suami, teman, sahabat, boifren mahupun skandal.. hehe.. tibe-tibe aku pun dapat idea nak bagi hadiah ape kat si Dia tu.. selamat mencuba ye!

5 comments:

Mimy Hamid said...

ha yerlah..pasal hadiah ni...si tonang dah asyik meerengek nak PS2...isk isk

RedLife2Love said...

kak mimi: nasibla dpt si tonang yg gile PS2 ek.. buatlah adiah hantaran skali.. pasti love u forever la.. hehe =D

liyana said...

alamak..mahal2 ny hadiah ny.. klu muah2 je dikira hadiah x?hehehehhe

RedLife2Love said...

liyana: yg penting ikhlas beb.. hehe..

bina badan said...

Dapatkan panduan untuk bina otot badan agar anda lebih tuff, macho....
jangan segan....panduan ini mudah diikuti asalkan anda betul2 berminat..www.jombinabadan.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...