My Followers

Thursday, January 14, 2010

Udang Masak Sambal Petai

Bahan kisar (A) : 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
3 biji buah keras

Bahan :
20 ekor udang - sederhana
4 sudu besar cili boh
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 papan petai 
sedikit gula, garam dan perasa secukupnya 

Cara-cara membuatnya :
1. Bersihkan udang, toskan dan digoreng seketika di dalam minyak yang telah dipanaskan. Jangan goreng terlalu lama cukup sekadar udang bertukar warna keorenan dan ketepikan. 
2. Gunakan minyak goreng udang tadi (kalau lebihan minyak byk, kurangkan sedikit sehingga lebih kurang 1/2 cwn) panaskan dan tumis bahan yang telah di kisar (A)  sehingga garing dan naik bau.
3. Bila tumisan tadi dah garing kekuningan, masukkan cili boh dan biarkan sampai cili boh tu benar-benar masak dan pecah minyak. Jika rasa kekurangan minyak, tambahkan minyak gorengan udang tadi.
4. Bila perencah tu dah pecah minyak, boleh la masukkan air asam jawa dan kacau seketika.  Kemudian, masukkan udang yang dah digoreng tadi dan kacau lagi sehingga sebati. Kalau nak masam lagi boleh tambah tomato.
5. Lepas tu, masukkan sedikit air, petai, gula, garam dan perasa mengikut citarasa. Biarkan seketika sehingga mendidih (lebihkan air kalau suka berkuah).
6. Setelah mendidih, padamkan api. Bolehlah diangkat dan dihidangkan sebagai hidangan utama..  Selamat Mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...