My Followers

Saturday, January 30, 2010

Sabah (Part I)

Seperti yang korang sedia maklum, aku pegi bercuti bersama parents ke Kota Kinabalu (KK), Sabah selama lebih kurang 5 hari dari 21/1/10 - 25/1/10.. sebetulnya aku ke KK bukanlah bercuti dan jalan-jalan sakan ke tempat-tempat menarik.. aku pegi sana lebih kepada "melawat kawasan" la.. hehe.. nak tau sebab ape?? aku dan famli pernah stay di KK dekat 6 tahun kerana mengikut ayah aku yang bertukar penempatan kerja di KK.. kini, almost 12 years aku dan parents datang semula ke KK untuk melihat pembaharuan kat KK tuh (memang terlalu byk perubahannya).. dah banyak kali plan nak pegi cuma baru-baru ni berkempatan kan.. aku tak kisah la orang nak kata aku poyo ke ape ke.. yela setakat pegi sabah jer nk kecoh kan.. bukan pegi oversea ke hape.. well, buat masa ni tu je yg aku mampu lagi.. mana tau ada rezeki lebih sampai jgk kat oversea tu kan.. huhu.. aku seronok sangat sepanjang berada di sabah.. w/pun cuaca sangat panas sebab tepi laut kan.. huisshhhh.. memang sunburn aku dok sana tau.. kipas tak penah lekang kat tangan kdg2 ada la angin2 laut.. lalalala.. tak payah la cite banyak, aku share la sket2 gambar yang aku snap masa kat sana.. untuk pengetahuan korang.. takde pun gambar aku tau!! takde owg nak amikkan aku posing.. jd, aku amik je la gmbr bangunan kat sabah tuh... sedey.. takpe2, utk entri awal ni aku cite pasal hotel yang aku dan parents aku stay bermalam ek..

Tempat  :
Promenade Hotel Apartments
 3/G - 16, Lorong Api-Api
Api-Api Centre
88000, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

No. dihubungi  :
Tel (088)  260 888
Fax (088)  261 818
               
No. of Rooms  :
120 Rooms

Range of roomrates  :
RM99.00 - RM425.00 

ni bilik yang kitaorang stay (Family Suite) 

bilik air bersih dan ada water heater lagik

ada almari utk simpan baju dan TV yg takde
siaran astro *klu nak kene sewa RM20/hari
(hanya channel TV1, TV2, TV3)

Keluasan apartment ni memang besar, susun atur dalaman mcm kat hotel... name je apartment tapi takde bilik2.. hehe.. aku tak sangka la besar sampai mcm ni kan..  ada ruang tamu kecik.. meja makan utk 4 org.. apartment ni jugak boleh muat hingga 6 org.. ada disediakan toto dan bantal extra kat dlm almari.. kira puas hati dan berbaloi la dengan harga yang kita bayar.. cuma apartment ni tak mengadap laut je.. tapi lokasi apartment strategik sebab kat tengah2 bandar dan dekat dgn Waterfront dan shopping complex CenterPoint.. jalan kaki dalam 10minit dah sampai tau.. kene tahan panas jer la.. hehe..  inipun mengikut cuaca la bile time korang pegi ye..

...to be continue...

2 comments:

Zulkifli Shawal said...

mcm bes jek.kna pg nti!
ble ek. erkk

RedLife2Love said...

zulkifli: mmg best! pegi la jalan2 kat sana..biler ek? bile u free lor.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...