My Followers

Monday, December 13, 2010

Its Been A Long Time


Hello readers!!!

Sudah terlalu lama rasanya aku tak mengarut kat blog tercinta ini kan? korang miss aku tak? hahaha.. mesti rindu kan.. kan.. aku tau dahh.. hehehe.. terima kasih kerana masih sudi menjengah blog aku walaupun takde update terbaru.. ini semua gara-gara merajuk ngan TM dah block sume gambar-gambar kat blog takleh tengok time office hour.. hermmm keciwa okeh!

Tapi tetiba hari ni, semangat nak membebel kat blog ni datang semula.. ape kes?? boss sedang bergumbira cuti ke oversea (Gold Coast taww).. aku pun dengan kebosanan tak tau nak buat ape.. mulakan la jari-jari yang mulus ni menaip ayat-ayat merepek.. sudi la kiranya membaca ea.. 

I think, this is a bunga-bunga pembukaan untuk mula bergiat dalam blogging semula.. harapnya ia akan berterusan dengan entry-entry terbaru.. jangan malas singgah blog aku ni lagi ea.. 


Rindu nak merepek kat blog!!
Thanks for read my blog~

Friday, November 12, 2010

Antara Cinta, Sayang, Minat dan Suka

CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


Petikan diambil dari penulis ini.. klik  sini je


Very interesting to share..
Happy to know the different rite?
Thanks for read my blog~

Wednesday, October 27, 2010

Life As We Know It with Incik A


Amboi-amboi tajuk sangat takleh blah kan? dah lame tak kua cite pasal Incik A kan.. kan.. bukan tak nak cite, tapi memang dah takde cite.. takde la entry nak dibuat.. since kitaorang dah sangat-sangat jarang hangout bersama tu la pasalnya kurang entry pasal Incik A.. hehe.. 

So, last Friday jadilah plan kitaorang nak hangout bersama selepas 2 kali plan hancur musnah lebur di bawa angin.. cewah! bahasa agak jiwang di situ ea.. ngeh3x.. as always, Incik A akan pickup aku kat ofis after kerja.. petang tu, dia gak lambat sampai sebab jalan yang sedikit jammed! sigh~

Tak kisah pun, bukan salah dia.. asalkan Incik A sampai amik aku sudah.. kebiasaannya aku akan booking online cite yang kitaorang nak tengok sebab malas nak buang masa beratur.. sampai jer Midvalley terus pegi amik tiket kat reservation kaunter.. bereh kan? ada masa lebih kurang 45 minit untuk makan before masuk wayang.. 

Macam biasa, kitaorang makan kat food court jer.. Incik A ajak makan kat Carls Jr. tapi aku tak nak sebab macam membazir jer, sedap lagi makan kat McD.. murah pun murah.. hehe jimat kos.. malam tu kitaorang makan western food.. feeling omputeh sebab cite yang kitaorang nak tengok pun omputeh gaks.. 

Disebabkan aku yang plan jadi aku la yang pilih nak tengok cite ape.. aku pun pilih tengok cite seperti di bawah :



Life As We Know It

Sinopsis cite ni aku malas nak selitkan kat sini.. rasa-rasa cam nak pergi tengok, pergi jer la tengok.. tak rugi pun duit korang.. best la cite nih.. aku suka.. hahahaha.. paling penting Josh Duhamel dan Katherine Heigl berlakon.. best la kowt.. cerita ada gembira, sedih, romantik dan komedi.. tapi sesuai untuk 18 tahun ke atas sajer.. hehee.. ada feeling-feeling noty sket.. aku tetap bagi 4/5 bintang untuk movie nih =P

Cane la kalau jodoh aku cam cite ni ek?
hermm.. so unpredictable taw..
Thanks for read my blog~

Tuesday, October 26, 2010

Bowling at Night - Part II

Seperti yang dijanjikan.. entry ini bersambung dari entry sebelumnya ea.. ape-ape pun, korang kene baca entry sebelumnya dulu baru boleh continue entry ni, kalau tak, feeling baca entry akan pudar sebab tak paham.. yeke? iyer.. aku yang cite, aku tau ler.. ngeh3x

Ekceli, ini perkara yang aku sendiri tak duga dan sedih nak berkongsi ngan korang tau.. sampai sekarang aku masih regret jugak dengan ape yang jadi.. huhu.. 

Okey2, macam ni.. lepas Rinie n Incik Abu antar aku balik.. of course la dorang pun nak balik umah masing-masing kan.. tengah Incik Abu reverse kereta dia kan, sekali aku terdengar bunyi "boooom!!" yang kuat, aku pun berlari la tengok bunyi ape kan... rupanya dia dah langgar kereta jiran sebelah yang parking kat luar rumah.. tapi, tengok kereta jiran aku tu takde la teruk sangat sebab just kemik pintu jer.. kalau pergi kedai ketuk pun dah okeh.. tapi aku suka gak keta tu kene langgar, sape suruh park tak tentu tempat.. padan muka!! 

Disebabkan Incik Abu ni tak sedap hati kan.. dia rasa serba salah sebab dah langgar kereta orang.. tu yang buatkan dia hilang fokus driving dan akhirnya nak dijadikan cerita.. on da way nak hantar Rinie balik tuh.. dorang excident dengan satu lori (refer to lori yang kepala merah tuh).. kena la hentam kat pintu pemandu.. seb baik Incik Abu kawal kereta dengan baik dan naik atas divider jer.. daripada terlajak langgar pokok tepi jalan tu lagi bahaya kan..

Agak teruk la kereta Incik Abu tuh.. masuk bengkel untuk repair tak tau siap brape lama.. disebabkan masih tengah trauma, dorang terus call member aku Fatah yang dah nak on da way pergi Banting datang tolong selesaikan kes report polis pagi tu jugak.. nak claim insuran kan.. kereta Incik Abu tu pun baru sebulan pakai.. hermmm.. ni la orang kata, malang tak berbau kan.. kalau dah nak jadi, kita sendiri pun tak boleh nak duga.. aku tau full cerita ni pagi esoknya Rinie call aku.. aku tengah pisat-pisat bangun tido terus terkejut beruk.. ape pun aku still bersyukur sebab Rinie n Incik Abu tak ape-ape.. huhu~

Bile kes camni jadi, aku terpikir malam kejadian tu kitaorang agak "galak" sangat.. suka dapat hangout bersama.. dah lame tak keluar sama kan.. excited tu terlebih siket.. pas kejadian ni, kitaorang lebih berhati-hati.. buat pengajaran juga kat korang semua dan diri sendiri.. huhu..


Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang..
Thanks for read my blog~

Bowling at Night

Last 2 weeks punya cerita nih.. bayangkan korang berada di tempat kejadian je lah.. hehe.. boleh x? 

Aku tak suka planning awal-awal sebab kebiasaannya kalau planning awal at the end mesti tak jadi plan yang aku plan tuh.. bohsan okeh! so, aku akan decide 1 day before jer.. kalau jadi plan tuh, jalan jer la with the flow.. kalau tak jadi, dok diam-diam sudah.. jangan banyak komplen yer.. 

Pendekkan intro yang panjang, kebetulan hari sabtu yang telah berlalu itu on 15 Oktober, member aku Rinie telah mengajak aku bergonjeng di malam hari untuk tengok wayang movie Magika kat Wangsa Walk.. tapi disebabkan kepenuhan panggung dan cite tu pun tengah box office.. tak jadi la keinginan nak tengok movie tuh.. terus tukar plan belasah main bowling saje.. 

Tepat kul 9:10 p.m. Rinie & Incik Abu sampai depan umah pickup aku dan terus ke Wangsa Walk... huishh dah lame tak kua malam.. a bit mengantok pulak mata tetiba kan.. tak lama pastu kitaorang pun sampai kat Wangsa Bowling tapi penuh jugak.. kene tunggu turn pulak.. kitaorang pun tunggu je la turn sebab nak main bowling punya pasal..

Sepanjang tunggu turn tu, aku ngan Rinie sempat gak la mencuci mata tengok laki-laki yang agak-agak 'HOT' gitu.. hilang rasa ngantok aku.. hehehe gatai kan.. ada la tunggu kat 20-30 minit dapat la kitaorang lane.. tengah kitaorang syiok main, datang la grup laki-laki kat lane sebelah.. ececeh! aku ngan Rinie pun excited la mamat ramai kat sebelah kan.. 

10 minit berlalu, aku ngan Rinie ubah fikiran la tetiba pasal nak usha laki-laki lane sebelah.. sekali sume laki-laki tu GAY la pulaks.. adehhh.. stress kitaorang kejap.. muka masing-masing boleh tahan tapi gay la pulak.. hermm.. keciwa..keciwa~

Sedar tak sedar, kitaorang main la kat 4 game.. mak aih.. tak pernah aku main sampai 4 game bowling kot.. selalu main 2 game jer.. tak tau nape malam tu terlebih dos nak main bowling lebih.. oh ya! yang last game tu Fatah yang blanja sebab denda dia datang lambat.. hahaha.. nasib la ko Fatah oiii.. 

Abis main kat kul 12, kitaorang pun pergi sambung lepak makan-makan dan minum kat area AU keramat.. borak-borak, gosip-gosip tak perasan dah kul 3 pagi.. memang aku tak pernah buat keje gile camni tau.. mata aku pun dah tahap gaban ngantok.. terus la Rinie n Incik Abu dia antor aku balik dengan selamatnya..

Tapi ada sesuatu yang tak dijangka terjadi selepas aku sampai rumah.. nak tau apekah ceritanya? tunggu la next entry ek.. penat la nak taip panjang2 nih.. sakit jari.. =P


Ape yang pasti, next etnry agak suspen!
Thanks for read my blog~

Monday, October 25, 2010

New Shoes from Henry

Yeah! kasut yang di tempah telah selamat sampai last monday.. aku pernah heboh kat blog aku pasal uncle Henry nih.. dia buat kasut hand made punya.. memang superb la.. ni merupakan 2nd time aku tempah kasut ngan uncle nih.. sebab keselesaan dan kepuasan.. tu yang tempah lagi walaupun aku rasa ia suatu pembaziran.. hahaha.. biasa lah perempuan kan? tak pernah puas dengan ape yang dah ada.. haishh~



If korang interested nak tempah kasut cam aku atau design lain, korang boleh amek contact number uncle henry ni seperti yang aku attached kat bawah ea.. selamat bergaya dengan design kesukaan anda!!

Henry Tang
Sole Proprietor
No. 31, Jalan Teratai 2/7C,
Taman Bukit Teratai, 
56100 Cheras,
Kuala Lumpur

Tel : 03-42959423
H/P : 016-2868236

Sunday, October 24, 2010

Kesempatan Yang Ada

Wah.. banyaknyer cite yang tak hapdate.. maaf ya readers and kengkawan semua.. aku memang nak publish new entry tapi disebabkan masa yang suntuk.. pulak tu dengan kerja yang agak banyak (macam tak habis-habis je kerja aku seharian) kat ofis tu yang memaksa aku lupakan niat untuk mengpublish entry baru.. huhuhu =(

Aku tau mesti korang tanya, kalau pagi dah sibuk ngan keje ofis.. malam takkan takde masa kan? ni jawapan untuk soklan korang itu ya.. of coz la malam tu ada masa.. tapi malam la masanya aku nak melayan cerita-cerita drama korea aku.. hahaha.. ape kes? korang tak puas hati dengan jawapan aku? alorh.. jangan la marah or sentap ye.. tu takde ape-ape hal pun.. 

Ni mood nak publish entry tengah mari nih.. so.. harap korang tak kisah la even cite entry aku pun dah lepas minggu-minggu lalu.. hehe.. yang penting aku publish gak kan.. so, happy reading readers!!


Maka terpublish la entry lama-lama yang terperap..
Thanks for read my blog~

Saturday, October 23, 2010

One Utama and Domino's Pizza Delivery

Just because today is sis Nazihah birthday, i would like to treat her well since i tak bagi her special present.. hehe.. tak tau nak bagi ape on her 21st la.. so, i decide to spent time with her kat One Utama (OU) saje.. plan nak watch movie You Again (biasala bawak teenage besday girl) so movie pun ala-ala teenage gak la.. hermmm tapi show tu lambat dan takut tak sempat nak shopping jadi we cancelled to watch movie.. hanya jalan-jalan masuk satu kedai ke satu kedai yang lain..

Oh almost 4 hours jalan2.. kakiku sudah penat kot.. we drop by kat Baskin Robbins untuk seketika.. silakan order your favourite flavour please?? 

my faveret ice cream = mint!!!

my sis choose milk chocolate flavor..

Gambar tak habis di sini jer tau.. of coz la gambar kitaorang tengah makan ice cream yang sedap tapi mahal nih terselit gak.. nak makan selalu tak dapat la kan.. sesekali sesekala boleh la kot.. hehee.. jimat cermat sket~

ni dia besday girl.. merah!!

ni tukang belanja.. purple!! =P

Dah puas memenatkan diri berjalan satu OU.. tipu jer.. tak kuasa ah nak pusing semua wing kat OU tuh.. kaki pun dah penat.. ekceli mula2 datang ngan my parents tapi half way jalan2, dorang dah balik dulu sebab my dad tak larat nak jalan lagi.. so, my sis Nadya yang tinggal area sg. Penchala terpaksa amik kitaorang dan hantar balik rumah kat Cheras.. gile kejam kan? 

Uih.. hantar bukan sebarang hantar tau.. dapat bawak balik pizza domino's lagi.. aku jugak la yang bermurah hati belanja seisi rumah makan besar on my sis Nazihah punya besday.. sekali semua dapat makan.. meh tengok brape banyak aku order.. memang pecah perut melantak makan malam tuh.. muahahaha..

tengok? semua sekali RM9*.**

Ni semua gara-gara share beli kupon domino's RM20 ngan sis Mimy.. aku belasah order 3 large pizza pastu dapat 3 regular pizza free.. pastu aku belasah lagi guna kupon 1 regular pizza free.. tu yang ada 4 kotak regular pizza tuh.. hahaha.. memang betul-betul makan kitaorang malam tuh.. sangat puas hati semua orang makan dengan gumbira..

Since sis Nazihah punya besday yang paling last every year, tu yang buat makan besar sekali gus.. merangkumi semua orang punya celebration besday sekali.. jimat kan? 


Okeh, habis dah cite besday celebration..
Thanks for read my blog~  

Sweet 21 my liltle sista'


Dear my Luvly sis Nazihah,

Enjoy this special birthday 
you're 'Twenty One' today
there are so many things 
believe me that I want to say. 

Like thank you for being a Sister 
the greatest one on Earth
If I could give the World I would 
as to me that's what your worth.

Without you for my Sister
believe me, I'd be lost,
I wouldn't be without you
not at any cost.

This is my big 'Thank You'
a birthday card and more,
for a Sister whom I happen
to absolutely adore. 


With All My Love
On Your
21st Birthday 





Will post entry for her celebration..
Till then, just wait okeh!
Thanks for read my blog~

Monday, October 18, 2010

Hardworker Cute Lady


This is me refer today at work.. super triple work to be done.. what a bad and boring monday... huhu.. so ni saje yang mampu untuk di hapdate buat hari ini.. 

Yes i know.. i owe u all my holiday story at Singapore rite? those entry still under draft la.. gambar pun tak sempat nak transfer dari camera.. hoho.. what a hectic days and weeks.. sigh!!

Sorry readers.. i hope u all faham my situation rite now.. =(


I will publish entry holiday soon..
Thanks for read my blog~ 

Sunday, October 17, 2010

DVD SS501 Special Concert 2010








Enjoy the concert!!
Thanks for read my blog~

Thursday, October 14, 2010

Ape Bunyi Hon Pilihan Anda?

Ok, entry kali aku nak lari dari biasanya.. cewah ntah ape la yang larinya tu ek.. hehehe.. saje je nak share something yang interesting but agak funny gak la.. ni untuk korang-korang yang tengah mata stim ngantok tahap gaban.. sesuai sangat la baca entry aku ni ha..

So, enjoy!

Story pasal hon pilihan anda begins...

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga je yang ada maksud disebaliknya, korang silap okeh!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak.. tahukah korang setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya?


Aku bongkarkan maksud di sebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk korang sekarang.. Please take note yer! hehehe..
  • 1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap "HAI".
  • 2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI".
  • 3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
  • 1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.
  • 2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!!... BODOH TAKDE OTAK KE"
  • 4 x atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap;
"Tiiiilammm! Tiiilllammm.. TILAM LAMA, TUKAR BARU.. Tiiillllammm! Tiiilllamm!"

Ada faham? Hon terakhir tu adalah hon si apek jual tilam daaa.. muahahhahaa.. gile kejam~



Entry yang kelakar hampess dah abis yer..
Thanks for read my blog~

My Sweet Blue Icing Cupcake


Ops! jangan ingat aku buat cupcake nih tau.. takde masa la korang.. lagipun assistant takde, tengah studi kat shah alam.. sapekah? adik aku ler sis Naziha.. ngeh3x..

Neway, thanks to my dearest Nabila Yunus for this lovely cuppycake.. made special for me on her openhouse last-last week.. hehe.. sempat snap buat kenangan lagik.. sebenarnya tak sampai hati pun nak makan cake ni tau.. cumel sangat.. sob2..

Ekceli, Nabila is fulltime student kat puncak alam, kiranya ni buat part time bisnes untuk tampung duit belanja.. yeke?? pepandai jer aku kan.. ermmm, kalau  korang ada yang interested nak try order boleh la jenguk2 kat her blog, dolcecuppies ea.. aku dah experience rasa cupcake ni dan memang sedap! 


End entry cupcake yang sedap.. yummy..
Thanks for read my blog~

Diam Itu Lebih Baik

Sebelum aku kongsikan artikel berkenaan "Diam Itu Lebih Baik", meh baca kisah 2 ekor burung kakak tua ni dulu.
"Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza sikapnya. Yang satu suka manyanyi dan yang satunya lagi hanya DIAM saja.
Pada suatu hari, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua tersebut. Lelaki tersebut berkata kepada penjual burung."
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini? 
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli : Aik.. kenapa yang suka menyanyi itu lebih murah dari yang diam?
Penjual :  "Diam-diam ubi itu berisi" ada faham? Believe it or not, burung yang berharga RM1000 itu adalah pencipta lagu yang dinyanyikan oleh yang RM500 tu.

Apakah pengajarannya daripada ceritu ini?

Ingat yer, jangan anggap orang yang DIAM itu bodoh atau tidak berguna! Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

Kelebihan berdiam diri :
  1. menjadi idabah yang mendapat pahala tanpa susah payah.
  2. ia umpama perhiasan tanpa berhias.
  3. ia umpama kehebatan tanpa kerajaan.
  4. ia umpama benteng tanpa pagar.
  5. ia umpama kekayaan tanpa meminta maaf pada orang.
  6. ia membolehkan istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  7. ia menutupi segala aib.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam, kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih, yang mana ianya bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.

Kurangkan bercakap, banyakan makan senyuman jer.. hehehe~


Entry telah dipetik dari sini
Thanks for read my blog~

Wednesday, October 13, 2010

Tolong Jangan SELFISH boleh tak??


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tak puas lagi.. sambung sampai bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lagi bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Rasa macam nak tembak jer orang yang pandai-pandai buat keputusan ikut kepala hotak dorang sendiri, so selfish okey.. tau la korang tu sumer orang atasan.. aku ni hanya la pekerja bawahan.. tapi cuba la buat keputusan mengikut keadaan semasa dan kesenangan semua pihak.. tak guna belajar tinggi-tinggi, ada ijazah bergulung-gulung, pastu keje dapat pangkat besar.. tapi semua tu letak dalam tong sampah.. bengang gile wehh!!! 


Entry habis kat sini
Thanks for read this blog~

Tuesday, October 12, 2010

Playful Kiss


Details

Title : 장난스런 키스 / Jangnanseureon Kiss
Also known as : Playful Kiss, Naughty Kiss
Genre : Romance, school
Episodes : 16
Broadcast Network : MBC
Broadcast period : 1 September 2010 to TBA
Air Time : Wednesday & Thursday at 21:55 
Related TV shows : Itazura Na Kiss, It Started with a Kiss

Synopsis

Based on the popular manga, Oh Ha Ni is a clumsy student who falls for the perfectionist, Baek Seung Jo. However, Seung Jo is indifferent towards her and rejects her love. When Ha Ni's house collapses, she and her father moves into his long-time friend's house. It turns out that Seung Jo is the friend's son and Ha Ni is given the opportunity to be near the guy she loves. Will she able to move Seung Jo's heart?

Cast





Other Cast

Lee Si Young as Yoon He Ra
Jung Hye Young as Hwang Geum Hee (Seung Jo's mother)
Oh Kyung Soo as Baek Soo Chang (Seung Jo's father)
Choi Won Hong as Baek Eun Jo (Seung Jo's brother)
Kam Nang Gil as Oh Ki Dong (Ha Ni's father)
Hong Yoon Hwa as Jung Joo Ri (Ha Ni's friend)
Yoon Seung Ah as Dok Go Min Ah (Ha Ni's friend)

You can enjoy watching this korean drama tru Viikii Channel 


Love this drama so much!!
Thanks for read my blog~

Luahan hati

"Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya."

Run Devil Run - SNSD (Girl's Generation)



Sunday, October 10, 2010

Here I Come..

Kasi teaser sket~


Im just come back from bercuti readers!!! 

Ok2, for those yang meneka dengan betul mana destinasi aku pergi untuk bercuti recently.. kamu adalah pemenang bukan pengalah ea.. tahniah di atas usaha anda menekanya.. hehehe.. aik? ada yang masih tak tahu ke aku pergi mana bercuti? takpe2, jangan sedih-sedih kay, dah terang lagi bersuluh aku bagi clue.. still tak dapat teka? adehhh.. neway, aku pergi Singapura jer..

Cewah, baru pergi Singapura sudah kecoh satu Malaya.. ape daa.. macam pergi jauh sangat ek.. ape de hal negera seberang Johor je kowt.. hahaha.. tapi tak kisah la, mula-mula experience pergi yang dekat-dekat dulu kan.. mana tau ada rezeki lebih jauh aku pergi pulak tau.. tunggu jer la masa dan ketikanya.. insyallah~

Sekarang ni, im just not ready to post any entry about Singapore story.. nanti-nanti la ea just wait.. wait.. wait and wait.. muahahaha.. saje bagi korang sentap sey!! wah, bahasa pun ada sket singaporian dah ek.. takde la, nak edit dulu gambar-gambar dan story sepanjang aku berada di sana.. takes time gak ler.. hope korang sudi la waiting for it yer.. 

Sampai sini dulu entry ini..
Thanks for read my blog~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...