My Followers

Tuesday, January 19, 2010

Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya adalah..
Seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah..
Lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyanyang
Yang mempunyai ramai kawan dan tdk mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah..
Lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarganya
Yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya mendalami islam
Yang mengamalkan kehidupan penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya adalah..
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah saw
Yang boleh di ajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah kepadanya

Lelaki idaman saya adalah..
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya adalah..
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah..
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya


2 comments:

Syana said...

amin.
aku doakan ko dpt lelaki idaman mcm tue ;)


pssssstttt: nak gi sabah yer?
kalau pergi manukan, kundasang ker. kirim salam yer kat dorang. cakap syana rindu dekat dorang.
muahahaha.

take care and have fun!
sabah is a nice-nice-nice place.
you'll love it!

;)

RedLife2Love said...

syana: mekacih dear!! aah nak pegi sabah bercuti.. aku dulu kan mmg stay sana.. dah lamer tak pegi tu yg saje nak dtg blik.. melawat tmpat lamer la katakan.. hehe.. orait insyallah aku sampaikn salam ko tu nanti ek.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...