My Followers

Thursday, December 17, 2009

Cinta itu Indah

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

4 comments:

Nanie-Izailani said...

sekali kita pernah dikecewakan tak semestinya kita akan kecewa utk kali ke2...mgkin cinta pertama tu tak membahagiakan kita...
(based on my true experience haha)

RedLife2Love said...

yanie: ermm mungkin..bila dah ada pengalaman mcm tu byk mengajar kita utk jadi lebih matang for the next hbgn kan? hehe.. =D

Mimy Hamid said...

ni ha macam2 panca haloba akak ko ni dah tempuh..nk happily ever after sgt susah gak la..macam2..tp kebahagiaan ada ukt kita...sabar je...akak ko ni 28 tawun br dapt cinta sejati..apa kes kannn..

Nanie-Izailani said...

yang penting jodoh pertemuan tu sume tuhan dah tentukan.klu syg mcm mana sekalipon tp takde jodoh nak wat camane kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...