My Followers

Sunday, April 11, 2010

Double Trouble


Fenomena muzik rock akan terus memuncak 1 Mei ini apabila dua kumpulan rock lagenda, Search dan Wings bakal disatukan dalam Konsert Double Trouble. Setelah hampir 30 tahun dalam industri dan melalui pelbagai kontroversi, namun kumpulan rock ini masih gah berdiri sehingga hari ini.

"Bersyukur akan disatukan semula di atas satu pentas selepas 17 tahun dan kali terakhir adalah pada Konsert Double Trouble tahun 1993. Kami rasa 'teragung' apabila anak watan diberi kepercayaan untuk menjayakan konsert besar-besaran seperti ini. Kami harap konsert ini akan menjadi terulung dan terbaik untuk tahun ini. 

"Walaubagaimanapun, konsert ini hanya akan diadakan di Kuala Lumpur buat masa ini. Tiada konsert jelajah dalam perancangan." kata Awie.

Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam akan menyaksikan dua lagenda rock Malaysia mempersembahkan 20 lagu hits seperti Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Derap Komando.

Konsert Double Trouble akan diadakan pada 1 Mei 2010 di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort bermula jam 8:45 malam.

Tiket boleh didapati dengan harga RM70 di lokasi seperti Viva Sports - Kompleks Pertama, Triways Travel Network - KLCC, Istana Budaya, Sri Amera Holdings - Plaza Alam Sentral dan HTO De Futsal - Dataran Sunway ataupun layari www.1malaysiaticket.com atau www.ticket2u.biz

info credit to [klik sini]

So, korang tunggu ape lagi? Marilah kita beramai-ramai pergi menyaksikan konsert yang penuh dengan fenomena tersendiri ini. Jangan buang masa, dapatkan tiket-tiket di kaunter berhampiran korang. Insyallah aku akan pergi, sape nak join? tiket beli sendiri la  ye. hehe^^

5 comments:

kella said...

wah... otai2 rock tuh!
sure gempak!

RedLife2Love said...

kak kella: tu la kan.. besh2..hehe =)

Mimy Hamid said...

nak pegi nak pegi...soon

RedLife2Love said...

kak mimy: jom2.. kita pegi beramai-ramai.. hehe

amira karmila said...

check out these Double Trouble T-shirts!
you'll love it

http://www.amirakarmila.com/2010/04/pre-order-double-trouble.html

CUNNERS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...